ChinaTrip Travelogue (DAY 3) : Beijing & The Great Wall
Hari Ketiga - Ahad (23 Oktober 2011)
Hari ketiga, selepas selesai bersarapan di hotel, rombongan kami menaiki bas dan bergerak pada jam 8.07am menuju ke pusat menjual dan muzium jade.
Rombongan kami tiba di pusat jade tersebut pada jam 8.51am.
Hari ketiga, selepas selesai bersarapan di hotel, rombongan kami menaiki bas dan bergerak pada jam 8.07am menuju ke pusat menjual dan muzium jade.
Rombongan kami tiba di pusat jade tersebut pada jam 8.51am.
Untuk memasuki pusat jade ini, semua pelawat diberikan pas masuk. Motif? Entahlah. Saya dapat nombor 55. Super Safee ! =)
Antara jade yang terdapat di situ.
Seperti biasa, seorang pegawai khas akan memberi taklimat dan info mengenai jade yang terdapat di China ini.
Ruangan dalam pusat jade ini sangat luas..pelbagai jenis jade ada dijual dalam pelbagai jenis gred.
Seorang pekerja sedang dalam proses mengukir jade.
Close up
Hasilnya..!
Jangan ditanya berapa harga jade dalam bentuk ukiran harimau ini. T__T
Selesai melawat dan membeli belah di pusat jade, rombongan kami bergerak pula menuju ke pusat kristal pada jam 10.04am.
Untuk pengetahuan anda, tempat-tempat ini sebenarnya adalah destinasi yang diwajibkan oleh kerajaan China kepada pelancong supaya datang melawat. Kalau tourist guide yang bertugas membawa rombongan pelancong tidak membawa mereka ke pusat-pusat atau tempat-tempat yang diwajibkan ini, tourist guide tersebut perlu membayar pampasan. Jadi, nak atau taknak, pasti tourist guide anda akan bawa ke tempat-tempat yang diwajibkan ini.
Kami tiba di pusat kristal pada jam 10.37am.
Seperti di pusat jade, di sini juga pelancong atau pelawat akan diberikan pas masuk.
Di hadapan pintu masuk pusat kristal.
Antara informasi mengenai kristal yang terdapat di sini.
Ruangan pameran. Kelihatan tourist guide kami, En. Zhang sedang memberikan penerangan.
Antara produk menarik di sini adalah cermin mata yang diperbuat daripada kristal.
Kami diberikan penerangan di dalam bilik khas.
Kami menuju ke tempat makan tengahari pada jam 11.15am dari pusat kristal tadi. Perjalanan ke tempat makan tengahari adalah hanya 15 minit.
Sinilah tempatnya kami makan tengahari. Terdapat restoran halal di dalamnya.
Kompleks DA YI ini juga dikenali sebagai Yu Long Friendship Store. Terdapat pelbagai cenderahati yang dijual di sini selain adanya restoran halal di tingkat atas.
Sesi 'puppet show' juga ada di sini.
12.51pm - Selesai makan tengahari dan solat Zohor, rombongan kami bergerak menuju ke tempat yang dinanti-nantikan, iaitu Tembok Besar China.
Dalam perjalanan menuju ke lokasi Tembok Besar yang terdekat.
Terdapat 3 lokasi Tembok Besar China yang dijadikan tempat lawatan pelancong memandangkan ia meliputi sebahagian besar negara China, namun lokasi lawatan pelancong yang terdekat di Beijing adalah Juyongguan. 2 lokasi lain adalah di Jiayuguan dan Shanhaiguan.
Tembok Besar China sudah mula kelihatan.
1.10pm - Tiba di Tembok Besar.
Pondok jualan tiket masuk ke JuYong Pass atau pun Juyongguan.
Peta lokasi dan informasi mengenai Tembok Besar China - Juyongguan
Perlu melalui ticket gate untuk memasuki ke kawasan lawatan.
Rombongan kami berkesempatan untuk bergambar berlatar belakangkan Tembok Besar China - Juyongguan.
Ayah dan Ibu.
Saya dan Ibu.
Notis keselamatan.
Di bahagian permulaan sebelum menaiki ke tempat lebih tinggi.
Antara notis yang terdapat di sini.
Tangga batu yang terdapat di sini agak curam.
Memenatkan !
Tinggi tak?
Sempat bergambar sebelum meneruskan pendakian seorang diri.
Gambar ini telah diambil oleh salah seorang pelancong yang turut mendaki.
Notis amaran ini memang dalam kedudukan menyenget.
Gambar yang sempat saya ambil dari atas.
Relaks je pengawal ini melihat para pelancong yang mendaki.
Lagi gambar yang diambil semasa pendakian saya.
Jauh meninggalkan ramai peserta rombongan lain yang tidak mahu meneruskan pendakian.
Saya telah sampai di sini !
Semakin lama semakin tinggi dan menggayatkan !
Lagi gambar yang diambil oleh pelancong lain yang turut mendaki.
Masih jauh lagi untuk ke puncak !
Saya mengambil keputusan untuk berhenti setakat di sini kerana rombongan kami telah diberikan masa yang terhad berada di Tembok Besar ini.
Selepas ini kami perlu bergerak ke lokasi yang lain pula. Takut nanti kalau teruskan, akan mengheret dan membuatkan peserta rombongan lain tertunggu-tunggu pula, kerana nak turun pun akan mengambil masa sebab ianya sangat memenatkan ! Ditambah pula dengan suasana yang amat sejuk ketika itu. (Sepanjang di China, ketika di Tembok Besar inilah saya rasa paling sejuk sekali, mungkin suhunya bawah 5 celcius kerana angin yang bertiup.)
Ketika dalam perjalanan turun. Gambar ini diambil oleh salah seorang peserta rombongan kami.
Bahagian tembok besar yang dapat dilihat di sekitar kawasan ini.
Pintu masuk khas untuk pergi mendaki Tembok Besar.
Informasi yang terdapat di sini.
Saya sempat membeli cenderahati sebagai kenangan di kedai yang terdapat di sana.
3.40pm - Rombongan kami bergerak dari Tembok Besar Juyongguan menuju ke lokasi wajib lawat seterusnya iaitu Baofuling, iaitu tempat menjual krim herba.
4.10pm - Tiba di Baofuling. Memandangkan peserta-peserta rombongan kurang berminat, maka kami hanya berada di sini sebentar sahaja, sekadar memenuhi keperluan wajib lawat.
4.48pm - Tourist guide kami bercadang membawa kami melawat ke Summer Palace, namun memandangkan hari semakin gelap, maka kami terus dibawa ke tempat makan malam.
6.00pm - Tiba di restoran halal untuk makan malam.
7.00pm - Rombongan kami dibawa menuju ke lokasi terakhir untuk hari ini, iaitu Hard Rock Cafe Beijing.
Jalan sentiasa sesak walaupun terdapat jalanraya yang luas.
7.40pm - Tiba di Hard Rock Cafe Beijing untung membeli cenderahati kenang-kenangan.
8.00pm - Setelah peserta rombongan selesai membeli-belah di Hard Rock Cafe, rombongan bas kami pun bertolak pulang ke hotel.
8.25pm - Tiba di hotel. Masa untuk berehat panjang kerana esok kami akan menuju ke Shanghai.
No comments:
Post a Comment