Hari Keenam : Khamis (15 Oktober 2015) : Odaiba - Tokyo Tower
9.03am - Hari keenam di Tokyo. Seperti biasa, selepas bersarapan di hotel, kami bergerak menuju ke Stesen Jimbocho untuk ke destinasi kami pada hari itu, iaitu Odaiba!
9.07am - Tiba di pintu masuk ke Stesen Jimbocho.
Hari ini kami memulakan perjalanan dengan menaiki train Mita Line menuju ke Stesen Hibiya.
9.12am - Kami menaiki train menuju ke Stesen Hibiya dari Stesen Jimbocho, jaraknya hanya 2 stesen.
9.19am - Kami tiba di Stesen Hibiya. Di sini kami berjalan kaki menuju ke Stesen Yurakucho untuk menaiki train Yurakucho Line ke Stesen Shin-Kiba.
Suasana agak sesak di platform Stesen Hibiya pada ketika itu.
Menuju ke Yurakucho Line.
Laluan perjalanan dari Stesen Yurakucho ke Odaiba berdasarkan maklumat dari Google.
9.23am - Kami tiba di platform. Stesen Shin-Kiba terletak 6 stesen dari Stesen Yurakucho.
9.24am - Train kami tiba.
Destinasi kami adalah Stesen Shin-Kiba yang terletak di penghujung Yurakucho Line.
9.40am - Kami tiba di Stesen Shin-Kiba selepas kira-kira 16 minit perjalanan dari Stesen Yurakucho. Seterusnya, sekali lagi kami perlu menukar train, kali ini menaiki Rinkai Line.
Menuju ke arah Rinkai Line di Stesen Shin-Kiba.
9.45am - Kami menaiki train Rinkai Line menuju ke Stesen Tokyo Teleport.
Menuju ke arah Osaki.
9.54am - Akhirnya kami tiba di Stesen Tokyo Teleport, iaitu stesen yang berdekatan dengan tempat-tempat tarikan di Odaiba.
Sebaik keluar dari pintu tiket Stesen Tokyo Teleport, anda akan menemui papan tanpa besar ini. Ia menunjukkan tempat-tempat yang boleh anda pergi melalui pintu keluar sebelah kiri (Exit A) dan sebelah kanan (Exit B). Antara yang ada di sebelah kanan adalah pasaraya DECKS Tokyo Beach, Aqua City Odaiba, dan bangunan Fuji Television.
Exit A : Di sebelah kiri pula anda boleh menuju ke Zepp Tokyo, dan Palette Town.
9.57am - Kami menuju ke Exit B, iaitu menuju ke Aqua City Odaiba.
Eskalator ini sangat tinggi, menunjukkan stesen train ini berada jauh di bawah tanah.
9.58am - Tiba di pintu keluar Exit B.
Sebaik keluar dari Exit B Stesen Tokyo Teleport ini, anda dapat melihat bangunan pasaraya Diver City Tokyo, di mana terletaknya robot Gundam besar yang ikonik dan popular.
Ferris wheel yang besar itu dikenali sebagai Daikanransha, yang terletak di dalam Pallete Town.
Bangunan unik ini pula adalah bangunan ibu pejabat Fuji Television.
10.06am - Kami telah berjalan sejauh 510 meter dari Stesen Tokyo Teleport.
Tiba di jalan utama berhadapan dengan DECKS Tokyo Beach.
Di hadapan ini adalah pasaraya Aqua City Odaiba, ianya bersebelahan dengan DECKS Tokyo Beach.
10.08am - Kami tiba di pasaraya Aqua City Odaiba, kira-kira 530 meter dari Stesen Tokyo Teleport.
Terdapat perkhidmatan Wi-Fi percuma di dalam bangunan Aqua City Odaiba ini.
Perkhidmatan Wi-Fi percuma yang boleh diakses di Aqua City Odaiba.
Oleh kerana pintu masuk pasaraya Aqua City Odaiba ini dibuka pada jam 10.30am, maka kami telah menunggu di luar pintu masuk sehingga ianya dibuka kepada pengunjung. Kebanyakan kedai di dalam Aqua City Odaiba ini pula dibuka pada jam 11.00am.
Tujuan kami terus datang ke Aqua City Odaiba ini adalah kerana ingin pergi ke The Disney Store untuk membeli tiket masuk ke taman tema Tokyo Disneysea pada hari esoknya.
Suhu di Odaiba pada jam 10.24am.
10.32am - Akhirnya kami memasuk pasaraya Aqua City Odaiba ini selepas pintu dibuka oleh pengawal pada tepat jam 10.30am.
Oleh kerana saya percaya Tokyo Disney Store di Aqua City Odaiba ini hanya dibuka pada jam 11.00am seperti kedai-kedai yang lain, maka kami telah pergi berjalan-jalan dahulu di bahagian luar Aqua City Odaiba ini.
10.34am - Azhar sempat bergambar bersama maskot Aqua City, mungkin?
Jambatan di dalam gambar itu adalah Rainbow Bridge yang sangat terkenal.
Terdapat laluan jogging di sini.
Rainbow Bridge.
12.2 meter di atas paras laut.
Terdapat Odaiba Kaihin Park, iaitu pantai berhadapan dengan Rainbow Bridge.
Bangunan unik yang ada bebola itu adalah bangunan ibu pejabat Fuji Television. Terletak di sebelah Aqua City Odaiba.
Tahukah anda, terdapat replika patung Statue Of Liberty di sini?
Terdapat perkhidmatan bot Tokyo Cruise di sini yang menghubungkan Odaiba Seaside Park (Odaiba Kaihin Park) dengan beberapa tempat tarikan di Tokyo, antaranya Asakusa dan Toyosu.
Aqua City Odaiba.
11.00am - Akhirnya kami bergerak memasuki Aqua City Odaiba.
11.02am - Tempat pertama yang ditujui adalah Information Center! Sebagai seorang pelancong atau pengunjung luar, jangan berat mulut nak bertanya. Saya telah bertanya kepada staf di kaunter di manakah lokasi The Disney Store.
Pamplet Aqua City Odaiba.
11.05am - Kami tiba di The Disney Store yang berada di tingkat 3F, bersebelahan dengan eskalator.
Terdapat satu kaunter tiket khas di dalam The Disney Store, Aqua City Odaiba ini untuk pengunjung membeli tiket taman tema Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea.
Harga tiket masuk dewasa 1-Day Passport di Tokyo Disneysea adalah 6,900 yen.
Selesai membeli tiket, kami berjalan-jalan di sekitar Aqua City Odaiba.
Terdapat akuarium di sini.
Ada sesiapa peminat atau pengumpul barangan Coca-Cola?
11.53am - Dari Aqua City Odaiba, saya dan Azhar bergerak menuju ke pasaraya DECKS Tokyo Beach yang terletak bersebelahan dengannya, manakalah Pijam pula ingin terus bersiar-siar di dalam Aqua City Odaiba.
11.54am - Tiba di DECKS!
Di DECKS Tokyo Beach ini, terdapat Legoland Discovery Center dan juga Madam Tussauds Tokyo.
Tidak dilupakan, terdapat taman tema Tokyo JOYPOLIS di sini.
Harga tiket masuk bagi dewasa adalah 800 yen, dan bagi kanak-kanak pula 300 yen. Ianya harga tidak termasuk permainan atau rides. Jika anda ingin membeli tiket penuh (passport) pula harganya 3,900 yen bagi dewasa dan 2,900 bagi kanak-kanak.
Jika anda pelancong luar negara dan ada membawa passport bersama, maka anda boleh dapat diskaun 300 yen.
12.03pm - Saya dan Azhar membeli tiket masuk ke dalam Tokyo JOYPOLIS yang berharga 500 yen, selepas diskaun 300 yen kerana kami menunjukkan passport kami di kaunter.
Terdapat pelbagai jenis permainan arcade dan rides di sini.
Permainan Half-Pipe.
Dinding interaktif yang bertindak balas apabila disentuh.
12.18pm - Selepas beberapa minit berlegar di dalam Tokyo JOYPOLIS, akhirnya saya dan Azhar membuat keputusan untuk bermain atau menaiki ride VEIL OF DARK ini.
Oleh kerana kami hanya membeli tiket masuk, maka untuk bermain apa-apa permainan atau ride, kami perlu membeli tiket tambahan di mesin dan ianya akan dicajkan pada QR code di atas tiket masuk yang anda beli tadi. Oleh itu jangan sesekali hilangkan tiket masuk tadi.
12.33pm - Saya cuma mampu berada di peringkat 'MASTER' selepas habis bermain ride VEIL OF DARK ini.
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tanya kepada Information Counter ini.
Antara permainan lain yang ada di dalam Tokyo JOYPOLIS.
Seronok juga kalau dapat bermain game Initial D sambil duduk dalam replika Toyota AE86 dan Mazda RX-7 ni.
Berdekatan dengan pintu keluar Tokyo JOYPOLIS ini terdapat ruang atau dinding di mana selebriti terkenal di seluruh dunia menurunkan tandatangan mereka.
12.47pm - Kami keluar dari Tokyo JOYPOLIS dan bersiar-siar di dalam pasaraya DECKS Tokyo Beach. DECKS terdiri daripada 2 bahagian, iaitu SEA SIDE MALL dan ISLAND MALL.
SEA SIDE MALL, DECKS Tokyo Beach.
Odaiba Takoyaki Museum, SEA SIDE MALL.
Terdapat TOKYO TRICK ART MUSEUM di ISLAND MALL, DECKS.
Ada sesiapa nak bergambar dengan patung lilin individu-individu terkenal?
Tempat wajib pergi bagi peminat LEGO.
LEGOLAND DISCOVERY CENTER dan Madame Tussauds Tokyo ini terletak bersebelahan sahaja di ISLAND MALL, DECKS. Anda juga boleh membeli tiket kombo, iaitu tiket masuk LEGOLAND DISCOVERY CENTER dan Madam Tussauds dengan harga yang lebih murah berbanding membeli tiket secara individu.
1.16pm - Selepas berkumpul semula dengan Pijam, kami bertiga bergerak menuju ke Diver City Tokyo.
1.34pm - Kami tiba di pasaraya Diver City Tokyo.
Oleh kerana haus, saya beli air mango ini.
1.48pm - Kami tiba di GUNDAM FRONT Tokyo yang terletak di tingkat 7, pasaraya Diver City Tokyo ini.
Jika anda seorang kipas-susah-mati Gundam, pastinya anda wajib masuk ke dalam muzium dan kedai menjual pelbagai barangan rasmi Gundam ini.
2.19pm - Daripada Gundam Front di tingkat 7, kami turun semula ke bawah untuk menuju ke lokasi di mana terletaknya robot Gundam besar yang menjadi ikon pelancongan bagi Odaiba.
2.22pm - Pintu keluar 'Festival Plaza'.
Sudah kelihatan, Gundam RX-78-2.
RX-78-2 dari sisi.
RX-78-2 dari depan.
Terdapat GUNDAM Cafe berdekatan dengan RX-78-2.
Sebuah kedai menjual barangan rasmi Gundam, terutamanya model kit yang terletak di belakang RX-78-2.
3.01pm - Terdapat pertunjukan oleh robot Gundam RX-78-2 ini yang berlangsung pada jam 12.00pm, 3.00pm, dan 5.00pm setiap hari.
Nak kata pertunjukan sangat pun tak juga sebenarnya, kerana hanya kepala RX-78-2 yang bergerak diiringi bersama dialog dari anime Gundam dan tayangan video di skrin yang terletak pada dinding Diver City Tokyo di belakang RX-78-2.
Bak kata Pijam, kami cuma tengok RX-78-2 'stretching' selama 5 minit.
3.07pm - Selepas menonton RX-78-2 'stretching' kami bergerak menuju ke pasaraya Venus Fort atau Pallete Town yang terletak tidak jauh dari robot Gundam RX-78-2.
Menuju ke pintu masuk Pallete Town.
Pintu masuk MEGA WEB History Garage di Venus Fort. MEGA WEB ini adalah sebuah taman tema kereta TOYOTA.
3.11pm - Kami tiba di History Garage, MEGA WEB.
Terdapat pelbagai jenis kereta antik di kawasan History Garage ini.
Terdapat sambutan sempena ulang tahun ke 60 Toyota Crown.
Terdapat juga pameran kereta GMC DeLorean dan filem Back To The Future.
DeLorean DMC 12.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke 30 filem Back To The Future, dan juga merupakan tahun di mana watak Marty McFly di dalam filem tersebut datang ke masa depan.
Heartbreak?
Laluan di History Garage ini menuju ke pasaraya Venus Fort.
Terdapat Wi-Fi percuma di sini.
3.22pm - Terdapat pameran sempena ulangtahun ke 60 Toyota Crown.
Tayangan CM atau iklan klasik Toyota Crown.
Antara model generasi lama Toyota Crown yang dipamerkan.
3.29pm - Selesai berjalan-jalan di History Garage, kami pun menuju ke Venus Fort.
3.29pm - Tiba di pintu masuk Venus GRAND di Venus Fort.
Bahagian siling Venus GRAND.
Terdapat pelbagai jenis kedai di sekitar kawasan Venus Fort atau Pallete Town ini.
3.36pm - Salah satunya adalah kedai LEGO clickbrick ini!
4.12pm - Selesai berjalan sekitar Venus Fort, kami membuat keputusan untuk kembali ke kawasan Aqua City Odaiba untuk menikmati matahari terbenam dan melihat Rainbow Bridge pada waktu malam. Di sini, hari mulai beransur gelap pada jam 5.00pm.
Taman yang berada berhampiran dengan Venus Fort.
Terdapat 2 perkhidmatan train yang berdekatan di sini, iaitu Rinkai Line (Stesen Tokyo Teleport) dan Yurikamome Line (Stesen Odaiba-Kaihinkoen).
4.22pm - Berjalan menuju ke Aqua City Odaiba.
4.27pm - Kami tiba di DECKS Tokyo Beach yang terletak bersebelahan dengan Aqua City Odaiba.
4.35pm - Matahari sudah mulai terbenam.
4.35pm - Kami tiba di Aqua City Odaiba.
4.52pm - Matahari semakin hampir terbenam.
Terdapat ramai pengunjung yang bersiap sedia dengan kamera dan tripod di sini. Mereka bersiap sedia untuk mengambil gambar Rainbow Bridge pada waktu malam.
5.42pm - Lampu di Rainbow Bridge mula kelihatan.
Kami menunggu sehingga hari gelap dengan harapan ingin melihat Rainbow Bridge yang disinari lampu seperti pelangi, namun hampa kerana lampu pada Rainbow Bridge tidak bertukar warna seperti yang diharapkan.
6.11pm - Kami bergerak ke arah DECKS Tokyo Beach, kerana saya mendapat maklumat menerusi aplikasi handphone bahawa terdapat satu restoran makanan halal di sana.
6.14pm - Kami tiba di DECKS.
6.15pm - Mencari-cari di manakah restoran makanan halal tersebut.
6.15pm - Akhirnya kami menjumpai restoran khazana ini yang terletak di tingkat 5F, DECKS Tokyo Beach.
InsyaAllah, dijamin Halal. Restoran ini adalah restoran makanan India.
Bahagian dalaman restoran.
Rezeki saya pada malam itu. Alhamdulillah.
Menurut staf restoran khazana, Rainbow Bridge yang disinari lampu seperti pelangi itu hanya dapat dilihat pada waktu-waktu tertentu, dan bukannya pada setiap hari. Menurut beliau lagi, 'light show' di Rainbow Bridge itu biasanya berlangsung pada bulan Disember.
Nasib baik kami tak tunggu lebih lama di luar tadi, kerana cuaca agak sejuk pada ketika itu.
7.07pm - Selesai makan, kami bergerak menuju ke destinasi seterusnya pada hari itu, iaitu Tokyo Tower!
Rainbow Bridge dari DECKS, pada waktu malam.
Terdapat light show di dalam struktur ini.
7.14pm - Selamat tinggal DECKS!
7.18pm - Berjalan menuju ke Stesen Tokyo Teleport.
7.23pm - Kami tiba di Stesen Tokyo Teleport.
7.24pm - Tiba di platform train Rinkai Line menuju ke Stesen Osaki.
Laluan perjalanan ke Tokyo Tower dari Stesen Tokyo Teleport berdasarkan maklumat dari website Hyperdia.
7.33pm - Kami menaiki train Rinkai Line.
7.38pm - Kami tiba di Stesen Osaki, kira-kira 5 minit perjalanan dari Stesen Tokyo Teleport.
7.40pm - Di Stesen Osaki, kami perlu menaiki train JR Yamanote Line untuk ke Stesen Hamamatsucho.
7.44pm - Menaiki train menuju ke Stesen Hamamatsucho.
7.52pm - Kami tiba di Stesen Hamamatsucho dari Stesen Osaki, kira-kira 8 minit kemudian.
Menuju ke North Exit di Stesen Hamamatsucho.
7.56pm - Menuju ke Toei Oedo Line Daimon Station.
7.57pm - Kalau mengikut pelan perjalanan yang diberikan oleh website Hyperdia, kami perlu berjalan kaki ke Stesen Daimon dan menaiki train Oedo Line ke Stesen Akabanebashi, iaitu stesen yang berhampiran dengan Tokyo Tower. Namun oleh kerana Tokyo Tower sudah dapat dilihat dari pintu keluar Utara Stesen Hamamatsucho ini, Pijam dan Azhar membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja terus ke Tokyo Tower.
7.57pm - Stesen Hamamatsucho ini berada berhampiran dengan bangunan World Trade Center Tokyo.
Tokyo Tower sudah kelihatan dari sini.
8.05pm - Kami tiba di hadapan pintu masuk Sangaedatsumon, Zojoji Temple.
Traffic light Zojoji.
Perlu menyeberang jalan untuk ke Tokyo Tower.
8.08pm - Dari jauh nampak macam sudah dekat, tapi sebenarnya masih 460 meter jaraknya.
Tak jauh dari Zojoji Temple ini adalah Keio University dan Shiba Park.
8.12pm - Kami semakin menghampiri Tokyo Tower.
Terletak berhampiran dengan Tokyo Tower ini adalah Prince Hotel, iaitu hotel bertaraf 6 bintang.
8.15pm - Akhirnya kami tiba di perkarangan Tokyo Tower.
Maskot Tokyo Tower.
Struktur Tokyo Tower.
Tahukah anda, terdapat Tokyo One Piece Tower di sini? Kalau anda peminat komik atau anime One Piece, maka sini adalah tempat yang wajib anda pergi!
Kaunter tiket Tokyo Tower.
Terdapat 4 stesen dan perkhidmatan train yang berlainan berdekatan dengan Tokyo Tower ini.
Tokyo Tower dari bawah.
Harga tiket ke Main Observatory adalah 900 yen bagi dewasa.
Lift untuk ke observatory.
Tokyo One Piece Tower di tingkat 3F.
Directory.
Terdapat Mugiwara Store, iaitu kedai menjual barangan cenderamata rasmi One Piece di tingkat bawah Tokyo Tower ini.
9.05pm - Selesai membeli sedikit cenderamata kenang-kenangan, kami bergerak untuk pulang ke hotel penginapan kami.
Laluan perjalanan pulang berdasarkan maklumat dari Google.
Selamat tinggal Tokyo Tower!
9.08pm - Kami tiba pintu masuk Stesen Onarimon, iaitu stesen bagi train Mita Line.
Platform 2, menghala ke Hibiya, Sugamo, Nishi-takashimadaira.
9.11pm - Kami tiba di Platform 2 Stesen Onarimon. Stesen Jimbocho terletak 4 stesen dari Stesen Onarimon.
9.14pm - Menaiki train menuju ke Stesen Jimbocho. Masing-masing sudah keletihan.
9.22pm - Kami tiba di Stesen Jimbocho. Seperti biasa, kami menuju ke pintu keluar A7.
Sempat singgah beli air kopi ini di vending machine. Sangat sedap!
9.30pm - Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami, Sakura Hotel Jimbocho. Masa untuk berehat dan bersedia untuk hari esok.
Pada hari keenam kami di Tokyo, saya telah berjalan sejauh kira-kira 13.6km dengan jumlah kira-kira 20,826 langkah.
Bersambung ke bahagian seterusnya... Hari Ketujuh : Jumaat (16 Oktober 2015) : DisneySea - Odaiba
No comments:
Post a Comment