Wednesday, 7 September 2022

[Review] Afternoon Tea @ Barbie Cafe, Grand Hyatt Kuala Lumpur

[Review] Afternoon Tea @ Barbie Cafe, Grand Hyatt Kuala Lumpur

Afternoon Tea @ Barbie Cafe ini disertakan dalam pakej Made In Malibu, Barbie Ultimate Staycation. Kalau anda tak nak tidur di hotel, sekadar datang dari luar nak lepak afternoon tea di Barbie Cafe ni pun boleh, tapi perlu booking dahulu, tak boleh walk in. Harga pula mengikut individu. Terdapat 2 sesi afternoon tea di Barbie Cafe ni, iaitu 12pm-2pm dan 2.30pm-4.30pm.









Makanan yang disediakan adalah tetap, tak boleh dipilih, manakala anda boleh membuat pilihan air minuman dari menu online yang anda scan dari QR code. Ada juga ais krim dan chocolate dip yang anda boleh ambil di kaunter. Kalau anda nak makan 'kenyang', maka ini bukanlah destinasi yang wajar, kerana menu makanannya adalah makanan 'ringan' dan manis. Kalau anda nak ber'OOTD' atau nak buat 'content', maka sesuailah kot. 








Ruang dalam cafe taklah besar sangat, dan bagi saya tak 'wow' sangat pun. Pergi kali pertama mungkin okay, tapi nak repeat tu mungkin tak kot?

Keseluruhan, saya bagi 4/5⭐️ sebab cafe ni memang menepati tema Barbie tapi macam ada yang kurang dan tak sempurna.

Tips : Kalau tak dapat habiskan makanan, jangan segan untuk minta bungkus bawa balik. 😬👍





No comments:

Post a Comment