Wednesday, 9 June 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 9 - Part 1) : From Amsterdam to Brussels

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.

Eurotrip Travelogue (DAY 9 - Part 1) : From Amsterdam to Brussels

Hari Kesembilan - Rabu (5 Mei 2010) - Bahagian 1 : Dari Amsterdam ke Brussels

Pada hari nie, rombongan kami telah bertolak menuju ke destinasi terakhir kami dalam pakej tour Europe, iaitu ke London, England. Namun sebelum tue, rombongan kami telah berhenti singgah dan bersiar-siar sebentar di Brussels, Belgium, sebelum menaiki Eurostar ke London.

Sebelum bertolak dari hotel..

Hari nie merupakan hari terakhir kami menaiki bas nie, setelah 8 hari sejak kami menjejak kaki di bumi Eropah



8.06am - Bertolak dari HEM Hotel, Amsterdam menuju ke Brussels, Belgium.

Dalam perjalanan menuju ke Brussels..saya ada ternampak signboard yang menyatakan suhu ketika itu ialah 6 darjah Celcius!

Ketika dalam perjalanan...kedengaran 'motto' rombongan kami yang dilaungkan salah sorang makcik, iaitu "biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli" =)

9.32am - Rombongan kami berhenti rehat sekejap untuk memberi peluang kepada peserta rombongan ke tandas dan menyegarkan badan.

Bergerak menuju ke 'Cafe Bonjour'

'Cafe Bonjour'

Kalau kat Amsterdam, namanye Chocomel, tapi kat Brussels plak namanye Cecemel..Sedap giler!

Melalui kawasan istana raja di Brussels

Mula memasuki pinggir bandar Brussels

Pemandangan sekitar..

Kini memasuki bandar Brussels!

Melalui WTC Brussels

Best juga kalau dapat naik bus pelancong nie..

Tak tahu nie bangunan tinggal ke hape..siap pecah2 cerminnye..

Bendera berkibaran...

Macam banyak lokasi menarik kat Brussels nie, tapi bas kami cuma singgah sebentar je, sementara menunggu waktu bertolak ke London dengan Eurostar..

Cantik dan klasik!

11.17am - Bas kami singgah sebentar di bandar Brussels untuk bersiar-siar di bawah kendalian encik driver bus kami, Mr. Pietler Jurgen. Selepas tu, peserta rombongan diberikan kebenaran untuk bergerak bebas mencari tempat makan tengahari sebelum berkumpul semula di tempat yang ditetapkan.

Jauh jugak perjalanan jalan kaki dari bas ke lorong-lorong kecil di Brussels nie..

Di sinilah tempat perjumpaan kami nanti apabila ingin berkumpul semula selepas makan tengahari

Memang cantik sangat struktur dan reka bentuk bangunan di sini..

Berjalan sekitar lorong-lorong kecil

Sekitar lorong yang kami pergi

Agak-agak boleh sesat tak kat sini? Mungkin kot?

Satu jer, susah nk cari public toilet kat sini! Ish...

Jalan-jalan 

Terjumpa kedai waffels! Yang pastinya pure Belgian Waffels! =)

Huuuu...makan waffel dalam suasana yg sejuk..waffel ni merupakan waffel paling sedap pnah saya makan!  

Banyaknye arca budak lelaki kencing!..Sebenarnya arca budak kencing nie bernama Manneken Pis yang merupakan salah satu ikon bagi bandar Brussels

Di sinilah terletaknya arca budak kencing tu! Ntah nape waktu saya datang, ia ditutup dengan bendera..Awalnya saya pun tak tahu yang arca tu terletak di sini..

Ukiran dan seni di dinding

Besar dan cantik bangunan kat blakang tu!

Abang saya bergambar berlatarkan salah satu bangunan yang paling menonjol di kawasan tue

Tak tahu ape bende nye nie..main amik gambar je!

Klasik!

Asyik ambil gambar pemandangan jer, skali skala nak jugak gambar sendiri! =)

Bergambar dengan Mr. Pietler Jurgen, pemandu bas kami sejak dari Frankfurt hinggalah ke Brussels.

Ketika dalam perjalanan pulang menuju ke bas, ternampak artis jalanan nie..memang sedap muzik yang mereka nie mainkan..

Air pancut yang menarik..

Selain waffels, Belgium juga terkenal dengan chocolate buatan mereka!

Tak tahu bangunan ape, tapi memang cantik ar..

1.41pm - Setelah 2 jam lebih bersiar-siar di Brussels, rombongan kami kembali menaiki bas untuk menuju ke stesen Eurostar, dan seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke London.


Bersambung ke entry berikutnya..Hari Kesembilan - Rabu (5 Mei 2010) - Bahagian 2 : Dari Brussels ke London

4 comments:

  1. memang enjoy betul ko kan areev
    bestnya

    ReplyDelete
  2. hee...alhamdulillah..oke je la..

    ReplyDelete
  3. Salam...besnye dapat pegi europe...dy dah buatt persediaan belajar makan piza supaya tak huru-hara bila pegi sana...

    huh...jangan harap dapat peg europe...hahahahaha...

    ReplyDelete
  4. heee...makan pizza pun kene ade persediaan ek?

    ngap je! ;)

    insyaallah ade rezeki smpai la europe :)

    ReplyDelete