Genggaman yang terlalu kuat dan erat mungkin akan menyelamatkan, tetapi ia juga mungkin akan mencederakan. - 18 Mei 2013
Kemarahan dan kesedihan mampu mendedahkan sifat seseorang. - 15 Mei 2013
Manusia lebih suka memilih untuk percaya apa yang mereka lihat dan nampak. - 12 Mei 2013
Menutup kebenaran itu sakit, tapi menafikan kebenaran itu lebih pedih. - 10 Mei 2013
Hidup ini tentang memanipulasi dan dimanipulasi. - 3 Mei 2013
Negara takkan maju kalau bangunan sahaja yang dimajukan tapi mentaliti tak dimajukan. - 1 Mei 2013
setiap persoalan menjadikan kita hidup. kerana hidup memang penuh persoalan. andai tiada persoalan maka tiadalah erti kehidupan. - 25 April 2013
Zaman ini ramai yang petah berbicara tapi isinya kosong. - 21 April 2013
Setiap orang adalah watak yang memainkan peranan dalam kehidupan seseorang, cuma berbeza sama ada watak utama atau pun watak sampingan. - 16 April 2013
"Terima kasih" dan "Maaf" adalah 2 ucapan yang mudah tapi paling susah orang nak buat. - 15 April 2013
Apa yang kita rasakan terbaik tak semestinya terbaik untuk orang lain. - 13 April 2013
Menyerah selepas berusaha sedaya-upaya lebih baik daripada menyerah sebelum sempat berbuat apa-apa. - 9 April 2013
Sedetik untuk masuk, selamanya untuk keluar. - 8 April 2013
Hidup ini perlu memilih, tapi kadangkala pilihan itu terjadi dengan sendirinya. - 3 April 2013
Orang yang selalu menasihati orang lain adalah orang yang selalu terlupa menasihati diri sendiri. - 1 April 2013
Kadang-kadang, apabila kita terlalu banyak berfikir, kita terlupa untuk melihat. - 31 Mac 2013
Allah S.W.T. memberikan dugaan dan ujian di bahagian yang kita paling lemah, supaya kita menjadi lebih kuat dan tabah di bahagian tersebut. - 23 Mac 2013
Apabila kita terlalu sayangkan seseorang, apa yang kita mahukan adalah agar sentiasa dapat bersama dan berada dekat dengan insan tersebut, cukup hanya sekadar dapat menemani dan berada disampingnya walaupun tidak dapat berbuat apa-apa. - 21 Mac 2013
Kadang-kadang mencari kesalahan lebih mudah daripada membuat kesalahan. - 21 Mac 2013
Bukan degil, tapi tetap pendirian. - 20 Mac 2013
Tiada penawar andai tiada keinginan. - 18 Mac 2013
Kadang-kadang manusia tidak mahu melihat sesuatu yang jauh selagi mampu melihat sesuatu yang dekat. - 15 Mac 2013
Apabila terasa malas atau tidak mahu melakukan sesuatu perkara, ingatlah bahawa ia mungkin kali terakhir kita berpeluang dan berkesempatan melakukan perkara itu. - 11 Mac 2013
Koleksi terdahulu :
No comments:
Post a Comment