*Untuk entry kali nie izinkan aku untuk berbahasa BAKU supaya travelogue ini bukan sekadar menjadi catatan perjalanan dan pengalaman aku sahaja, tapi juga mungkin boleh dijadikan panduan kepada para pelancong yang berminat nak melancong ke negeri China nie. Sebab berdasarkan hasil carian yang datang ke blog nie, banyak pelawat yang menjumpai blog nie kerana mencari maklumat mengenai tempat2 yang aku pernah lawati dan kongsikan pengalaman di dalam blog nie.
*Untuk entry Travelogue yang terdahulu (Eurotrip) , anda boleh pergi ke SINI.
Pada 21 Oktober hingga 28 Oktober 2011 yang lalu, saya telah berkesempatan untuk bercuti bersama kedua ibu dan bapa saya dengan menyertai pakej rombongan 7 hari 6 malam ke Beijing dan Shanghai yang dikendalikan oleh syarikat POTO Travel & Tours. Kami memilih syarikat agen pelancongan tersebut kerana adanya pakej 'Muslim Tours' dan kami pernah bercuti menggunakan pakej mereka sebelum ini (Eurotrip) dan perkhidmatan yang disediakan adalah baik dan memuaskan.
ChinaTrip Travelogue (DAY 1) : KLIA - Hong Kong - Beijing
Hari Pertama - Jumaat (21 Oktober 2011)
Saya, ibu, dan ayah bertolak dari rumah abang saya di Shah Alam dan tiba di KLIA kira-kira jam 10am. Rombongan diminta berkumpul 2 jam lebih awal (pukul 11am) daripada waktu penerbangan, iaitu pada jam 1.15pm.
Ketua rombongan atau 'Tour Leader' bagi rombongan kami yang terdiri daripada 28 orang adalah Encik Zulhazmi, iaitu wakil dari syarikat POTO.
Saya sekeluarga berkenalan dengan Encik Kamil (baju merah) dan Puan Maimun (baju biru), sepasang suami isteri yang turut bersama dalam rombongan kami. Kali pertama jumpa dah rasa seperti saudara rapat, kerana keramahan mereka.
Flight kami bertolak menaiki pesawat Cathay Pacific pada jam 1.37pm waktu Malaysia dari KLIA menuju ke Hong Kong, sebagai tempat transit sebelum kami menyambung perjalanan ke Beijing, iaitu destinasi sebenar rombongan kami.
Sempat mengambil gambar di dalam kapal terbang sebelum mematikan telefon.
Menuju ke Hong Kong International Airport.
Ketika dalam penerbangan, saya sempat menonton filem dari Jepun bertajuk 'Andalucia' lakonan Kuroki Meisa dan Hideaki Ito. Sememangnya saya penggemar drama atau filem dari Jepun. =)
Best ke? Boleh la tahan. Kalau berminat boleh la anda tengok sendiri.
Rombongan kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada jam 5.08pm (waktu Hong Kong / Malaysia : GMT +8) sebagai tempat transit. Kami hanya mempunyai masa kira-kira sejam setengah untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan seterusnya menuju ke Beijing.
Ibu dan ayah saya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Rombongan kami berlepas dari Hong Kong menaiki pesawat DragonAir pada jam 7.19pm dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Beijing Capitol pada jam 10.14pm, selepas hampir 3 jam perjalanan.
Oleh kerana ayah saya kadangkala memerlukan bantuan kerusi roda untuk berjalan jauh, maka kami bergerak secara berasingan dengan rombongan kami dan melalui jalan khas, dibantu oleh petugas di lapangan terbang.
Special Lane for Special Guest? =)
Keadaan di Imigresen di Lapangan Terbang Beijing.
Menunggu tren yang membawa kami ke bangunan utama untuk mengambil beg-beg kami.
Lapang tiada orang sebab kami sampai dahulu menggunakan special lane.
Ayah saya dibantu pegawai bertugas.
Keadaan di bangunan utama.
Berkenalan dengan Tourist Guide, Encik Zhang yang akan menemani kami sepanjang di Beijing. Encik Zhang adalah warga kelahiran Medan, Indonesia, namun telah 40 tahun menetap di Beijing.
Menjelang jam 11.25pm, rombongan kami masih belum dapat bergerak menuju ke hotel kerana salah seorang peserta rombongan telah ditahan kerana suhu badan melebihi yang ditetapkan akibat demam.
*Pelancong perlu melalui 'lorong pengesan suhu' ketika di imigresen. Sesiapa yang dikesan melebihi suhu badan normal akan ditahan dan perlu menjalani ujian kesihatan yang dijalankan di lapangan terbang itu sendiri sebelum dilepaskan.
Hanya pada jam 12.40am barulah rombongan kami menuju ke tempat menunggu bas. Keadaan pada malam itu adalah agak berkabus dan sejuk.
Bas datang 5 minit kemudian dan selepas memuatkan beg-beg peserta rombongan, kami terus bergerak menuju ke hotel penginapan kami yang terletak kira-kira 40 minit dari lapangan terbang.
Rombongan kami tiba di hotel penginapan kami, iaitu Ming Du Hotel pada kira-kira jam 1.30am.
Pintu masuk hotel.
Suasana di lobi hotel sementara kami menunggu bagi mendapatkan kunci bilik.
Setelah penat seharian dan mengharungi lebih 12 jam perjalanan akhirnya ibu saya dan peserta rombongan yang lain boleh tersenyum dan berehat sebelum memulakan percutian kami pada hari esok.
Bersambung ke entry berikutnya... Hari Kedua - Sabtu (22 Oktober 2011) - Bahagian 1 : Dataran Tiananmen & Kota Larangan, Beijing
No comments:
Post a Comment