Hari Ketujuh : Jumaat (16 Oktober 2015) : DisneySea - Odaiba
6.53am - Iklan Tokyo Subway Ticket yang dilekatkan pada dinding lift di hotel penginapan kami, Sakura Hotel Jimbocho.
6.59am - Seperti biasa, mulakan hari dengan meminum segelas milo panas sebelum memulakan perjalanan. Hari ini, kami akan ke Tokyo DisneySea!
7.23am - Selesai bersarapan, kami bergerak menuju ke Stesen Jimbocho. Stesen Jimbocho merupakan titik permulaan dan titik penamat perjalanan kami setiap hari ketika di Tokyo.
7.27am - Kami tiba di Stesen Jimbocho. Pagi ini, kami menuju ke Stesen Hibiya, menaiki train Mita Line.
Stesen Hibiya terletak 2 stesen dari Stesen Jimbocho.
7.29am - Tiba di Platform 3 Stesen Jimbocho.
Panduan untuk melihat carta perjalanan train.
7.33am - Kami menaiki train Mita Line menuju ke Stesen Hibiya.
7.38am - Kami tiba di Stesen Hibiya, selepas kira-kira 5 minit perjalanan dari Stesen Jimbocho.
Seterusnya, kami berjalan menuju ke Stesen Yurakucho untuk menaiki train Yurakucho Line.
7.41am - Kami tiba di Platform 1, Stesen Yurakucho menghala ke Shin-kiba.
7.43am - Menaiki train Yurakucho Line menuju ke Stesen Shin-Kiba.
7.57am - Kami tiba di Stesen Shin-Kiba.
Seterusnya, kami berjalan menuju ke platform train JR yang terdapat di Stesen Shin-Kiba.
8.01am - Tiba di Platform 1 & 2, Stesen Shin-Kiba.
Di sini, kami perlu menaiki train Keiyo Line di Platform 1, menuju ke Stesen Maihama.
8.03am - Kami menaiki train menuju ke Stesen Maihama. Jaraknya cuma 2 stesen dari Stesen Shin-Kiba ini.
8.09am - Kami tiba di Stesen Maihama. Keadaan agak sesak kerana Stesen Maihama ini menjadi stesen train utama bagi pengunjung yang ingin pergi ke Tokyo Disneyland dan juga Tokyo DisneySea.
Welcome! Stesen Maihama ini merupakan akses utama ke Tokyo Disney Resort.
8.10am - Dari Stesen Maihama ini, kami bergerak menuju ke South Exit, untuk menaiki train Disney Resort Line.
Ramai pengunjung sudah tiba di sini.
Terletak di hadapan South Exit Stesen Maihama ini adalah pasaraya IKSPIARI.
Tokyo Disney Resort.
8.12am - Ini adalah Resort Gateway Station, di mana kami perlu menaiki train Disney Resort Line untuk ke Tokyo DisneySea.
Deretan mesin menjual tiket train Disney Resort Line yang terdapat di sini.
8.14am - Kami tiba di platform, dan train baru sahaja berlalu. Cermin pada koc Disney Resort Line ini turut berbentuk kepala dan telinga Mickey Mouse.
Tak perlu risau menunggu lama kerana waktu berlepas train adalah setiap 4 minit!
8.17am - Train yang membawa kami tiba di platform.
8.18am - Kami menaiki train. Seperti yang dinyatakan tadi, train akan berlepas setiap 4 minit!
Terdapat 4 stesen yang disinggah Disney Resort Line ini.
Kawasan persekitaran yang dapat dilihat dari dalam train.
Masih banyak tempat letak kereta yang kosong. Mungkin pada hari cuti umum atau cuti sekolah, semua tempat letak kereta ini akan penuh.
8.27am - Akhirnya kami tiba di Tokyo DisneySea Station, selepas kira-kira 9 minit perjalanan.
Berjalan menuju ke Tokyo DisneySea.
Terdapat kawasan Storage Lockers untuk pengunjung menyimpan beg atau barangan lain.
8.33am - Kami akhirnya tiba di Tokyo DisneySea. Pada hari ini, Tokyo DisneySea dibuka dari jam 8.00am hingga 6.30pm.
Kaunter membeli tiket. Tidak terlalu sesak di sini, tapi kami sudah pun membeli tiket masuk ke Tokyo DisneySea ini ketika kami di Odaiba semalamnya.
Beg anda akan diperiksa oleh pengawal keselamatan sebelum dibenarkan memasuki kawasan Tokyo DisneySea.
8.37am - Sebiji globe besar menyambut kedatangan pengunjung sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan Tokyo DisneySea.
Hujan renyai-renyai pada pagi itu menjadikan cuaca lebih sejuk.
Dapatkan informasi permainan atau rides yang boleh dinaiki serta masa menunggu di sini!
Sejuk!
Ketika kami baru masuk, kami tak tahu nak pergi ke mana. Jadi kami hanya berjalan-jalan dahulu di sekitar kawasan Tokyo DisneySea ini.
Rasa macam ini mencuba permainan atau rides di sini, tetapi terlalu ramai orang dan sesak.
9.02am - Akhirnya kami memilih untuk mencuba Tower of Terror ini. Anggaran waktu menunggu adalah 45 minit.
Suhu di sekitar DisneySea pada ketika itu.
Agak panjang juga barisan pengunjung yang ini mencuba Tower of Terror ini.
Ingatkan beratur barisan panjang di luar sahaja, rupanya bila masuk dalam bangunan ada lagi barisan yang berlingkar-lingkar! Ish ish ish.
Jika anda tidak kisah membayar duit lebih, anda boleh membeli tiket FASTPASS dan tidak perlu beratur panjang.
9.53am - Selepas 51 minit barulah sampai giliran kami.
Gambar yang diambil ketika kami mencuba permainan atau ride Tower of Terror ini.
Kaunter membeli tiket FASTPASS yang terletak di luar bangunan Tower of Terror.
Seterusnya, kami pergi ke replika kapal S.S. Columbia ini untuk mendengar Turtle Talk.
11.20am - Selesai mendengar Turtle Talk.
Replika kapal S.S. Columbia yang kami masuki untuk mendengar Turtle Talk tadi.
Bangunan di belakang berwarna merah itu pula adalah bangunan Tower of Terror.
Terdapat pelbagai jenis perasa popcorn yang dijual di dalam kawasan Tokyo DisneySea ini. Sebagai contoh, di kawasan ini popcorn yang dijual adalah perasa Milk Chocolate.
Ramai orang beratur tu sebenarnya menunggu giliran untuk meja kosong di dalam restoran.
Sekumpulan gadis yang memakai baju sekolah. Mereka ni ponteng sekolah ye?
Dalam kesejukan aku berpaut.
Terdapat train DisneySea Electric Railway.
Kawasan Port Discovery.
Kedai menjual cenderamata yang terdapat di kawasan Port Discovery.
Di atas itu adalah stesen train DisneySea Electric Railway.
11.42am - Kami tiba di STORMRIDER!
Agak futuristik bangunan dan replika bot di sini. Teringat saya pada filem Tomorrowland yang ditayangkan pertengahan tahun hari tu.
Selesai menaiki ride STORMRIDER, kami menuju ke stesen DisneySea Electric Railway.
12.09pm - Agak ramai orang di sini.
12.20pm - Dari atas train.
Bangunan Tower of Terror.
Ada persembahan ahli silap mata di sini.
Lagi persembahan ahli silap mata.
12.41pm - Kerana tak dapat tahan godaan bekas popcorn Mr. Potato Head versi Halloween, maka saya pun membeli popcorn di sini.
Terdapat bot kawalan jauh yang boleh anda kawal di sini, iaitu di dalam kawasan Fortress Explorations.
Kami tiba di stesen atau jeti DisneySea Transit Steamer Line.
1.14pm - Kapten bot kami adalah seorang wanita.
Di sebelah dinding sana adalah laut. Jadi mungkin air laut itu ditapis dan diambil untuk memenuhi sekitar kawasan Tokyo DisneySea ini.
Nama kapal terbang yang terkandas itu adalah C-3PO. Tahu tak apa dia? Kebetulan?
1.23pm - Turun dari bot, kami terus menuju ke kawasan Indiana Jones.
Indiana Jones Adventure.
2.26pm - Selesai di kawasan Indiana Jones, kami berjalan-jalan lagi tanpa arah tuju yang tetap. Terlalu luas kawasan di Tokyo DisneySea ini. Mungkin satu hari tak cukup nak explore dan main semua permainan atau rides.
Kami tiba di kawasan Arabian Coast.
2.48pm - Pijam dan Azhar mencuba nasib bermain permainan di salah sebuah kedai yang terdapat di kawasan Arabian Coast.
Mereka perlu memasukkan bola ke dalam salah satu balkoni istana.
Seakan kubah masjid, tapi tak ada pula masjid mahu pun surau di dalam ini. Lol.
3.43pm - Selepas puas berjalan mengelilingi kawasan Tokyo DisneySea dan membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan, kami pun bergerak pulang dari sini.
Jafar dari Aladdin bertemu pengunjung berdekatan pintu utama Tokyo DisneySea.
4.25pm - Selamat tinggal Tokyo DisneySea!
4.31pm - Bergerak menuju ke Tokyo DisneySea Station.
4.36pm - Kami menaiki train menuju ke Resort Gateway Station.
4.38pm - Kami tiba di Resort Gateway Station.
4.44pm - Tiba di Stesen Maihama.
4.45pm - Tiba di Platform 2, menaiki Keiyo Line menuju ke arah Stesen Shin-Kiba.
4.49pm - Train tiba.
4.55pm - Kami tiba di Stesen Shin-Kiba selepas kira-kira 6 minit perjalanan dari Stesen Maihama.
Tiba di Stesen Shin-Kiba, saya bergerak solo ke arah Odaiba manakala Azhar dan Pijam pula ingin ke Ameyoko. Sebab saya ingin kembali ke Odaiba? Kerana ingin pergi ke Madam Tussauds Tokyo kerana dengar khabarnya terdapat patung lilin Mayuyu! Tak dapat jumpa orang yang sebenar, dapat bergambar dengan patung lilin pun jadi la ye?
Panduan perjalanan yang diberikan oleh Google.
4.56pm - Menuju ke arah Rinkai Line.
4.58pm - Saya menaiki train Rinkai Line menuju ke Stesen Tokyo Teleport dari Stesen Shin-Kiba. Jaraknya cuma 3 stesen.
5.09pm - Saya tiba di Stesen Tokyo Teleport. Terdapat banyak vending machine air minuman di setiap stesen train, jadi anda takkan berasa haus atau dahaga ketika berada di Tokyo ini.
5.10pm - Menuju ke Exit B, untuk menuju ke pasaraya DECKS Tokyo Beach di mana terletaknya Madam Tussauds Tokyo.
5.20pm - Saya tiba di DECKS Tokyo Beach.
Walaubagaimanapun, saya terlewat selama 20 minit. Kerana waktu masuk terakhir ke Madam Tussauds Tokyo pada hari itu adalah pada jam 5.00pm. Kecewa juga rasanya kerana datang dengan penuh harapan tapi dah tutup pula.
Kerana kecewa, saya pun bergerak pulang dari DECKS Tokyo Beach selepas berjalan-jalan sebentar.
5.52pm - Saya menaiki train untuk kembali ke Stesen Shin-Kiba.
6.01pm - Saya tiba di Stesen Shin-Kiba.
Seterusnya, berjalan menuju ke Yurakucho Line untuk menaiki train ke Stesen Yurakucho.
6.07pm - Saya menaiki train Yurakucho Line menuju ke Stesen Yurakucho.
6.21pm - Tiba di Stesen Yurakucho selepas kira-kira 14 minit perjalanan.
6.23pm - Berdekatan dengan pintu keluar di Stesen Yurakucho ini, terdapat pasaraya BIC CAMERA Yurakucho. Saya sempat singgah jalan-jalan sebentar di sini.
6.45pm - Berjalan menuju ke Stesen Hibiya untuk menaiki train Mita Line.
6.49pm - Tiba di Platform 2, Mita Line di Stesen Hibiya.
6.51pm - Saya menaiki train Mita Line menuju ke Stesen Jimbocho, iaitu stesen train yang berdekatan dengan hotel penginapan kami.
6.56pm - Tiba di Stesen Jimbocho.
Saya tiba di Sakura Hotel Jimbocho kira-kira 10 minit kemudian. Tiba masa untuk membersihkan diri dan merehatkan badan.
Pada hari ketujuh, saya telah berjalan sejauh kira-kira 13.28km dengan jumlah kira-kira 20,323 langkah. Penat!
Bersambung ke bahagian seterusnya... Hari Kelapan : Sabtu (17 Oktober 2015) : Minato Mirai 21 - Tokyo Skytree - Akihabara
No comments:
Post a Comment