Friday, 16 December 2011

ChinaTrip Travelogue (DAY 2 - Part 2) - Beijing City

ChinaTrip Travelogue (DAY 2 - Part 2) : Beijing City

Hari Kedua - Sabtu (22 Oktober 2011)

Selepas melawat ke Kota Larangan, kami segera menaiki bas kira-kira jam 11.45am dan terus bergerak menuju ke restoran untuk makan tengahari.

Inilah bas yang kami naiki sepanjang berada di Beijing.


Kami tiba di restoran halal ini kira-kira jam 11.54am, hanya lebih kurang 10 minit daripada Kota Larangan..


12.47pm, selesai makan tengahari, rombongan kami menuju pula ke Masjid Nan Dou Ya untuk menunaikan solat Jamak. Masjid nie dipercayai berusia lebih dari 1000 tahun. 

1.05pm - Tiba di Masjid Nan Dou Ya.

Dari hadapan masjid.

Jadual waktu solat di Beijing.



Selepas selesai menunaikan solat Jamak dan berehat, rombongan kami terus bergerak menuju ke tempat urutan kaki dan tempat menjual ubatan tradisional.

Jalanraya sentiasa sesak dengan kereta walaupun ramai yang menggunakan basikal.

Tak pasti ini bangunan apa.

Jerebu agak teruk di Beijing pada ketika itu, tapi orang ramai masih selamba tidak memakai 'mask'.

Suhu maksimum pada waktu itu adalah 18 Celcius, dan minimum 13 Celcius.

2.38pm - Tiba di tempat urutan kaki dan menjual ubatan tradisional.

Rombongan kami terus dibawa masuk ke dalam salah satu bilik khas yang dipenuhi kira-kira 30 kerusi. Di situ kami diberi penerangan mengenai ubat yang mereka jual dan seterusnya memberikan sesi urutan kaki secara percuma.

Kaki anda akan direndam dalam air herba ini yang agak panas, sebelum diurut oleh pekerja tempat ini. Selepas sesi urutan, anda akan didatangi oleh 'tabib' yang akan mempromosikan ubat tradisional mereka. Nak beli atau tidak, terpulang kepada anda, kerana tiada paksaan. 

Seterusnya, setelah selesai di pusat urutan kaki, rombongan kami menuju ke tempat menjual pisau dan barangan dapur, kira-kira pada jam 3.50pm.

Kat tepi jalan pun boleh dijadikan tempat membaiki basikal.

Tak tahu arca apa.

Kami tiba di kedai DELLMANN ini pada kira-kira jam 4.25pm.

DELLMANN yang terletak berhampiran dengan Stadium Olimpik Beijing.

5.00pm - Setelah selesai di DELLMANN, rombongan kami menuju ke destinasi seterusnya, iaitu pusat jualan sutera.

Tiba di pusat sutera ini pada kira-kira jam 5.15pm, lebih kurang 15 minit dari DELLMANN tadi. Perjalanan dari satu tempat lawatan ke satu tempat lawatan yang lain memang cuma mengambil masa bawah 30 minit, kalau tiada traffic jam.

Ibu saya sempat bergambar di depan pusat sutera ini.

Di sini, kami terlebih dahulu diberikan penerangan oleh pegawai yang bertugas, sebelum dibawa menuju ke tempat membeli belah barangan yang diperbuat daripada sutera.

Ulat sutera yang telah diawet.

Cocoon ulat sutera.

Diberikan penerangan mengenai bagaimana proses penghasilan sutera yang asalnya daripada ulat sutera hinggalah terhasilnya kain sutera dan lain-lain produk.

Poster klasik yang dilukis di atas kain sutera.

Antara baju sutera yang dipamerkan di sini.

Antara pemimpin-pemimpin negara yang memakai baju kain sutera yang dihasilkan di pusat ini, termasuklah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat.

Saya berkesempatan untuk memegang cocoon. Terasa seperti memegang kapas yang dipadatkan.

Ulat dikeluarkan daripada dalam cocoon, sebelum cocoon diproses.

Kira-kira 20 cocoon diperlukan untuk diproses dan dijadikan sehelai kain sutera seperti gambar di atas.

Penerangan mengenai ulat sutera.

Dah selesai sesi penerangan, tibalah sesi shopping. Agak luas tempat jualan dan terdapat macam-macam jenis produk yang diperbuat daripada sutera.

Rombongan kami ditunjukkan kain cadar yang diperbuat daripada sutera.

6.15pm - Selesai membeli-belah di pusat sutera, rombongan kami menuju pula ke tempat pertunjukan akrobatik.

6.25pm - Tiba di tempat pertunjukan.

Inilah tempatnya dimana pertunjukan akrobatik seni mempertahankan diri China dipersembahkan.

Tema pertunjukan akrobatik ini adalah sejarah dan seni-seni mempertahankan diri yang terdapat di China.

Disebabkan rombongan kami tiba awal di tempat tersebut, maka kami pun masuk dan berehat dahulu di dalam dewan persembahan sementara menunggu jam 7.30pm.

Ye, apa yang anda lihat ini adalah peserta rombongan kami, dan sehinggalah waktu pertunjukan bermula, hanya kami sahaja yang berada di dalam dewan, seolah-olah dewan tersebut telah ditempah khas untuk kami.   

Persembahan bermula pada tepat jam 7.30pm.

Antara aksi-aksi akrobat.

Menarik, mungkin sebab ini kali pertama saya menonton persembahan akrobatik secara live

Acara selingan.

Persembahan diteruskan.

Antara kemuncak persembahan.

Persembahan akrobatik tersebut tamat kira-kira pada jam 8.40pm. 

8.50pm - Seterusnya kami menuju ke restoran untuk makan malam sebelum pulang ke hotel untuk berehat.

9.15pm - Tiba di restoran JUDEHUATIAN untuk makan malam.

Restoran JUDEHUATIAN.

9.59pm - Bergerak balik ke hotel.

10.13pm - Tiba di hotel dan berehat.


No comments:

Post a Comment