Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.
Eurotrip Travelogue (DAY 9 - Part 2) : From Brussels to London
Hari Kesembilan - Rabu (5 Mei 2010) - Bahagian 2 : Dari Brussels ke London
2.03pm - Rombongan bas kami tiba di Brussels-South Railway Station..Kat sini la tempatnya kami bakal naik Eurostar ke London kejap lagi..
Brussels South Charleroi Airport pun dekat je..
Haaa..inilah die railway station nye..
Menuju ke arah tempat Eurostar
Jumpe pun akhirnyaa..Eurostar check-in >>
Macam kat airport pulak..
Bergambar dulu sebelum melalui kastam,imigresen, dan bla bla bla..strict sikit nak masuk London nie..macam-macam orang kastam tue tanye saya dan abang..kami ade cam muka terrorist ke? ish3
3.20pm - Melalui kastam, imigresen, dan bla bla bla..
3.40pm - Tunggu train yang akan bertolak sejam lebih lagi.. zzz
5.05pm - Train memulakan perjalanan menuju ke London, yeay!
Muke tak sabar nk menjejak London..(sebenarnye tak sabar nk pergi Stamford Bridge! hehe)
6.10pm - Train memasuki terowong bawah laut yang menghubungkan United Kingdom dengan tanah besar Eropah..Terowong nie sepanjang 50.45km dan terdiri daripada 3 terowong, termasuk 1 terowong servis.
6.30pm - Train keluar dari terowong tepat 20 minit, seperti anggaran yang diberikan di dalam pamplet Eurostar yang terdapat di belakang kerusi. Kagum kejap..Lepas je terowong nie bermakna kami dah berada di UK, maka waktu pun dah berubah -1. Kiranya sekarang jam 5.30pm waktu UK.
6.07pm (Waktu UK) - Train tiba di Stesen St. Pancras, yang terletak di London. Sekali lagi kagum sebab memang waktu ketibaan nie telah diberitahu di awal perjalanan lagi.
Bergambar sebaik turun train..
Yeay, dah sampai London!
St. Pancras
Agak sibuk juga stesen nie..
6.44pm - Rombongan kami menaiki bas menuju ke hotel dimana kami akan menginap selama 2 malam, sebelum bertolak pulang ke Malaysia.
Melalui kota London..
Tue die Madame Tussauds London..tringin nak pergi!
Inilah die Hyde Park..teringat entry Long Haffiz (Coretan Perantau) yang pernah cite die berkelah kat sini..
7.20pm - Rombongan kami tiba di Holiday Villa Hotel, London.
Dah sampai!
8.40pm - Saya, abang dan beberapa ahli rombongan kami telah keluar menuju ke restoran makanan Malaysia yang terletak berhampiran dengan hotel kami. Dengar kata ada 8 restoran makanan Malaysia di kawasan tue.
9.05pm - Kami tiba di Bonda Cafe, setelah berjalan kaki beramai-ramai dari hotel. Tapi tak semua pun peserta rombongan yang ikut, sebab ada yang penat dan ingin berehat di hotel, dan ada yang dah makan makanan yang dibuat sendiri.
Inilah menu berserta harganya..Harga dalam RM? Cube darab 5.. =P
Kalau datang London, jangan lupa singgah di Bonda Cafe! Fuuh..tolong promote nie..
Inilah yang saya order..Nasi Goreng Thai dan Air Bandung..Boleh tahan la sedapnya..Tetambah perut tengah lapar.. =)
Bergambar di depan kedai..Bonda Cafe London..oh yer, free wifi disediakan.. =)
10.50pm - Setelah menjamu selera dan menapau makanan untuk ibu dan ayah saya, kami pun bergerak pulang ke hotel. Sempat juga singgah di kedai souvenirs yang terdapat di sekitar laluan kami tu.
Terjumpa lagi satu restoran Malaysia ketika dalam perjalanan pulang ke hotel..tukdin : Flavours of Malaysia..
10.50pm - Tiba di hotel..masa untuk berehat..
Bersambung ke entry berikutnya..Hari Kesepuluh - Khamis (6 Mei 2010) : Bahagian 1 : London
wow.. london again..
ReplyDeleterest Bonda tu bestkan menu dia. harganya pun besttt... =)
Nur : hee...boleh la... dpt gak merasa nasik goreng time kat london.. ;)
ReplyDelete