[Review] Hotel : Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt, Kuala Lumpur ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
"This is the best hotel ever!" Itulah ungkapan anak kecil kami ketika berada di hotel ini beberapa hari yang lalu.
Sempena nak meraikan hari lahir anak perempuan kesayangan kami pada tahun ini yang meminati Barbie, saya dan isteri telah memilih Barbie Ultimate Staycation, iaitu satu pakej yang ditawarkan oleh Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Info Asas :
Tarikh Check In : 30/07/2022
Tarikh Check Out : 31/07/2022
Jenis Bilik/Pakej : Made In Malibu (2 adults, 1 child) - pakej termasuk RM300 dining credit di THIRTY8 Restaurant, RM200 diskaun (bersyarat) di Le Petit, breakfast, dan afternoon tea di Barbie Cafe.
Harga : RM2520/1 malam
Tempahan terus di laman web barbiestaycation.com
Parkir : ⭐️⭐️⭐️⭐️
Terdapat kawasan parkir basement di hotel ini, dan anda perlu menggunakan kad Touch 'n' Go. Untuk pakej kami, parkir adalah percuma, kami cuma perlu 'validate' kad kami di kaunter check in/out hotel.
Lobby & Check In : ⭐️⭐️⭐️⭐️
Terdapat 2 lift berbeza di sini, satu daripada kawasan parkir ke tingkat G dan satu lagi daripada tingkat G ke tingkat 38 (tingkat L), Lobby, dan bilik penginapan. Proses check in kami sedikit kurang lancar sebab masa mula-mula sampai kaunter, seorang staf meminta kami tunggu sebentar untuk check in bilik atau pakej kami. Setelah hampir 10 minit kami menunggu, kami cuba bertanya kepada staf lain di kaunter, dan dia kata boleh je check in bilik kami di kaunter check in tersebut. Pulakkk... entah apa dia si Timothy (nama staff yang minta kami tunggu tadi) ni baru kerja ke? Nasib baik staf yang menguruskan urusan check in kami bijak menjaga hati pelanggan, dia minta maaf dan layan kami dengan profesional.
Bilik Penginapan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Selepas urusan check in, kami diiringi oleh seorang staf bernama Ashraf yang membawa kami ke bilik penginapan kami. Tingkat 33 merupakan tingkat khas yang menempatkan bilik-bilik untuk pakej Barbie ini. Terdapat hiasan-hiasan bertemakan Barbie dan warna pink yang pastinya menjadi tempat untuk bergambar sebaik sahaja anda keluar dari lift. Bilik untuk pakej Made In Malibu ini memang menjadi tarikan utama kepada pelanggan. Terdapat juga bilik jenis 'suite' yang pastinya lebih mewah dan luas, tapi harganya pun 2 kali ganda dari bilik standard. Untuk lebih detail pasal apa yang ada dalam bilik standard untuk pakej Made In Malibu ini, sila rujuk setiap gambar yang saya sertakan dalam artikel ini.
Kemudahan Lain : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Terdapat swimming pool untuk dewasa dan kanak kanak di tingkat 2. Anda perlu tempah dahulu untuk gunakan swimming pool, dan had masa adalah 1 jam sahaja. Barbie Cafe terletak di kawasan swimming pool, dan ada logo Barbie di tepi swimming pool untuk anda mengambil gambar.
Dinner : ⭐️⭐️⭐️⭐️
Kami memilih untuk menggunakan dining credit RM300 yang diberikan dalam pakej kami di Restoran THIRTY8. Suasananya agak gelap dan mungkin romantik bagi mereka yang inginkan suasana sedemikian. Ada jugalah kami nampak pasangan yang membawa bunga dan sebagainya bagi meraikan hari bahagia mereka. Yang sambut birthday pun boleh kata selang beberapa belas minit ada je kedengaran staf hotel yang menyanyikan lagu happy birthday. Dining credit RM300 tu banyak, tapi masih tak cukup untuk kami makan 3 beranak, kena jugalah top up sedikit. Rasa makanannya pula bagi saya biasa-biasa je. Mungkin sebab tekak tak selalu kena makanan mahal kot? Lol 😗
Breakfast : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Untuk breakfast, terdapat 2 pilihan restoran, yang pertama di tingkat G, dan satu lagi di tingkat 38 (Restoran THIRTY8). Di tingkat G, restorannya dibuka jam 8am, manakala kalau anda nak sarapan lebih awal, Restoran THIRTY8 adalah pilihan anda. Kalau tak silap bermula jam 7.30am. Kami breakfast di Restoran THIRTY8, kerana kami turun sarapan sebelum jam 8am sebab tak nak sesak dan ramai orang. Terdapat 2 pilihan makanan di sini, iaitu makanan Western dan Chinese. Kedua-duanya sedap. Yang bestnya kalau anda dinner atau breakfast di sini, anda boleh duduk di meja berlatarbelakangkan bangunan KLCC dan Menara KL. Berada di tingkat 38 memang satu kelebihan!
Afternoon Tea : ⭐️⭐️⭐️⭐️
Sila rujuk dalam blog post saya yang akan datang untuk review saya tentang afternoon tea di Barbie Cafe.
Check Out : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Urusan late check out kami lancar. Boleh late check out pada pukul 2pm (normal 12pm), tapi anda perlu bagitahu semasa check in bilik. Tiada charge tambahan dikenakan. Anda boleh validate kad Touch 'n' Go anda ketika check out. Ianya sah untuk satu entry dan tiada had masa. Kiranya kalau anda dah validate dan kemudian nak lepak menikmati afternoon tea di Barbie Cafe pun tak ada masalah.
Kesimpulan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Pengalaman Barbie Ultimate Staycation di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur ni memang best, terutamanya kalau anda ada anak perempuan atau pasangan anda memang peminat Barbie. Biliknya penuh tema Barbie, siap ada Barbie punya 'doll house', ada pakaian-pakaian dan kelengkapan berhias untuk kanak-kanak perempuan bertemakan 'superstar', siaran tv Netflix, dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.
Untuk pakej Made In Malibu yang kami pilih, kami dapat bilik penginapan bertemakan Barbie, dapat dining credit bernilai RM300 di Restoran THIRTY8, dapat breakfast di Restoran THIRTY8, dan juga dapat afternoon tea di Barbie Cafe. Kalau dikira bayar semua tu secara berasingan untuk 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak, memang berbaloi lah ambil terus pakej Barbie Ultimate Staycation ni.
Nak datang lagi? Kalau ada rezeki lebih why not? Sebab anak kami sangat enjoy dan siap cakap "this is the best hotel ever!" 😂
No comments:
Post a Comment