Tuesday, 3 June 2014

BALI 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA2 - Ngurah Rai International Airport - Uluwatu - Kuta

*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pada 28 sehingga 31 Mei 2014 yang lalu, saya telah diberikan kepercayaan oleh pihak Poto Travel & Tours untuk menjadi Tour Leader bagi pakej percutian 'Ala Santai' 4 hari 3 malam ke Bali, Indonesia. Rombongan kami dari Malaysia terdiri daripada 27 orang termasuk saya.

***Sebarang maklumat terkini mengenai harga atau pakej percutian yang lain, sila rujuk terus ke laman web rasmi Poto Travel & Tours di SINI.


Hari Pertama : Rabu (28 Mei 2014) - KLIA2 - Ngurah Rai International Airport - Uluwatu - Kuta

Saya tiba di Balai Pelepasan KLIA2 seawal jam 4.40am. Walaupun waktu berlepas untuk pakej ini adalah pada jam 9.20am, tapi peserta diminta untuk berkumpul 3 jam sebelum waktu berlepas, iaitu pada jam 6.20am untuk urusan group check in yang diuruskan oleh saya dan wakil dari pihak Poto Travel. Cik Fiena merupakan wakil dari Poto Travel yang membantu saya ketika urusan di KLIA2.

Rombongan kami menaiki pesawat Malindo Air, OD 0306.

Ini adalah kali pertama saya datang ke KLIA2 dan saya akui ianya jauh lebih baik daripada terminal kos rendah yang sebelum ini berpusat di Terminal LCC. Walaubagaimanapun, jarak ke pintu berlepas adalah agak jauh daripada kaunter imigresen/kastam. 

Untuk rombongan saya yang perlu bergerak ke Gate L16, jarak berjalan ke sana adalah lebih kurang 10 minit. Cuma terdapat 1 eskalator pejalan kaki yang agak pendek. Jadi sekiranya anda akan menggunakan KLIA2, saya cadangkan anda supaya bergerak ke pintu berlepas dengan lebih awal.

Kapal terbang yang membawa rombongan kami berlepas dari KLIA2 pada kira-kira jam 9.40am.

Malindo Air merupakan syarikat kapal terbang tambang murah yang menyediakan perkhidmatan hampir sama dengan Air Asia. Earphone/headphone untuk kegunaan di dalam kapal terbang adalah tidak diberikan secara percuma dan perlu disewa dengan harga RM15 kalau tidak silap saya. Manakala anda cuma diberikan biskut dan air mineral. Jika anda ingin membeli makanan, anda boleh beli terus dari dalam kapal terbang itu sendiri atau pun memesan atau order ketika membeli tiket secara online.

Pihak Poto Travel bagaimanapun telah memesan makanan untuk semua peserta rombongan kami.


Makanan yang dipesan oleh Poto Travel untuk peserta rombongan kami.

Nasi Lemak beserta Ayam Rendang.

Ketika di dalam kapal terbang. Indahnya ciptaan Allah S.W.T.

Paparan maklumat yang terdapat di skrin tempat duduk penumpang.

Rombongan kami selamat mendarat di Ngurah Rai International Airport, Bali pada kira-kira jam 12.40pm waktu tempatan. Tiada perbezaan waktu di antara Malaysia dan Bali.

Selepas selesai urusan di imigresen/kastam dan mengambil beg bagasi masing-masing, rombongan kami disambut di Balai Ketibaan oleh Tour Guide tempatan, Encik Artika yang akan bersama kami selama 4 hari 3 malam di Bali ini.

Setiap ahli rombongan kami disambut dan dikalungkan dengan jambangan bunga sebelum menaiki bas.

Bas yang kami naiki sepanjang 4 hari 3 malam di Bali. Pemandu bas kami juga seorang warga tempatan yang selesa dikenali dan dipanggil dengan nama Pak Made.

1.45pm - Rombongan kami kemudiannya menaiki bas dan menuju ke tempat makan tengahari.

1.55pm - Tiba di tempat makan tengahari, iaitu di Restoran Malioboro yang terkenal dengan makanan Ayam Tulang Lunak.




Di bawah ; peserta-peserta rombongan kami sedang menikmati makan tengahari di sini.

Dari kiri ; Pn. Qistina, En. Jefferi, En. Mohd Said, En. Jesman, Pn. Aslinah, Pn. Norlina, En. Roslan. 

Dari kiri ; Cik Ilia, Pn. Nuri, Cik Hafizah, Cik Faizah, Cik Fairuz, Cik Nabillah, En. Irfan.

Dari kiri ; En. Khairi, En. Aslan, En. Zuhari, En. Rozi, Pn. Siti, Pn. Rosidah, Cik Masniza, Pn. Saleha.

Dari kiri ; Pn. Aliah, En. Mosot, Cik Chua, Cik Teo.

2.45pm - Selepas selesai makan tengahari, rombongan kami bergerak menuju ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat jamak.

2.55pm - Tiba di Masjid Nurul Huda, yang terletak bersebelahan di antara gereja agama Kristian dan kuil agama Hindu.



Tugu atau arca yang terdapat di kawasan bertentangan dengan Masjid Nurul Huda.

3.25pm - Selepas selesai solat jamak di masjid, rombongan kami bergerak menuju ke tempat untuk membeli barangan cenderahati dan kraftangan dan tiba di sana kira-kira 15 minit kemudian.

Suasana di dalam kedai yang menjual hasil kraftangan dan barangan cenderahati.

4.27pm - Selepas kira-kira 50 minit, rombongan kami meneruskan perjalanan menuju ke tempat lawatan kami, iaitu ke Uluwatu.

En. Artika, pemandu pelancong atau Tour Guide rombongan kami sepanjang 4 hari 3 malam di Bali.

Terjumpa politeknik ini ketika dalam perjalanan menuju ke Uluwatu.

Perjalanan rombongan kami ke Uluwatu pada petang tersebut sedikit terlambat dari jadual kerana jalan raya yang sesak. Menurut En. Artika, sekarang merupakan musim cuti di Bali dan Indonesia, jadi ramai rakyat Indonesia sendiri turut sama datang ke Bali untuk melancong.


5.45pm - Akhirnya rombongan kami tiba di tempat yang ditujui.

Rombongan kami terus dibawa ke tempat untuk membeli tiket bagi menonton Tarian Kecak yang menjadi tarikan utama di Pura Luhur Uluwatu ini.

En. Artika beratur dan membelikan tiket untuk peserta rombongan kami.

Di hadapan pintu masuk ke dalam kuil. Oleh kerana di sini terdapat banyak monyet liar yang nakal, maka semua pelancong dinasihatkan supaya tidak memakai cermin mata hitam dan menjaga barang-barang berharga.

Setiap pelancong yang ingin memasuki ke dalam kawasan kuil akan diberikan kain selendang berwarna kuning atau ungu yang perlu dililitkan di pinggang, manakala sekiranya anda memakai seluar pendek, anda akan diberikan kain untuk dipakai. Ianya untuk menghormati 'tempat suci' mereka. Sama seperti agama Islam, kita perlulah menutup aurat ketika masuk ke dalam kawasan masjid.

Sekitar dalam kawasan kuil.


5.57pm - Matahari mula terbenam.

En. Artika sedang memberikan tiket untuk masuk ke tempat melihat Tarian Kecak kepada peserta-peserta rombongan kami.

Pemandangan menarik yang dapat dilihat di Pura Luhur Uluwatu.


Tarian Kecak merupakan tarian tradisional Bali yang mula dicipta sekitar tahun 1930an. Ianya berdasarkan hikayat epik Ramayana yang berasal dari agama Hindu. Persembahan Tarian Kecak di Pura Luhur Uluwatu ini akan bermula setiap hari pada jam 6.00pm dan tamat kira-kira jam 7.00pm.

Ramai pelancong yang datang untuk melihat Tarian Kecak ini.




Antara gimik persembahan, menggunakan api.

Ucapan penutup oleh penari-penari Tarian Kecak.

Persembahan Tarian Kecak tamat kira-kira jam 7.00pm. Seterusnya rombongan kami terus berkumpul dan bergerak menaiki bas pada kira-kira jam 7.15pm untuk ke tempat makan malam.

Oleh kerana jalan raya yang sesak, kami tiba di tempat makan malam kira-kira jam 8.18pm.

Caviar Cafe, lokasi tempat makan malam rombongan kami pada hari pertama di Bali. 

Caviar Cafe ini terletak di Pantai Jimbaran yang terletak tidak jauh daripada lapangan terbang.

Makan malam di tepi pantai Jimbaran.




Rombongan kami sedang menikmati makan malam.

Terdapat beberapa orang pemuzik jalanan menghiburkan pelancong yang makan malam di sini.

Meja rombongan kami pada malam tersebut.


Kira-kira jam 9.50pm, rombongan kami menaiki bas dan bergerak menuju ke hotel penginapan kami.

10.11pm - Tiba di Kuta Station Hotel, tempat penginapan kami selama 4 hari 3 malam di Bali.

Selepas selesai urusan check in di hotel, semua peserta rombongan kami bebas melakukan apa-apa aktiviti. Pada malam tersebut, saya bersama beberapa peserta rombongan kami telah pergi bersiar-siar di kawasan berdekatan dengan hotel kami.

Hard Rock Cafe yang terdapat di tepi Pantai Kuta.

Rock Shop yang menjadi tumpuan pelancong bagi mendapatkan cenderahati terutamanya baju.

Terdapat 2 Rock Shop di pekan Kuta ini, iaitu di Hard Rock Hotel, dan di Hard Rock Cafe. Rock Shop di Hard Rock Hotel lebih besar, tapi tutup awal iaitu pada jam 11.00pm, manakala Rock Shop yang terdapat di Hard Rock Cafe pula tutup lebih lewat. Kedua-duanya tidak terletak jauh antara satu sama lain.



No comments:

Post a Comment