Hari ketiga di bumi Jepun.
Pada hari ini, kami akan menuju ke Osaka Bay Area dan kemudiannya pergi ke bandar Kyoto yang terletak kira-kira sejam lebih perjalanan menaiki train/subway dari Osaka.
Disebabkan pagi tersebut hari hujan, maka kami keluar lambat dari hotel untuk ke destinasi kami pada pagi itu, iaitu ke Osaka Bay Area. Pada hari ini juga kami perlu check out dari hotel sebelum waktu akhir, iaitu pada jam 11.00am.
Tips : Hotel-hotel atau tempat penginapan di Jepun biasanya mempunyai waktu check in bermula dari jam 2.00pm, manakala waktu akhir untuk check out pula biasanya pada jam 11.00am.
Oleh kerana tidak mahu mengusung luggage kami ke Osaka Bay Area, maka kami meninggalkan
semua luggage dan barang-barang di tempat menyimpan luggage yang disediakan di lobi hotel. Biasanya pihak hotel tidak mengenakan cas tambahan untuk menyimpan luggage kalau anda memang pelanggan hotel tersebut, sama ada menunggu masa untuk check in atau pun sudah check out.
10.43am - Kami meninggalkan luggage di lobi hotel.
Untuk ke Osaka Bay Area, kami perlu menaiki train/subway Midosuji Line ke Stesen Hommachi, dan kemudiannya tukar pula menaiki train/subway Chuo Line untuk menuju ke Stesen Osakako.
Selepas check out hotel dan bersarapan, kami pun bergerak keluar dari hotel walaupun keadaan masih hujan kerana tidak mahu membuang lebih banyak masa. Kalau ikut plan, jam 9.00am dah mesti bergerak ke lokasi yang ditujui.
Saya telah meminta kebenaran receptionist untuk meminjam payung yang memang disediakan oleh pihak hotel untuk pelanggan. Kebiasaannya memang pihak hotel akan menyediakan payung kepada pelanggan mereka, tapi bila dah guna tu, sila pastikan pulangkan semula apabila kembali ke hotel. Walaupun nilainya mungkin tak seberapa, sekitar 200-500 yen, tapi ia tetap amanah yang kita pinjam dan perlu dikembalikan.
11.12am - Kami bergerak meninggalkan hotel ke stesen train/subway.
11.15am - Tiba di Stesen Dobutsuen-mae.
Seperti semalam, perjalanan kami menaiki train pada pagi ini adalah menggunakan Osaka Amazing Pass, jadi tak perlu membeli tiket jika ingin menaiki train/subway dalam bandar di Osaka.
Menuju ke platform Midosuji Line.
Destinasi kami adalah Stesen Hommachi yang terletak 4 stesen dari Stesen Dobutsuen-mae.
11.26am - Kami tiba di Stesen Hommachi. Seterusnya adalah kami perlu tukar ke Chuo Line.
Untuk mereka yang tidak pernah atau tidak biasa menggunakan perkhidmatan train/subway di Jepun, satu yang perlu diketahui adalah, jika anda perlu tukar train/subway ke line yang lain, jarak dari satu line ke line yang lain kadangkala adalah agak jauh, walaupun ianya berada di dalam stesen yang sama.
Terdapat sekurang-kurangnya 28 pintu keluar yang berlainan di Stesen Hommachi ini, jadi anda boleh bayangkan betapa besarnya stesen ini.
11.39am - Selepas 13 minit berjalan kaki, akhirnya kami tiba di platform 2, Chuo Line.
11.42am - Train tiba kira-kira 3 minit kemudian.
Oleh kerana tidak berapa sihat dan sedikit batuk, maka isteri saya memakai face mask. Memakai face mask di tempat awam adalah perkara normal dan kerap dilihat di Jepun kerana disiplin dan tahap kesedaran diri yang tinggi terhadap orang lain. Kalau diri dah demam, pakailah face mask dan janganlah libatkan atau jangkitkan orang lain betul tak?
11.54am - Kami tiba di Stesen Osakako.
Seperti biasa, perlu melihat papan kenyataan pintu keluar untuk mengetahui pintu keluar mana yang harus ditujui. Untuk kali ini, kami perlu keluar melalui pintu keluar nombor 1.
Yea, salah satu destinasi kami pada hari tersebut adalah Kaiyukan, iaitu salah satu akuarium awam yang terbesar di dunia. Ianya juga merupakan salah satu lokasi wajib pergi jika pelancong datang ke Osaka.
12.00pm - Kami keluar dari Stesen Osakako dan perlu berjalan kaki kira-kira 200 meter untuk ke Osaka Bay Area.
12.10pm - Akhirnya kami sampai. Ferris wheel di dalam gambar ini adalah Tempozan Giant Ferris Wheel dan bolehlah dikatakan sebagai salah satu landmark di Osaka Bay Area atau lebih spesifik Tempozan Harbor Village ini.
12.12pm - Kami terus menuju ke platform untuk menaiki Tempozan Giant Ferris Wheel ini sebaik sahaja tiba.
Sekiranya anda menggunakan Osaka Amazing Pass, maka anda tak perlu membeli tiket di kaunter untuk menaiki Tempozan Giant Ferris Wheel ini. Anda boleh terus naik ke tingkat tiga. Jika anda ingin membeli tiket, harga tiket adalah 800 yen (+/- RM 32)
'The Tempozan World's Largest Giant Wheel'. Tak pasti betul ke tak. Mungkin fakta lama.
Selepas diambil gambar kenang-kenangan oleh photographer yang merupakan staf Tempozan Giant Ferris Wheel ini, kami pun dibenarkan naik ke dalam gondola.
12.20pm - Suasana di luar yang masih hujan renyai-renyai.
Bergambar bersama ibu di dalam gondola.
Cinta-cinta hati saya.
Cuaca pada pagi berkenaan yang hujan sedikit sebanyak membuatkan pemandangan menjadi kurang menarik.
Welcome To Osaka.
12.26pm - Ketika kedudukan gondola kami hampir berada di kedudukan yang paling tinggi.
Pemandangan dari atas gondola.
12.35pm - Tempoh masa kami menaiki Tempozan Giant Ferris Wheel ini adalah selama kira-kira 15 minit. Selepas turun dari ferris wheel, kami pun masuk ke dalam kompleks Tempozan Marketplace yang berada bersebelahan.
Tempozan Marketplace ini terkenal kerana terdapat 'taman tema' food court. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual di sini. Selain food court, terdapat juga kedai-kedai seperti yang biasa dilihat di mana-mana shopping mall.
Di Tempozan Marketplace ini juga terdapat LEGOLAND Discovery Center.
Pintu masuk ke LEGOLAND Discovery Center.
LEGO Shop yang terdapat bersebelahan.
1.08pm - Destinasi kami seterusnya adalah menuju ke Kaiyukan!
1.09pm - Bangunan unik dalam gambar inilah Kaiyukan! Ianya terletak bersebelahan dengan kompleks Tempozan Marketplace.
Ramai pengunjung yang beratur di dalam hujan renyai-renyai untuk membeli tiket.
Kaunter membeli tiket masuk ke Kaiyukan.
Tips : Apabila anda membeli Osaka Amazing Pass, terdapat kupon diskaun yang disertakan bersama-sama buku panduan menggunakan Osaka Amazing Pass. Kupon diskaun ini boleh digunakan di beberapa tempat terpilih, antaranya Kaiyukan.
Diskaun 100 yen (+/- RM 4) akan diberikan jika kita menunjukkan kupon tersebut ketika membeli tiket masuk ke Kaiyukan. Harga tiket masuk ke Kaiyukan adalah 2300 yen (+/- RM 98)
Tiket masuk berharga 2200 yen (+/- RM 90) selepas menggunakan kupon diskaun.
Welcome to KAIYUKAN
Di hadapan pintu masuk ke dalam bangunan Kaiyukan ini, terdapat replika ikan paus besar. Jadi mestilah kena ambil gambar kat situ kan?
Saya pun nak juga!
1.26pm - Kami akhirnya masuk ke dalam bangunan Kaiyukan. Terowong akuarium ini menjadi 'pembuka selera' atau penarik kepada pengunjung yang baru memasuki Kaiyukan ini.
Spesies ketam yang berada di atas batu.
Singa laut.
Terdapat 'Feeding Time' di mana pengunjung boleh melihat pekerja-pekerja Kaiyukan memberi makanan kepada singa laut.
Binatang ini bernama Capybara.
Penguins!
1.53pm - Kebetulan cuma tinggal lagi 7 minit untuk tiba waktu Feeding Time, maka kami pun tunggu kat kawasan dolphin ni sampailah jam 2.00pm.
2.05pm - Salah seorang pekerja Kaiyukan yang bertugas memberi makanan kepada dolphin yang terdapat di sana.
Antara spesies ikan lain yang terdapat di sini.
Terdapat banyak ruang untuk melihat.
Inilah akuarium yang sangat besar dan terdapat di tengah-tengah bangunan Kaiyukan ini.
Pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan flash.
Terdapat beberapa ekor haiwan yang baru dilahirkan di sini.
Isteri dan ibu bergambar di hadapan salah satu akuarium yang terdapat di Kaiyukan.
Terdapat bilik istimewa yang mana terdapat pelbagai jenis haiwan akuatik yang ditayangkan atau dibela di dalam bekas-bekas akuarium yang kecil.
Kuda laut yang kecil dan comel.
Ada orang bela udang kat dalam akuarium kat rumah tak?
Obor-obor.
Ketam lelabah.
Terdapat satu kawasan khas yang mana terdapat pelbagai jenis obor-obor.
Obor-obor yang cantik.
Menuju ke kawasan 'Arctic'. Kawasan di dalam Kaiyukan ini dibahagikan mengikut tempat di seluruh dunia.
Antara kawasan lain yang terdapat di dalam Kaiyukan.
Berpeluang untuk melihat penguin dari jarak dekat.
2.55pm - Di kawasan atau bahagian terakhir di Kaiyukan ini adalah kawasan di mana pengunjung berpeluang untuk menyentuh haiwan yang dilepaskan di kolam khas. Walaubagaimanapun, sila patuh kepada arahan di dalam gambar di atas.
Salah seorang pengunjung cuba menyentuh ekor ikan pari.
Sepatutnya tak boleh sentuh ekor ikan pari tu. Amaran dah ditampal siap-siap kat sini.
Terdapat deretan sinki untuk pengunjung basuh tangan dengan bersih selepas menyentuh haiwan-haiwan tadi.
2.55pm - Selepas puas berjalan dan melihat haiwan-haiwan akuatik yang terdapat di Kaiyukan, kami pun beredar keluar.
Terdapat Museum Shop berdekatan dengan pintu keluar Kaiyukan.
Pengunjung boleh membeli pelbagai jenis cenderahati di Museum Shop tersebut untuk dibuat kenang-kenangan.
Saya sempat membeli medal bertemakan Kaiyukan dari mesin ini sebagai kenangan.
Pengunjung boleh dapatkan barangan atau cenderahati rasmi bertemakan Kaiyukan dan hidupan akuatik di sini.
Destinasi kami yang seterusnya adalah ke jeti tempat menaiki kapal persiaran Santa Maria yang berada di sebelah luar Kaiyukan.
3.00pm - Pintu keluar ke arah jeti kapal persiaran Santa Maria.
Sekali lagi, kerana kami menggunakan Osaka Amazing Pass, maka kami boleh menaiki kapal persiaran Santa Maria ini dengan percuma dan tidak perlu membeli tiket yang berharga 1600 yen (+/- RM 65) seorang.
Kerana sedikit terlewat, kami tak berjaya menaiki kapal yang bertolak pada jam 3.00pm dan terpaksa menunggu trip yang berikutnya pada jam 4.00pm.
Oleh kerana hari masih hujan, maka kami hanya menunggu di kerusi yang terdapat di luar bangunan Kaiyukan.
Terdapat ruangan atau kawasan khas untuk mereka yang ingin menghisap rokok.
3.41pm - Kami sampai di tempat beratur untuk menaiki kapal persiaran Santa Maria.
3.43pm - Kapal persiaran Santa Maria tiba di jeti.
3.49pm - Akhirnya kami dapat menaiki kapal persiaran Santa Maria.
Oleh kerana hari hujan, maka kami terus masuk ke bahagian dalam kapal.
Bergambar di dalam kapal persiaran Santa Maria.
Merenung jauh.
Antara pemandangan sekitar yang dapat dilihat. Kalau tak hujan mungkin pencahayaan dan pemandangan akan jadi lebih cantik dan menarik.
4.44pm - Kami tiba semula di jeti untuk menamatkan pelayaran.
Sebelum turun dari kapal, kena lah bergambar dulu.
4.49pm - Ramai yang dah beratur untuk menaiki kapal persiaran Santa Maria selepas kami.
Isteri dan ibu bergambar berlatarbelakangkan Tempozan Giant Ferris Wheel.
Bangunan Kaiyukan dari dekat. Unik kan?
Corak pada dinding Kaiyukan.
4.54pm - Tiba masa kami meninggalkan Osaka Bay Area dan kembali ke hotel untuk mengambil luggage dan seterusnya bertolak ke bandar Kyoto.
4.55pm - Dah nak bertolak balik baru saya perasan terdapat restoran makanan halal Bab-ul Hayat yang terletak di tingkat atas Tempozan Marketplace ini.
Terdapat replika zirafah yang diperbuat daripada LEGO berdekatan dengan ferris wheel.
5.15pm - Berjalan menuju ke kembali ke Stesen Osakako.
5.18pm - Tiba di pintu masuk/keluar nombor 1 ke Stesen Osakako.
Seperti tadi, perjalanan pulang kami menggunakan Osaka Amazing Pass dan tidak perlu membeli tiket train.
5.22pm - Tiba di platform.
5.24pm - Train tiba di platform.
5.36pm - Selepas kira-kira 12 minit perjalanan dari Stesen Osakako, kami pun tiba di Stesen Hommachi.
Menuju ke arah platform Midosuji Line di Stesen Hommachi.
Laluan perjalanan kami mengikut Pakcik Google.
5.42pm - Kami perlu berada di platform 1, menghala ke Namba - Tennoji - Nakamozu.
5.42pm - Train tiba tak lama selepas kami sampai di platform.
5.52pm - Kami tiba di Stesen Dobutsuen-mae selepas kira-kira 10 minit perjalanan dari Stesen Hommachi.
5.54pm - Pintu keluar nombor 4.
Kami tiba di hotel pada kira-kira jam 6.00pm. Oleh kerana tidak lagi mempunyai payung selepas mengembalikan payung yang dipinjam sejak pagi tadi kepada pihak hotel, maka saya telah pergi ke kedai yang terletak berdekatan dengan hotel untuk membeli payung sendiri. Harganya adalah 250 yen (+/- RM 10) satu.
Saya ingat lagi 16 tahun lalu, payung berharga 100 yen ada dijual di 100 Yen Shop yang terdapat di merata-rata tempat di Jepun. Mungkin sekarang ni dah susah nak jumpa kot? Kat Daiso pun macam tak ada je.
6.07pm - Bersedia untuk meninggalkan Osaka dan menuju ke Kyoto!
6.16pm - Kami tiba di platform Sakaisuji Line.
Sekali lagi dan buat kali terakhir, kami menggunakan Osaka Amazing Pass untuk bertolak dari Stesen Dobutsuen-mae ke Stesen Kitahama.
Plan perjalanan kami dari Stesen Dobutsuen-mae ke Stesen Shichijo yang terletak di bandar Kyoto.
6.17pm - Train tiba di platform.
6.35pm - Kami tiba di Stesen Kitahama. Di sini, kami perlu tukar menaiki train Keihan Line.
6.36pm - Ke arah platform Keihan Railway Kitahama Station.
Di sini kami perlu membeli tiket train kerana Osaka Amazing Pass tidak meliputi train/subway Keihan Line ke Kyoto. Tiket dari Stesen Kitahama ke Stesen Shichijo adalah berharga 410 yen (+/- RM 17) sehala.
Mesin membeli tiket train.
6.47pm - Kami tiba di platform.
Train yang kami naiki perlu menghala ke arah Demachiyanagi.
6.51pm - Train yang ditunggu pun tiba.
Perjalanan menaiki train dari Stesen Kitahama ke Stesen Shichijo ini mengambil masa selama kira-kira 48 minit.
7.39pm - Kami tiba di Stesen Shichijo.
Kami bergerak menuju ke pintu keluar nombor 1 berdasarkan landmark Sanjusangen-do Temple.
7.54pm - Alhamdulillah, selepas bersusah payah berjalan kaki sambil menarik luggage di dalam hujan lebat, akhirnya kami tiba di hotel atau apartment penginapan kami di Kyoto, iaitu Hommachi Sanju-Sangendo.
Oleh kerana tempahan dan bayaran penginapan sudah dibuat lebih awal, maka kunci bilik telah disediakan oleh pihak hotel di dalam peti besi yang terdapat di lobi. Saya cuma perlu masukkan nombor pin 4 angka yang telah diberikan pihak hotel melalui email. Staf hotel hanya akan berada di hotel pada waktu pejabat atau siang hari sahaja.
Oleh kerana bagi saya hotel atau apartment penginapan kami di Kyoto ini sangat berbaloi dan harganya sangat berpatutan, jadi rasanya saya perlu beri promosi percuma kepada pihak hotel.
Ini adalah ruang bilik kami. Seperti yang dapat anda lihat, bilik ini dilengkapi meja makan dan komputer beserta internet, selain daripada wifi percuma pihak hotel. Monitor komputer berkenaan turut berfungsi sebagai televisyen.
Keadaan toilet yang bersih dan selesa.
Ada shower dan bath tub kecil lengkap dengan monitor televisyen kalis air. Jadi kalau seharian penat berjalan, malamnya nak berendam lama dalam bath tub sambil tengok tv memang tak jadi masalah.
Bilik ini juga dilengkapi dengan mesin basuh automatik, peti sejuk, dan microwave. Sabun basuh baju walaubagaimanapun tidak disediakan. Anda boleh beli sendiri di konbini berdekatan.
Dan yang pasti mestilah ada sinki dan dapur untuk masak air.
Dah macam kat rumah pula, siap dengan kabinet dapur dan kitchen hood.
Tentu seronok bila dapat online di komputer. Nak cari maklumat tentang perjalanan hari esok pun senang.
Ehem. Testing kejap.
Antara nota yang disediakan di dalam bilik. Panduan sekiranya berlaku kebakaran.
Notis daripada Kyoto City Fire Department. Comel je.
Peta yang terdapat di lobi hotel ini saya rasa dilukis oleh staf hotel sebagai panduan pelanggan hotel untuk ke tempat-tempat tarikan di sekitar. Comel.
Arahan atau panduan untuk check in dan check out dari hotel yang terdapat di lobi hotel.
Macam mana, berminat tak dengan apartment yang kami tinggal ni? Kalau berminat boleh booking di SINI.
Pada hari ketiga ini, saya telah berjalan sebanyak 8,771 langkah (anggaran), bersamaan dengan 5.5km. Paparan data ini adalah dari app Android Mi Fit, dan data diperoleh melalui penggunaan Mi Band.
Suhu pada malam tersebut.
Bersambung ke catatan perjalanan seterusnya... Hari Keempat : Selasa (30 Ogos 2016) : Arashiyama - Kyoto
No comments:
Post a Comment