Hari ketiga di bumi Hong Kong. Hari ini kami akan ke Mong Kok dan Tsim Sha Tsui, iaitu antara dua lokasi tumpuan pelancong di sini.
Sarapan pagi dengan air susu perisa coffee. Serius sedap!
"Mika dah ready ni papa!"
11.12am - Kami bergerak keluar dari hotel penginapan untuk menuju ke Mong Kok.
11.13am - Kami memasuki pintu A2 yang terletak bersebelahan dengan hotel penginapan kami seperti biasa untuk menuju ke platform Stesen Sai Ying Pun.
11.19am - Selepas berjalan kira-kira 6 minit, kami tiba di platform 1, menuju ke arah Chai Wan.
Untuk menuju ke Mong Kok, kami perlu tukar tren di Stesen Central yang terletak 3 stesen dari Stesen Sai Ying Pun.
Cinta-cinta hati saya!
11.20am - Kami menaiki tren menuju ke Stesen Central.
11.25am - Selepas kira-kira 5 minit perjalanan, kami tiba di Stesen Central.
Seterusnya, kami perlu menaiki tren Tsuen Wan Line menuju ke arah Tsuen Wan.
Perlu berjalan agak jauh untuk menuju ke platform.
11.27am - Akhirnya kami menaiki tren di Stesen Central, untuk menuju ke Mong Kok. Stesen Mong Kok terletak 4 stesen dari Stesen Central.
11.41am - Selepas kira-kira 14 minit perjalanan, kami akhirnya sampai di Stesen Mong Kok.
Mencari pintu keluar yang paling sesuai dan dekat dengan tempat yang ditujui. Destinasi pertama kami di Mong Kok adalah Ladies' Market yang terletak di Tung Choi Street.
Menuju ke pintu keluar D di Stesen Mong Kok.
Menuju ke pintu keluar D3.
11.46am - Akhirnya kami keluar dari pintu keluar D3 di Stesen Mong Kok.
Mama dan Mika sempat ambil gambar berlatarkan Mong Kok.
11.53am - Kami tiba di Ladies' Market.
Mungkin kerana masih awal, banyak kedai atau gerai yang belum buka dan ada yang baru nak buka. Ladies' Market ni bagi saya tak ada lah special sangat pun, sama je macam pasar malam atau 'uptown' kita di Malaysia. Banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dari baju, beg, kasut, cenderahati, permainan kanak-kanak, sampailah ke peralatan elektronik seperti powerbank. Harganya boleh tahan melampau kalau kita tanya buat kali pertama. Bayangkan 4 set keychain biasa dijual dengan harga HKD 100 (RM 50) dan ada yang HKD 200 (RM 100)?
Tips : Di Ladies' Market, pastikan anda survey dahulu harga keychain/fridge magnet di beberapa kedai. Kerana ada yang dijual dengan harga agak melampau mahal. Tapi biasanya peniaga akan sedaya upaya memujuk anda membeli dari mereka dengan menurunkan harga kepada yang lebih logik dan boleh diterima akal. Jika anda nak membeli baju 'I Love HK' sebagai cenderahati, ada kedai di sini yang menjual dengan harga 7 helai = HKD 100 (RM 50), yang bagi saya agak berbaloi kalau nak beli. Tapi kalau nak yang berkualiti, lebih baik beli sahaja baju di Hard Rock Cafe (rujuk entry Hari Pertama), tapi tentu sahaja harganya lebih mahal, dalam lingkungan HKD 200 (RM100) - HKD 400 (RM 200) sehelai baju.
12.55pm - Selesai shopping cenderahati, kami singgah makan di salah sebuah restoran halal yang terdapat di kawasan Ladies' Market.
Mama melayan telatah Mika sementara menunggu makanan sampai.
Makanan tengahari kami, iaitu Cheese Nan dan Nasi Biryani Ayam.
Nama restoran tersebut adalah Spice Of India.
1.38pm - Selesai makan tengahari dan berehat, kami menuju ke lokasi seterusnya di Mong Kok, iaitu In's Point yang pastinya menjadi lokasi utama ditujui otaku, dan peminat-peminat permainan LEGO dan figura aksi.
Mika dah mula penat, Papa dengan Mama je yang semangat ni!
1.43pm - Kami tiba di bangunan In's Point yang terletak di Nathan Road. Maaf kerana tak dapat nak kongsikan gambar di dalam In's Point ini kerana penggunaan kamera adalah dilarang dan saya menghormati peraturan yang dikenakan di sana. Terdapat 2 tingkat dengan puluhan kedai hobi di sini. Walaubagaimanapun, ketika kami sampai, sebahagian besar kedai-kedai di sini masih ditutup. Terasa agak ralat kerana tak plan betul-betul bila patut datang ke sini.
Tips : Jika di Tokyo terdapat Akihabara, dan di Osaka terdapat Denden Town, maka di Hong Kong pula terdapat In's Point! Apakah persamaan ketiga-tiga ini? Di sini anda dapat menjumpai pelbagai jenis barangan anime, figura aksi termasuk yang rare atau susah dijumpai, dan juga LEGO! Harga jualan LEGO di sini agak murah berbanding harga retail di Malaysia. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual LEGO minifigure 'custom', tapi boleh saya katakan hampir kesemuanya adalah tiruan dan boleh didapati dengan harga yang lebih murah di Malaysia, sekitar RM 3 ke RM 5 sebiji. Jadi jangan mudah terpedaya kalau anda nak membeli LEGO minifigure 'custom' di sini. Juga harus diketahui bahawa sebahagian besar kedai-kedai di In's Point ini dibuka selepas pukul 3.00pm dan ke atas. Jadi kalau nak datang ke sini, sila plan betul-betul ya.
2.41pm - Dengan sedikit rasa kecewa banyak kedai masih tutup di In's Point tadi, kami bergerak menuju ke lokasi seterusnya.
Kata je 'kecewa', sebenarnya lega tak terbang duit kat In's Point tadi. Lol.
2.43pm - Kami memasuki pintu menuju ke Stesen Yau Ma Tei yang terletak tidak jauh dari In's Point.
2.46pm - Kami tiba di platform. Dari sini, kami akan menaiki tren menuju ke Stesen Tsim Sha Tsui yang terletak cuma 2 stesen dari Stesen Yau Ma Tei ini.
Platform 2, menuju ke Central.
2.46pm - Tren yang ditunggu tiba.
2.51pm - Selepas kira-kira 4 minit perjalanan, kami tiba di Stesen Tsim Sha Tsui.
Berjalan menuju ke pintu keluar A.
Kami menuju ke pintu keluar A1 yang berdekatan dengan banyak tempat tarikan di Tsim Sha Tsui ini.
3.09pm - Kami tiba di pintu keluar A1. Mengikut itinerary yang telah saya sediakan, kami seterusnya perlu menuju ke Kowloon Mosque & Islamic Centre.
3.12pm - Punyalah tercari-cari di mana Masjid Kowloon ni, rupanya ia terletak betul-betul di sebelah kiri pintu keluar A1 di Stesen Tsim Sha Tsui.
Bahagian hadapan dan pintu masuk ke ruang solat di Masjid Kowloon.
Sempat wefie dengan Mika sementara tunggu Mama habis solat.
4.18pm - Selesai solat dan berehat di Masjid Kowloon, kami meneruskan perjalanan.
Salah satu arca yang terdapat di sekitar kawasan tidak jauh dari Masjid Kowloon.
Tangga pun boleh jadi hasil seni.
Terdapat banyak kompleks membeli-belah yang menjual pelbagai jenama mewah di sekitar kawasan Tsim Sha Tsui ini. Anda boleh pergi ke Harbour City, DFS Galleria, Silvercord, dan lain-lain lagi. Cuma satu yang mengecewakan saya adalah, perkhidmatan lift tidak disediakan di setiap tingkat di bangunan atau kompleks-kompleks membeli-belah mewah ini. Ianya amatlah tidak mesra pengguna OKU atau keluarga yang menggunakan stroller bayi. Contohnya, bayangkan di kompleks membeli-belah Silvercord, lift hanya terdapat dan boleh digunakan dari tingkat 1 dan ke atas. Tingkat ground tak ada lift. Lulz. Jadi kesimpulan mudah yang dapat saya simpulkan, Tsim Sha Tsui ini memang 'syurga' beli belah bagi mereka yang berkemampuan, tapi ianya tidak sesuai untuk keluarga yang membawa anak kecil.
Mama dan Mika di celah kesibukan kota. Sebenarnya agak kecewa sebab kebanyakan kompleks beli belah yang kami masuk tak ada perkhidmatan lift. Terus hilang mood nak membeli-belah atau pun sekadar nak window shopping.
Mika ikut je la ye Mama dengan Papa. Hehe.
5.34pm - Seterusnya, kami menuju ke kawasan Victoria Harbour.
Menuju ke arah terminal Star Ferry.
5.46pm - Kami tiba di kawasan berdekatan dengan terminal Star Ferry yang menjadi tarikan pelancong.
Mama dan Mika di hadapan Clock Tower yang terletak berhadapan dengan terminal Star Ferry.
6.46pm - Hari dah semakin gelap. Di kawasan Victoria Harbour ini, pengunjung sudah mula memenuhi untuk 'chop' tempat duduk dengan lokasi menarik untuk menonton persembahan Symphony Of Lights yang akan bermula pada jam 8.00pm setiap malam.
6.46pm - Apa-apa pun Mika kena minum susu dulu.
Clock Tower, Hong Kong.
Mama dan Mika berlatarbelakangkan Pulau Hong Kong.
Papa pun nak juga bergambar dengan Mika kat sini.
Bangunan-bangunan di belakang sudah mula bergemerlapan.
Wefie time!
Di sebelah sana tu adalah Pulau Hong Kong. Hong Kong ini sendiri terdiri daripada beberapa pulau.
Sila lihat peta Hong Kong di atas jika tidak faham apa yang saya maksudkan tadi.
7.05pm - Akhirnya kami dapat tempat duduk menghadap ke arah Pulau Hong Kong.
Gambar kami diambilkan oleh seorang pakcik dari Sepanyol yang duduk di sebelah kami ketika menunggu persembahan Symphony Of Light.
Inilah dia pakcik yang ambilkan gambar kami tadi. Walaupun beliau tak fasih berbahasa Inggeris, tapi beliau agak peramah dan cuba untuk berkomunikasi dengan kami. Beliau sudah beberapa hari di Hong Kong dan datang secara solo.
Melihat kami membawa anak kecil, beliau turut berkongsi dan menunjukkan gambar anak beliau di handphone. Katanya esok beliau nak pergi naik cable car di Ngong Ping kalau tak silap.
7.20pm - Semakin meriah!
Kasihnya seorang Papa kepada Mika.
Keadaan yang agak sesak dengan orang ramai. Terdapat pengumuman di sekitar kawasan Victoria Harbour ini untuk memberitahu pengunjung tentang persembahan Symphony Of Lights yang akan bermula pada jam 8.00pm.
8.00pm - Akhirnya tepat pukul 8.00pm, persembahan Symphony Of Lights pun bermula.
Ianya persembahan lampu spot light dari bangunan-bangunan di sebelah Pulau Hong Kong, disertakan dengan lagu yang dipasang melalui speaker yang terdapat di sekitar kawasan Victoria Harbour.
Walaupun terhibur, tapi secara jujurnya persembahan Symphony Of Light yang berlangsung selama kira-kira 15 minit ini tak cukup untuk buat saya rasa impressed atau kagum. Bagi saya ianya cuma biasa-biasa sahaja dan overrated.
8.27pm - Dengan menggunakan GPS, saya menjumpai kedai menjual makanan halal ini yang terdapat di kawasan terminal Star Ferry. Oleh kerana kami sudah agak kepenatan, jadi saya cuma tapau sahaja makanan di sini untuk dibawa balik dan dimakan di hotel penginapan.
Paparan menggunakan GPS Google Maps.
Menu makanan yang terdapat di sini.
8.35pm - Oleh kerana kami semua sudah kepenatan, jadi untuk balik ke hotel, kami pilih untuk naik teksi sahaja dan tak menaiki tren. Terdapat tempat beratur menunggu teksi dan bas berdekatan dengan terminal Star Ferry ini.
Tempat menunggu bas dan teksi ini terletak betul-betul di hadapan terminal Star Ferry dan berdekatan dengan Clock Tower.
8.43pm - Kami menaiki teksi untuk pulang ke hotel penginapan.
Tambang permulaan adalah sebanyak HKD 24 (RM 12) untuk 2 kilometer pertama. Nilai akan bertambah setiap 200 meter. Sila rujuk SINI untuk panduan tambang teksi di Hong Kong.
Melalui terowong bawah laut untuk ke Pulau Hong Kong, di mana terletaknya hotel penginapan kami.
Tak sabarnya nak sampai hotel untuk berehat.
8.50pm - Dah sampai dah di Pulau Hong Kong.
Menuju ke Central District.
8.55pm - Kami akhirnya tiba di hotel penginapan kami. Hari yang panjang selepas seharian di luar.
Pada hari ketiga kami di bumi Hong Kong ini, saya telah berjalan sebanyak (anggaran) 8,960 langkah, bersamaan dengan 5.7km. Paparan data ini adalah dari aplikasi Android Mi Fit dan data diperoleh melalui penggunaan Mi Band 2.
Bersambung ke entry berikutnya...Hari Keempat dan Kelima (28 & 29 April 2018) : Mong Kok - Hong Kong International Airport - klia2 - Penang International Airport
No comments:
Post a Comment