Thursday, 10 November 2016

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 4) : Arashiyama - Kyoto

Hari Keempat : Selasa (30 Ogos 2016) : Arashiyama - Kyoto


Hari keempat di bumi Jepun.

Pada hari ini kami akan ke Arashiyama yang sangat terkenal dengan Togetsukyo Bridge dan Bamboo Groves. Kawasan Arashiyama ini sangat terkenal dan menjadi tarikan pelancong, terutamanya ketika musim bunga dan musim luruh.

9.59am - Sebelum keluar menuju ke Arashiyama, saya sarapan dulu dengan air minuman teh susu edisi khas Momoiro Clover Z.

10.06am - Selepas bersarapan di bilik hotel, saya bersama ibu dan isteri tercinta bergerak meninggalkan hotel penginapan kami untuk memulakan perjalanan hari keempat di bumi Jepun ini.


Kawasan kejiranan berdekatan dengan hotel penginapan kami.

10.09am - Plan perjalanan kami pada hari ini adalah, pertama sekali menaiki bas ke Kyoto Station, dan kemudian menaiki train menuju ke Arashiyama.

Carta dan maklumat bas serta laluan masing-masing. Pastikan anda menaiki bas yang betul. Anda boleh dapatkan panduan menggunakan bas dalam bandar Kyoto ini dengan mudah di internet, antaranya di SINI dan SINI.

Bus stop paling dekat dengan hotel penginapan kami terletak betul-betul di hadapan konbini FamilyMart ini.

Kami perlu menaiki bas bernombor 206 atau 208 untuk ke Kyoto Station. Bus stop kami ini dipanggil Nanajo Keihan-mae.

Terdapat juga perkhidmatan Raku Bus

10.18am - Akhirnya bas yang bakal kami naiki tiba di bus stop.

Terdapat flat price atau harga tetap bagi perjalanan bas dalam kawasan bandar, iaitu dewasa perlu membayar 230 yen (+/- RM 9.24) setiap kali menaiki bas, manakala 120 yen (+/- RM 4.82) bagi kanak-kanak. Anda boleh bayar ketika turun dari bas nanti.

Skrin memaparkan destinasi-destinasi yang ditujui bas mengikut urutan.


Melintasi Kamo River yang jernih dan bersih.

10.24am - Destinasi seterusnya adalah Kyoto Station.

Wefie dalam bas.

10.30am - Akhirnya kami tiba di Kyoto Station.

Sekitar tempat turun bas.


Sekitar Kyoto Station.

Inilah pintu utama ke dalam Kyoto Station.

Kyoto Station ini menjadi pusat tumpuan di mana selain terdapat stesen train dan bas, ia juga turut mempunyai pusat membeli-belah, seperti The CUBE, isetan, dan Porta.

Ruang dalaman Kyoto Station.

Panduan tambang menaiki train JR Line menuju ke tempat-tempat tarikan menarik yang tidak jauh dari Kyoto.


Panduan platform yang perlu ditujui mengikut destinasi dan perkhidmatan train yang digunakan.

Anda boleh dapatkan lebih maklumat di Kyoto Tourist Information Center yang terletak di tingkat 2 Kyoto Station ini.


10.37am - Selepas membeli tiket perjalanan sehala yang berharga 240 yen (+/- RM 9.65) seorang di mesin tiket, kami pun bergerak menuju ke platform 31-33 yang dikhaskan untuk perjalanan menaiki perkhidmatan train Sagano (San-in) Line menuju ke Saga-Arashiyama.


10.40am - Tiba di platform. Terdapat dua jenis train yang boleh anda naiki, iaitu Local dan Rapid, bergantung kepada destinasi anda.

Jika anda menaiki train Local, train tersebut akan berhenti setiap kali tiba di stesen berikutnya. Stesen Saga-Arashiyama merupakan stesen keenam dari Kyoto Station. Manakala jika anda menaiki train Rapid, train tersebut hanya akan berhenti 3 kali, iaitu kali ketiga akan terus sampai di Stesen Saga-Arashiyama. 

Sila rujuk jadual di dalam gambar di atas.

10.57am - Kami menaiki train Local menuju ke Stesen Saga-Arashiyama.

Isteri dan ibu tercinta.

Kami sempat bertemu di dalam train dengan Puan Liza dan anaknya Eliza yang datang sekeluarga dari Singapura. 

Merenung jauh.

11.13am - Selepas kira-kira 16 minit perjalanan, kami akhirnya tiba di Stesen Saga-Arashiyama.

Terdapat berdekatan dengan Stesen JR Saga-Arashiyama ini adalah Stesen Saga Torokko.

Hozugawa River Boat Ride yang dibatalkan pada hari tersebut kerana angin yang kuat.

Menuju ke pintu keluar Selatan di Stesen JR Saga-Arashiyama.

11.21am - Inilah dia Stesen Saga Torokko yang terletak betul-betul disebelah Stesen JR Saga-Arashiyama, tempat kami tiba tadi.

Terdapat perkhidmatan sewa basikal berdekatan dengan stesen. Kalau tak silap bayarannya 1000 yen (+/- RM 40.13).

Kami terus bergerak menuju ke kaunter tiket yang terdapat di Stesen Saga Torokko ini.

Terdapat sebuah lokomotif di luar Stesen Saga Torokko.

Pintu masuk ke Stesen Saga Torokko.

Stesen Saga Torokko ini merupakan stesen di mana anda boleh menaiki Sagano Romantic Train yang akan membawa anda melalui dan menikmati pemandangan di kawasan sepanjang Hozugawa River, antara Arashiyama dan Kameoka.

Pada asalnya saya tak masukkan plan menaiki Sagano Romantic Train ini dalam itinerary yang saya sediakan, kerana bimbang tak berapa arif dan tak sempat membuat kajian mendalam mengenai Sagano Scenic Railway ini. Lebih-lebih lagi bimbang takut tak sempat pula nak ke Bamboo Groves dan Togetsukyo Bridge nanti.

Tapi bila dah sampai ke Stesen Saga Torokko ini dan membaca pamplet yang disediakan, maka saya berfikir, "why not give it a try?" Tak susah pun sebenarnya. Perjalanan sehala train ini dari Stesen Saga Torokko ke Stesen Kameoka adalah kira-kira dalam 25 minit. Manakala jika ditambah perjalanan pulang lagi 25 minit, maka masa yang diambil tak lah lama sangat untuk lengkapkan perjalanan pergi balik Sagano Romantic Train ini.

11.31am - Waktu berlepas seterusnya adalah pada jam 12.07pm dari Stesen Saga Torokko.

Tiket pergi dan balik Sagano Romantic Train. Yang di atas tu merupakan tiket pergi ke Stesen Kameoka, iaitu waktu berlepas 12.07pm, dengan menaiki koc nombor 3, kerusi nombor 7A. Manakala di bawah pula merupakan tiket balik dari Stesen Kameoka, iaitu berlepas pada jam 12.35pm, menaiki koc nombor 4, kerusi nombor 12A.

Harga tiket sehala adalah 620 yen (+/- RM24.79), manakala tiket pergi balik adalah 1240 yen (+/- RM 49.59) seorang.

Mesin menempa medal kenang-kenangan yang terdapat di Stesen Saga Torokko. Ianya cuma berharga 200 yen (+/- RM 8.00). Memang berbaloi untuk dibeli.


Terdapat pameran train dan diorama di sini.

Anda boleh masukkan 100 yen (+/- RM 4.00) untuk bermain dan mengawal train yang berada di atas trek di dalam diorama yang terletak di luar kawasan pameran.


Kaunter tiket untuk masuk ke kawasan pameran.

11.56am - Kami tiba di platform. Pastikan anda beratur mengikut nombor koc yang akan anda naiki.

Sebelum bertolak, kita bergambar dulu.


12.00pm - Train tiba di platform.

Romantic Train.

12.03pm - Bergambar dengan ibu sebaik sahaja menaiki koc kami.

Photobomb pula orang kat belakang tu. Isk.

12.07pm - Train bergerak mengikut jadual.

Pemandangan dari atas Sagano Romantic Train.


Laluan Sagano Romantic Train ini adalah menyusuri di sepanjang Hozugawa River.

12.19pm - Train berhenti seketika di Stesen Hozukyo untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

12.30pm - Akhirnya kami tiba di Stesen Kameoka, iaitu stesen terakhir Sagano Scenic Railway ini. Memang tepat sekali anggaran waktu kami tiba di stesen ini, sama seperti yang tertulis di atas tiket.

Kami sekadar turun untuk tukar koc sahaja di Stesen Kameoka ini kerana train yang sama akan bertolak pulang ke Stesen Saga Torokko pada jam 12.35pm.

Antara kawasan perumahan yang dapat dilihat dari Stesen Kameoka.

Saya tak pasti kenapa terdapat patung-patung haiwan ini, mungkinkah simbol bagi pekan Kameoka?


12.35pm - Tepat mengikut jadual, Sagano Romantic Train yang membawa kami bertolak pulang ke Stesen Saga Torokko.


Suasana di dalam koc. Memang struktur kereta api lama.


Tengok apa tu?

Air sungai di Hozugawa River pada masa itu agak keruh dan airnya deras, mungkin kerana angin monsun dan hujan lebat yang melanda Jepun pada ketika itu. Biasanya air sungai ini adalah jernih dan bersih.

Pergerakan air sungai yang deras menyebabkan aktiviti Hozugawa River Boat Ride dibatalkan pada hari tersebut.

Lagi patung-patung haiwan yang terdapat di salah satu stesen Sagano Romantic Train ini berhenti.

Ini adalah modem wifi yang saya tempah ketika masih di Malaysia, melalui website Japan Wireless

1.01pm - Sekali lagi, kami tiba semula di Stesen Saga Torokko tepat mengikut anggaran masa ketibaan di atas tiket. 

Terdapat muzium di dalam bangunan Stesen Saga Torokko ini.

Ibu sempat bergambar dengan lokomotif yang terdapat di perkarangan Stesen Saga Torokko.

Inilah Stesen JR Saga-Arashiyama, tempat kami tiba tadi dari Kyoto Station.

Destinasi kami seterusnya adalah Togetsukyo Bridge! Dari Stesen Saga Torokko, kami berjalan kaki menuju ke Togetsukyo Bridge.


Deretan kedai berhampiran Stesen JR Saga-Arashiyama dan Stesen Saga Torokko.

1.23pm - Kalau mengikut papan tanda arah ini, perjalanan jalan kaki ke Togetsukyo Bridge akan mengambil masa kira-kira 10 minit. 

Abang beca tarik.


Kedai menjual baju kimono terpakai. Walaupun second hand, tapi masih nampak seperti baru dan berkualiti.

Papan tanda arah yang terdapat di tepi jalan semasa kami dalam perjalanan ke Togetsukyo Bridge. Siap ada bagi peringatan yang tidak ada banyak tandas awam di sekitar kawasan Arashiyama ini.



1.36pm - Singgah kejap kedai tepi jalan untuk beli matcha soft ice cream. Terbaik!



Ada banyak kedai menjual cenderamata di sekitar kawasan Arashiyama ini.


1.46pm - Akhirnya kami tiba di Togetsukyo Bridge. 

Nampak macam sebuah jambatan yang biasa bukan?

Mungkin disebabkan air keruh (akibat hujan lebat dan angin monsun) dan musim panas, maka pemandangan di sekitar Togetsukyo Bridge ini tidak kelihatan begitu menarik. Biasanya majoriti pelancong akan datang ketika musim bunga dan musim luruh.




1.52pm - Kami sempat menyeberang Togetsukyo Bridge ini sebelum berpatah balik kerana tidak mahu membuang masa. Ada destinasi lain yang perlu ditujui selepas ini, iaitu Bamboo Groves.

Ambil gambar yang diambil gambar. 

Tak naik, jadi bergambar pun jadilah sebagai kenangan.

Isteri dan ibu tercinta bergambar di Togetsukyo Bridge.

Oleh kerana perut sudah berbunyi dan lapar, maka saya pun mencari restoran halal yang terdapat di sekitar kawasan Arashiyama ini.

2.14pm - Setelah hampir sesat akibat terlalu percayakan GPS di telefon, akhirnya saya bertanyakan pada seorang pakcik tentang lokasi restoran halal tersebut. Dan akhirnya kami sampai.

Restoran bernama YOSHIYA ini menyediakan makanan halal dan menjadi tumpuan pelancong muslim ke Arashiyama ini.

Terdapat frame yang menyatakan pengesahan halal dan mesra muslim.

Mengikut maklumat dari aplikasi Halal Gourmet Japan ini, Restoran YOSHIYA Kyoto Arashiyama ini dibuka pada jam 11.00am dan tutup pada 5.00pm. Tapi kalau ikut pamplet restoran ini, waktu tutup adalah pada jam 5.30pm, boleh rujuk gambar pamplet restoran ini di bawah.

2.24pm - Antara menu mesra muslim dan halal yang boleh anda makan di sini.


Waktu operasi : 11.00am - 5.30pm.


Set yang dipilih oleh isteri saya.


Semasa kami sedang menjamu selera, salah seorang staf restoran datang mendekati kami dan meminta kebenaran untuk mengambil gambar kami menggunakan tablet beliau. Menurut beliau, nanti gambar kami akan dimuatnaik ke facebook page rasmi restoran YOSHIYA. Anda boleh lihat gambar tersebut di SINI dan like facebook page rasmi restoran YOSHIYA di SINI.

3.24pm - Selepas menjamu selera, kami bergerak menuju ke arah Bamboo Groves.



Peta kawasan Saga-Arashiyama.

Salah satu tempat tarikan pelancong di Arashiyama ini, iaitu Tenryu-ji Zen Temple.


3 minit perjalanan jalan kaki ke Path of bamboo.


Anda boleh jumpa ramai pelancong yang memakai kimono di sekitar kawasan Arashiyama ini.

3.39pm - Akhirnya kami tiba di permulaan Bamboo Groves.



Semakin jauh anda berjalan ke dalam hutan buluh ini, semakin cantik pemandangan pokok buluh yang dapat dilihat.



Bergambar bersama ibu di Bamboo Groves.

Isteri dan ibu tercinta.


3.48pm - Pintu masuk belakang ke dalam Tenryuji Temple.

Memandangkan papan tanda arah ni menunjukkan macam tak ada jalan balik je kalau kami teruskan perjalanan, maka kami pun berpatah balik ikut arah kami datang tadi. Kalau ikut papan tanda di dalam gambar di atas ni, kami perlu berjalan kaki kira-kira 18 minit untuk sampai di Stesen JR Saga-Arashiyama.

4.03pm - Abadikan kenangan kat sini sebelum keluar dari kawasan Bamboo Groves.

4.08pm - Kami keluar dari kawasan Bamboo Groves.


Terjumpa papan tanda iklan ini. Ada cop halal. Ermmm. Nak cuba?

4.15pm - Dah semakin dekat dengan Stesen JR Saga-Arashiyama dan Stesen Saga Torokko.


4.18pm - Akhirnya kami tiba di Stesen JR Saga-Arashiyama.


Seperti kami datang tadi, tiket train sehala dari sini ke Kyoto Station adalah berharga 240 yen (+/- RM 9.65) seorang.

4.22pm - Menuju ke platform 1 dan 2 di Stesen JR Saga-Arashiyama.

Pastikan anda baca arahan supaya tak tersilap destinasi.

4.24pm - Tiba di platform.

4.24pm - Train tiba tak lama selepas kami tiba di platform.

4.27pm - Menaiki train menuju ke Kyoto Station.

4.42pm - Cuma dalam 15 minit perjalanan, kami pun tiba semula di Kyoto Station.

Suasana di dalam Kyoto Station.

Pintu masuk ke pasaraya Porta.

Kyoto Tower ini terletak betul-betul dihadapan Kyoto Station.

Mesin menjual tiket bas yang terdapat di perkarangan Kyoto Station.

Terdapat beberapa tempat atau platform menunggu bas di hadapan Kyoto Station ini.

AQUA FANTASY. Terdapat persembahan air pancut dan lampu warna-warni di sini pada waktu malam.

Lagi Kyoto Tower dan Kyoto Tower Hotel.

Jalan yang terletak berhampiran dengan Kyoto Station ini adalah Shiokoji-dori Street.

Pintu masuk ke Kyoto Tower.

4.52pm - Terdapat Kansai Tourist Information Center Kyoto di tingkat 3, bangunan yang menempatkan Kyoto Tower ini.

Kedai serbaneka yang banyak terdapat di Jepun.


Salah satu pasaraya kegemaran saya di Jepun adalah Yodobashi Camera. Di sini anda boleh dapatkan macam-macam benda. Dari makanan, barangan elektrik/elektronik, alatan rumah, farmasi/kosmetik, fesyen, hobi, dan lain-lain lagi. 

Tips : Kalau anda merupakan seorang peminat barangan hobi atau permainan seperti kereta Tamiya, robot Gundam, figura aksi Bandai, dan sebagainya, biasanya pasaraya Yodobashi Camera dan Bic Camera menawarkan harga yang lebih murah berbanding yang dijual di kedai-kedai atau pasaraya-pasaraya lain.

4.53pm - Sudah pastinya saya ajak ibu dan isteri saya singgah ke Kyoto-Yodobashi ini. 

Antara permainan super sentai terbaru yang dijual di sini.


7.06pm - Selepas puas berjalan-jalan di dalam Kyoto-Yodobashi, kami pun bergerak pulang.

7.13pm - Kami tiba dan menunggu bas di bus stop ini.

Nama bus stop ini adalah Karasuma Nanajo.


7.20pm - Kami menaiki bas dan tiba di bus stop Nanajo Keihan-mae kira-kira 5 minit kemudian.

7.46pm - Kami singgah sebentar di konbini berdekatan dengan hotel untuk membeli makanan dan minuman sebelum akhirnya sampai di hotel penginapan kami.

Saya sempat mencuba air minuman creamy latte keluaran Wonda ini. Oishi!

9.01pm - Penat seharian berjalan, apa kata berendam kejap dalam bath tub sambil tengok tv? Hehe.

Pada hari keempat ini, saya telah berjalan sebanyak 12,415 langkah (anggaran), bersamaan dengan 7.8km. Paparan data ini adalah dari app Android Mi Fit, dan data diperoleh melalui penggunaan Mi Band.


Bersambung ke catatan perjalanan seterusnya... Hari Kelima : Rabu (31 Ogos 2016) : Fushimi Inari - Teramachi Dori - Shinkyogoku Dori - Gion - Shinbashi Dori


6 comments:

  1. respect org y masih rajin tulis entry pnjang2 mcm ni....mohon semangat sikit utk tulis entry sendiri semula.. ;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih aman al-kempasi sudi baca entry panjang2 mcm nie. hehe. selamat menulis semula :)

    ReplyDelete
  3. Very good journal bro. So means lg senang p naik romantic train dlu then baru ke bamboo groove ye? Lama da pkir nk p yg mana satu mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi baca catatan perjalanan saya ini.

      tentang yang mana patut dulu tu, rasanya terpulang kat cik/puan. perjalanan romantic train tu tak sampai dua jam pun kalau pergi balik. ramai juga yang datang awal dan terus pergi Bamboo Groves. kalau ikut pendapat saya, settlekan dulu pergi Romantic Train, kemudian jalan-jalanlah seharian sekali pun kat Arashiyama dan Bamboo Groves tu. :)

      Delete
  4. Saya akan ke Osaka-Kyoto minggu depan. Entry encik ni sangatlah berguna bagi saya untuk buat itinerari sepanjang di Kyoto dan Osaka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai intrigue, semoga catatan perjalanan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara/saudari buat itinerary. :)

      Delete