ChinaTrip Travelogue (DAY 2 - Part 1) : Tiananmen Square & Forbidden City
Hari Kedua - Sabtu (22 Oktober 2011)
Akhirnya tiba hari kedua, yang mana kami akan memulakan program kami sepanjang 3 hari berada di Beijing ini. Selepas berkumpul untuk bersarapan pada jam 7.00am, kami pun mula berkumpul di bas yang akan membawa kami ke destinasi kami pada hari tersebut.
Walaupun kami menyertai pakej 'Muslim Tours', namun sarapan kami yang disediakan di hotel adalah terhad kepada roti, telur rebus dan air minuman sahaja, kerana yang lain takut pula dikhuatiri tidak halal. Mahu atau tidak, kena lah makan juga. Bagi orang yang sudah biasa melancong ke luar negara, pasti mereka sudah membuat persiapan dengan membawa makanan dari Malaysia seperti biskut, mee segera, dan sebagainya.
Di hadapan hotel tempat penginapan kami. Suhu pada masa itu seperti yang ditunjukkan di lobi hotel adalah 9 darjah celsius (maksimum) dan -1 darjah celsius (minimum).
Pada jam 8.00am, rombongan bas kami bergerak menuju ke Dataran Tiananmen.
Ketika dalam bas. Kelihatan rakyat Beijing lengkap berjaket menaiki basikal di celah-celah trafik yang sesak.
Di Beijing, seperti di negara-negara di Eropah yang lain, laluan khas disediakan untuk penunggang basikal dan motosikal kerana bilangan pengguna yang terlalu ramai.
Kami tiba di kawasan berhampiran Dataran Tiananmen pada jam 8.35am, iaitu 35 minit perjalanan dari hotel.
Keadaan yang agak berjerebu pada pagi itu. Pada awalnya kami sangkakan ianya adalah kabus pagi kerana cuaca yang sejuk.
Ahli rombongan kami bersama dengan Tourist Guide sepanjang kami di Beijing, Encik Zhang.
Rombongan bergerak menuju ke kawasan dataran.
Memang luas dan lapang kawasan di sini.
Sebelum meneruskan perjalanan yang panjang, Encik Zhang memberikan peluang kepada rombongan kami untuk pergi ke tandas awam.
Sekitar dataran. Memang luas, tapi sayang keadaan pada hari itu sangat berjerebu, maka pemandangan kurang jelas.
Melalui pintu masuk ke Dataran Tiananmen.
Kelihatan dari jauh, Tugu Wira Rakyat (Monument to the People's Heroes).
Saya bersama ibu dan ayah di hadapan Dewan Besar Rakyat (Great Hall of the People)
Tiang bendera negara China di tengah-tengah dataran.
Saya di hadapan pintu Tiananmen, salah satu pintu masuk utama ke Kota Larangan (Forbidden City).
Rombongan kami tiba dan memasuki Kota Larangan pada jam 9.30am.
Berkumpul dan diberikan penerangan oleh Encik Zhang sebelum memasuki Kota Larangan.
Kelihatan ramai pelancong yang turut sama menuju masuk ke dalam Kota Larangan.
'Disambut' oleh replika patung Maharaja China dan 2 orang gundik di pintu masuk Kota Larangan.
Semakin jauh berjalan, semakin ramai pelancong yang ditemui.
Ibu saya sempat bergambar di tengah-tengah ribuan pelancong yang ada ketika itu. Di luar pintu masuk itu sahaja, saya kira terdapat hampir atau mungkin lebih daripada 30 kumpulan pelancong dari seluruh dunia, (merujuk kepada bilangan ketua rombongan yang memegang bendera syarikat pelancongan masing-masing).
Ibu dan ayah.
Gambar panorama.
Kota Larangan, untuk yang tidak mengetahui, ianya adalah sebuah istana maharaja China suatu ketika dulu. Kalau anda biasa menonton drama Cina yang ditayangkan di stesen tv tempatan, mesti anda 'familiar' dengan bagaimana keadaan istana maharaja China ini.
Berjalan melepasi beberapa lapisan 'pintu masuk'.
Muzium Istana
'Halal Tours' - bendera yang mewakili rombongan kami.
Menaiki dan menuruni tangga di setiap lapisan 'pintu masuk' memang memenatkan, tambahan pula perlu bersesak-sesak dengan pelancong lain yang terlalu ramai.
Berehat sebentar sambil diberikan penerangan oleh Encik Zhang. Kelihatan seorang wanita China yang bertugas merakam pergerakan rombongan kami sepanjang di Beijing dengan handycam.
Penat !
Menuju ke 'pintu' yang seterusnya. Saya tak ingat ada berapa lapisan kesemuanya, tapi semuanya kelihatan hampir sama.
Sekali lagi berehat sambil diberikan penerangan.
Gambar panorama.
Gambar panorama.
Ukiran pada batu yang besar seperti dapat anda lihat pada gambar di bawah.
Ukiran batu ini terletak bersebelahan dengan tangga.
Gambar panorama.
Terdapat arca kura-kura di sini, dianggap haiwan 'sakti' mungkin?
Arca bangau juga turut terdapat di sini.
Jam matahari.
Gambar panorama.
Di penghujung kota ini, baru lah kita dapat melihat struktur binaan yang lain.
Di hadapan ape ni ye?
Papan tanda yang menunjukkan lokasi tempat-tempat yang terdapat di dalam Kota Larangan ini.
Di penghujung kota ini juga, barulah terdapatnya tandas awam. Namun bagi anda yang mementingkan kebersihan dan cerewet, tentu anda tak sanggup nak melepaskan hajat di sini. Tapi ini hanyalah pendapat peribadi ikhlas dari saya.
Menuju keluar dari Kota Larangan.
Kira-kira jam 11.25am, baru lah rombongan kami keluar dari Kota Larangan yang amat besar ini.
Inilah dia pintu keluar yang terletak di penghujung Kota Larangan.
Pintu keluar, dan kalau saya tak salah merupakan salah satu pintu utama Kota Larangan, Pintu Meridian, yang terletak di selatan Kota Larangan.
Ketika rombongan kami berjalan menuju ke bas, saya sempat mengambil gambar ini. Agak besar dan panjang, dan luas bukan Kota Larangan ini?
Bersambung ke entry berikutnya... Hari Kedua - Sabtu (22 Oktober 2011) - Bahagian 2 : Beijing
No comments:
Post a Comment