Tuesday, 3 June 2014

BALI 2014 Travelogue (DAY 2) : Ubud - Kintamani - Tegalalang



Hari Kedua : Khamis (29 Mei 2014) - Ubud - Kintamani - Tegalalang

Hari kedua di Bali, Indonesia.

Sarapan pagi disediakan di restoran hotel yang bermula pada jam 7.00am hingga 10.00am. Pada pagi ini, peserta-peserta rombongan kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 8.15am.

Pada kira-kira jam 8.33am, rombongan kami menaiki bas dan bergerak menuju ke tempat lawatan pertama pada pagi tersebut, iaitu di kilang pembuatan batik tradisional Bali.


Peta Pulau Bali yang diberikan oleh Tour Guide, En. Artika kepada setiap peserta rombongan.

Nampaknya ramai peserta yang masih keletihan akibat perjalanan yang panjang dan memenatkan pada hari pertama semalam.


Rombongan kami tiba di tempat lawatan pertama, iaitu di Kilang Batik Popiler, yang terletak di Denpasar pada kira-kira jam 9.20am. Di sini, peserta rombongan berpeluang melihat secara dekat bagaimana batik tradisional Bali dihasilkan.

Seorang pekerja yang sedang menunjukkan cara melukis batik.

Pamphlet yang diberikan ketika melawat ke kilang batik tersebut.

Peserta rombongan berpeluang melihat dari dekat cara batik tradisional Bali dibuat.

Terdapat pamphlet dalam pelbagai jenis bahasa yang disediakan untuk pelawat.

Contoh corak batik tradisional Bali.




'Cop' corak batik yang digunakan.


Pelawat ditawarkan oleh pekerja kilang untuk melukis corak batik di atas baju atau beg mereka secara percuma.

Peserta rombongan kami, En. Mohd Said berpeluang untuk melihat sendiri dari dekat pekerja kilang batik ini  melukiskan corak batik harimau ke atas seluar beliau.

Lagi peserta rombongan kami, Cik Chua telah mendapatkan karya batik yang dilukiskan ke atas beg beliau.

Lagi demonstrasi melukis batik yang ditunjukkan kepada pelawat.


Selain tempat membuat batik tradisional, terdapat juga sebuah kedai cenderahati yang menjual pelbagai jenis barangan berunsurkan batik tradisional Bali di dalam kawasan kilang batik ini.

10.00am - Selepas hampir 40 minit di kilang batik tradisional Bali, rombongan kami bergerak menuju ke lokasi seterusnya, iaitu ke Polo Ralph Lauren Premium Outlet yang terletak tidak jauh dari kilang batik tersebut.

Rombongan kami tiba di sini selepas kira-kira 8 minit dari kilang batik.

Di sini pelawat boleh membeli barangan berjenama Polo Ralph Lauren dengan harga yang sedikit murah berbanding harga pasaran.

Selepas menghabiskan masa kira-kira 40 minit di premium outlet ini, rombongan kami bergerak menuju ke tempat lawatan seterusnya, iaitu di kilang pembuatan cenderahati berunsurkan perak dan emas yang terletak di Celuk Village atau Desa Celuk, Ubud.

10.50am - Rombongan kami tiba di kilang pembuatan cenderahati berunsurkan perak dan emas. Juga terdapat di sini, kedai menjual barangan cenderahati yang dihasilkan di kilang tersebut.

Pekerja kilang sedang memberikan penerangan kepada peserta rombongan kami.

Peserta rombongan ditunjukkan demonstrasi bagaimana cenderahati perak ini dihasilkan.


Kuil yang terdapat di dalam kawasan kilang ini.

Peserta rombongan kami sempat bergambar di sini.

11.28am - Setelah hampir 40 minit di kilang pembuatan barangan perak dan emas, rombongan kami seterusnya bergerak menuju ke tempat lawatan seterusnya, iaitu kilang membuat ukiran kayu yang terletak di Mas Village atau Desa Mas, Ubud.

11.40am : Tiba di kawasan Mas Village.

11.45am - Rombongan kami tiba di kilang membuat ukiran kayu.

Kuil kecil yang terdapat di kawasan kilang.

Pekerja kilang sedang membuat demonstrasi ukiran kayu di hadapan pintu masuk ke dalam kedai cenderahati yang menjual hasil-hasil ukiran kayu ini.

Lagi demonstrasi yang ditunjukkan.

Antara contoh seni ukiran kayu yang dijual di sini.

Selepas kira-kira 40 minit di kilang membuat ukiran kayu tersebut, rombongan kami meneruskan perjalanan ke tempat lawatan seterusnya, iaitu ke Abian Sari Agrowisata yang terletak di Tampak Siring. Ia merupakan sebuah kebun dan tempat menjual pelbagai jenis kopi termasuklah kopi Luwak yang terkenal di Indonesia.

12.47pm - Rombongan kami tiba di sini.

Peserta rombongan kami atau pelawat perlu berjalan merentasi kebun kopi untuk menuju ke tempat lawatan.

Terdapat sangkar menempatkan musang-musang yang digunakan untuk menghasilkan kopi luwak.

Antara bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan serbuk kopi.

Demonstrasi cara membuat serbuk kopi secara tradisional.

Di sini, peserta rombongan kami berpeluang mencuba atau merasa sendiri beberapa jenis kopi secara percuma. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba kopi luwak, anda perlu membayar 50,000 rupiah untuk segelas.

Peserta rombongan kami mengambil tempat sebelum dihidangkan beberapa jenis kopi untuk dicuba atau dirasa.

Terdapat 9 jenis kopi yang diberikan secara percuma kepada pelawat untuk dicuba.

Peserta rombongan berehat sebentar di pondok sambil menunggu dihidangkan kopi.

Bahan tambahan yang disediakan di atas meja jika ingin dicampurkan ke dalam kopi.

Informasi mengenai kopi luwak.


Pekerja agrowisata ini sedang menghidangkan 9 jenis kopi kepada peserta rombongan.

'Dapur' bagi penyediaan kopi kepada pelawat.

Ketika rombongan kami ingin meneruskan perjalanan ke tempat lawatan seterusnya, terdapat beberapa orang warga tempatan yang mengambil kesempatan untuk menjual hasil kraftangan kepada peserta rombongan kami.

Perkara ini normal dan biasa berlaku kata Tour Guide, En. Artika.

1.28pm - Rombongan kami bergerak menuju ke lokasi seterusnya di Kintamani, iaitu tempat untuk makan tengahari. Kintamani ini merupakan kawasan tanah tinggi di mana ianya popular sebagai tempat untuk berhenti dan menikmati pemandangan cantik Gunung Batur.

Perjalanan menuju ke Kintamani.

Rombongan kami tiba di restoran untuk makan tengahari dan solat jamak pada kira-kira jam 1.55pm. Di sini makanan disediakan secara buffet dan terdapat surau untuk membolehkan pelawat menunaikan solat dengan selesa.

Ruang solat lelaki yang terdapat di restoran ini.


3.10pm - Selepas selesai makan tengahari dan solat jamak, rombongan kami meneruskan perjalanan ke tempat lawatan seterusnya, iaitu ke Tegalalang Rice Field

3.25pm - Rombongan kami singgah sebentar di satu lokasi tidak jauh dari restoran tadi untuk mengambil gambar pemandangan Gunung Batur dan juga gambar berkumpulan.


Gunung Batur.

Antara wajah gembira peserta rombongan kami.

Kesemua peserta rombongan kami bergambar bersama Tour Guide, En. Artika.

Lagi gambar keceriaan peserta rombongan kami yang berpeluang mengabadikan kenangan di sini.

3.45pm - Rombongan kami meneruskan perjalanan ke Tegalalang Rice Field.

4.25pm - Rombongan kami tiba di kawasan Tegalalang Rice Field. Tapi bas kami tidak dibenarkan masuk kerana jalan yang sesak di hadapan kerana penuh dengan bas-bas dan kenderaan-kenderaan pelawat yang lain.

4.30pm - Akhirnya rombongan kami berpeluang turun daripada bas untuk melihat dan mengambil gambar di sekitar kawasan Tegalalang Rice Field ini. Terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati di sepanjang jalan di sini.

Pemandangan di kawasan sekitar Tegalalang Rice Field ini.


Antara lukisan yang dijual di kedai sekitar kawasan ini.



5.00pm - Selepas menghabiskan masa selama kira-kira 30 minit untuk mengambil gambar dan membeli cenderahati, rombongan kami seterusnya bergerak menuju ke tempat makan malam.

Jalanraya di Bali ini agak sempit dan muat-muat 2 kenderaan (bertentangan), jadi bas tidak dapat bergerak dengan cepat. Walaupun jarak dari satu tempat lawatan ke tempat seterusnya tidaklah jauh, namun keadaan jalan yang sempit ini menyebabkan perjalanan mengambil masa yang lebih lama.

Kami tiba di Restoran Natrabu, iaitu tempat makan malam kami pada hari tersebut pada kira-kira jam 6.05pm. Pada malam tersebut rombongan kami berpeluang untuk merasa juadah masakan Padang.





7.05pm - Selepas selesai makan malam, rombongan kami bergerak pulang menuju ke hotel penginapan kami di Kuta Station Hotel.

7.50pm - Rombongan kami tiba di hotel penginapan yang terletak di Kuta.


Terdapat perkhidmatan wifi percuma yang disediakan untuk pelanggan hotel. Anda cuma perlu login username dan password yang perlu diminta di kaunter reception yang terdapat di lobi hotel.


Bersambung ke entry seterusnya... Hari Ketiga : Jumaat (30 Mei 2014) - Bedugul - Tanah Lot


No comments:

Post a Comment