Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Eurotrip Travelogue (DAY 11 - Part 1) - Stamford Bridge Stadium (Chelsea), London
Hari Kesebelas - Jumaat (7 Mei 2010) - Bahagian 1 : Stadium Stamford Bridge (Chelsea), London
Hari Kesebelas - Jumaat (7 Mei 2010) - Bahagian 1 : Stadium Stamford Bridge (Chelsea), London
AMARAN : ENTRY INI PENUH DENGAN UNSUR BIRU YANG MUNGKIN TIDAK SESUAI DENGAN ANDA!!
Pada hari ini, peserta rombongan kami berpeluang merancang aktiviti sendiri kerana mengikut jadual program, hari nie ialah 'free activity'. Ada yang pergi ke Madam Tussauds, ada yang pergi ke stadium bola, pergi Oxford Street, dan lain-lain.
Ibu dan ayah pula kami tinggalkan mereka untuk ber'dating' di sekitar kota London dengan menaiki bas double decker pelancong yang bersiar-siar di sekeliling kota London. =)
9.25am - Dari hotel, saya dan abang bergerak menemani ibu dan ayah kami sehingga ke bus stop berdekatan dengan hotel, iaitu tempat untuk naik bas 'double decker' pelancong. Harga tiket die kalau tak salah GBP 25.00 seorang.
9.35am - Saya dan abang bergerak menuju ke stesen kereta api bawah tanah atau tube (London Underground) yang paling hampir dengan bus stop tadi, iaitu Queensway Underground Station.
Walaupun tak pernah menaiki tube, perjalanan kami menjadi mudah dengan bantuan aplikasi MetrO yang terdapat di dalam handphone saya. InsyaAllah di entry akan datang, saya akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai kegunaan aplikasi MetrO tersebut.
Inilah aplikasi MetrO yang membantu kami..
Inilah die tiket London Underground..kami telah membeli tiket yang boleh digunakan sepanjang hari dengan harga GBP 3.50 (kalau tak salah la)..agak jimat memandangkan kami akan bergerak menuju ke 2 tempat yang berbeza dan jauh.
Notting Hill Gate
9.48am - Bertolak dari Stesen Queensway (Central Line), kami tiba dan turun di Stesen Notting Hill Gate untuk tukar ke aliran lain (District Line) bagi menuju ke Stesen Fulham Broadway yang terdapat berdekatan dengan Stadium Stamford Bridge.
10.15am - Tiba di Stesen Fulham Broadway. Hampir tepat dengan anggaran 23 minit yang diberikan oleh aplikasi MetrO tadi. Keluar je dari stesen tersebut, saya dan abang terus berjalan dengan yakin ke kawasan sekitar untuk mencari stadium. Setelah hampir 10 minit berlegar-legar dan bertanya dengan seorang pekedai, kami akhirnya berpatah balik ke Stesen Fulham Broadway bagi mencari maklumat berkenaan lokasi stadium tersebut.
Kebetulan, setibanya kami di stesen tersebut, saya ternampak 2 remaja yang memakai sweater training Chelsea FC (rasanya mereka berdua merupakan pelajar akademi bolasepak Chelsea), jadi terus saya bertanya kepada mereka di mana lokasi stadium Stamford Bridge. Mereka pun menunjukkan arah yang betul dan menyuruh saya dan abang memfollow sahaja mereka sebab mereka juga menuju ke stadium.
10.25am - Akhirnya...selepas memfollow pelajar akademi Chelsea tadi, saya dan abang tiba di Stadium Stamford Bridge!!! Rupanya kami tersilap menuju ke arah berlawanan semasa baru tiba di Stesen Fulham Broadway tadi..ish ish ish..
Oh yeah..kebetulan semasa saya tiba, Chelsea cuma tinggal satu perlawanan liga sahaja lagi iaitu di Stamford Bridge pada 9 Mei 2010..Kalau Chelsea menang perlawanan tersebut, maka Chelsea lah juara liga bagi musim 2009/10. Keputusannya? Ade sesiapa yang tak tahu? Klik SINI. =)
Kami terus menuju ke tempat Stadium Tour..Haruslah pergi tour stadium kalau dah sampai sini~ =) Harga? Seperti yang tertera dalam gambar di atas..
Pintu masuk Stadium Tours & Museum nie terletak bersebelahan dan berdekatan dengan Chelsea Megastore, iaitu tempat menjual barangan dan cenderamata kelab.
Juara Piala FA Musim 2008/09 dengan menewaskan Everton 2-1..Musim 2009/10 pun menang lagi, 1-0 dengan Portsmouth..he he he =)
Abang saya bergambar di hadapan dengan pintu masuk ke muzium.
Chelsea terbaek!!
Gambar panoramic yang diambil di dalam bilik khas (klik gambar untuk besarkan)
Selepas membeli tiket, kami diminta tunggu sebentar di dalam bilik khas bagi menunggu pengunjung lain. Setiap sesi tour dihadkan kepada 20 orang sahaja (kalau tak salah) bagi keselesaan pengunjung. Dalam ramai-ramai peserta tour, tiada seorang pun dari England, dan hanya saya dan abang dari Malaysia. Semuanya dari pelbagai negara di seluruh dunia, antaranya Italy dan Netherlands.
Menjadi satu kesalahan jika masuk ke kawasan padang!
Bilik menunggu khas nie berkaca, rasanya bilik VIP kot.. :D
Inilah yang kami dapat dengan menyertai stadium tour, lanyard Chelsea dan tiket
Tiket stadium tour
Selepas berkumpul, kami dibawa oleh tour guide kami yang bernama Leticia menuju ke tempat duduk penonton di dalam stadium.
Menuju ke Upper Tier..
Sebaik tiba di lokasi, kami diberikan penerangan oleh Cik Leticia mengenai stadium, tempat duduk penonton, dan lain-lain lagi. Penerangan Cik Leticia memang best, sebab die sering bergurau sambil memerli kelab lain..hahahahah
Seterusnya kami dibawa ke bilik Press Conference..kat sini la pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti selalu buat post-match interview.. Cik Leticia kata, ada beberapa season lepas, pengurus MU, Sir Alex Ferguson enggan diinterviu setelah tewas dengan Chelsea di sini. LOL..
Areev Ancelotti.. =D
Sini pula tempat dimana selalunya Man Of The Match diinterviu...Cik Leticia kata musim lepas orang yang paling banyak kali diinterviu di sini ialah Frank Lampard..
Seterusnya kami dibawa melawat ke bilik persalinan pasukan pelawat (away)..
Akhirnya tiba di bilik persalinan pasukan tuan rumah (home)..
Sinilah tempatnya locker pemain-pemain Chelsea siap dengan jersinye sekali..
Gambar panoramic (klik gambar untuk besarkan)
Pasukan pelawat terakhir yang menggunakan bilik nie ialah Stoke City..Mereka tewas 7-0..hehehe
Tandas bagi pasukan tuan rumah..
Tempat massage bagi pasukan tuan rumah..
Barisan jersi~
Cik Leticia menerangkan mengenai bilik persalinan Chelsea
Jersi dan locker Didier Drogba~! Penjaring terbanyak liga musim 2009/10 dengan 29 gol..
Lagi deretan jersi dan locker pemain Chelsea..
Selepas melawat ke bilik persalinan, kami terus dibawa oleh Cik Leticia berkumpul di tempat pemain beratur sebelum memasuki padang.
Cik Leticia kemudiannya meminta peminat Chelsea untuk beratur di sebelah kanan (home team) manakala bukan peminat Chelsea beratur di sebelah kiri (away team). Sudah tentu saya di barisan home team!
Kami diminta beraksi seolah-olah pemain yang bersedia memasuki padang sambil diiringi bunyi rakaman sorakan penonton stadium yang agak meriah..Fuuh...terasa suasana macam pemain sebenar pulak.. =)
Keluar menuju ke kawasan padang..
Barisan 'pemain' keluar dari lorong..
Chelsea! Chelsea!
Tempat duduk di sebelah kiri stadium..
Tempat duduk di sebelah kanan stadium..
Gambar panoramic (klik gambar untuk besarkan)
Impian menjadi kenyataan di Stamford Bridge..~
Di tempat duduk pemain simpanan
Perasaan yang sangat teruja~ =)
Saya dan abang sempat bergambar dengan Micheal Essien...eh tak tak tak..die nie merupakan salah seorang peserta tour dari Nigeria..die memang peserta tour yang paling havoc dan kelihatan macam peminat fanatik Chelsea, tapi bila Cik Leticia tanya siape pengurus Chelsea sekarang, die tak dapat jawab pulak...lol... =P
Oh tidak, agamaku adalah ISLAM.. =)
Antara banner yang dibiarkan tergantung di tempat duduk penonton
Tempat duduk penonton..biruuu
Seterusnya ialah gambar-gambar dalaman stadium yang diambil dari pelbagai sudut/tempat.
Walaupun peminat Arsenal, abang saya pun enjoy dengan stadium tour Chelsea nie..memang berbaloi-baloi!
Gambar panoramic (klik gambar untuk besarkan)
The Shed End (bahagian selatan padang)
Matthew Harding Stand (bahagian utara padang)
Nampak tak bende kecik kat tengah padang tu? Bende tu sebenarnya replika burung hantu yang diletakkan bagi menghalau burung-burung lain supaya tak datang lepak di kawasan padang. =P
Selepas menamatkan sesi tour yang berlangsung selama hampir sejam setengah, kami pun terus menuju ke Chelsea FC Megastore yang terdapat di stadium bagi membeli cenderamata.
Selepas membeli apa yang dihajati di Chelsea FC Megastore, kami sempat bergambar dengan pelbagai tarikan yang terdapat di sekeliling stadium.
Kapten Chelsea, John Terry menjulang piala FA musim 2008/09
Bekas pemain/pengurus Chelsea, Gianluca Vialli
Made From 100% Chelsea! ^__^
Dah on the way balik baru sempat bergambar kat sini..sebab masa sampai tadi terus tergesa-gesa mencari tempat masuk stadium tour..
Micheal Ballack..kini sudah berpindah ke kelab Bayern Leverkusen..jasamu dikenang..
Dennis Wise, pemain legend Chelsea FC
Baru perasan dengan pintu masuk nie..hehehe
Stadium dengan Museum tour nie ade waktu-waktu nye yang tertentu, jadi kene lah rancang perjalanan anda supaya tidak terlepas waktu tour yang telah dihadkan. =)
Papan tanda arah yang terdapat di hadapan stadium..yang ini pun kami baru perasan semasa bertolak pulang..
Tinggi betul John Terry nie..saiz sebenar ke nie?
Diapit gambar 2 lagenda Chelsea FC, Gianfranco Zola dan Gianluca Vialli. Belakang tue pulak gambar deretan jersi-jersi lama Chelsea FC..
Dengan ini saya mengisytiharkan, sayalah peminat no. 1 Chelsea FC ;)))
Tekun mendengar cakap pengurus..
Sayalah pemain baru bagi musim depan.. =)
Kalau jadi benteng betul nie, konpem pemain lawan target bola melepasi atas kepala saya..lol
Kapten John Terry bersama piala FA musim 2008/09 dan piala Community Shield yang dimenangi di awal musim 2009/10. Takpe, sekarang dah tambah lagi piala liga dengan piala FA musim 2009/10 =)
Maskot rasmi Chelsea FC, Stamford Lion
Penolong pengurus? =)
Bergambar di hadapan stadium..
Kami masuk melalui Britannia Gate..
Peta stadium
Britannia Gate
12.22pm - Saya dan abang bergerak menuju ke Stesen Fulham Broadway semula untuk menuju ke lokasi seterusnya, iaitu Stadium Emirates!! *Tergesa-gesa sampai terlupa nak melawat Muzium Chelsea.. T__T
Di Stesen London Underground, Fulham Broadway
Bersambung ke entry berikutnya...Hari Kesebelas - Jumaat (7 Mei 2010) - Bahagian 2 : Stadium Emirates (Arsenal), London
pergh..
ReplyDeletejelez aku..
perrh...superb bro....i envy u..i bet u had the time of ur life..n that's true blue fan..HIGH FIVE for u...
ReplyDeletethanks for sharing the superb photo's..some that i've never seen...nnti kt KL klo ade time jom ngk ngk game epl same ^_^
syok tengok entry nie...banyak biru...hehehehe...sure enjoy kan gie stadium nie...
ReplyDeletesaya_arief : =)
ReplyDeletepilotHans : yeah...very very very unforgettable moment for me.. =)
KL kat mane? jom tgk game sesame.. :D
LyNn HaMzAh : hehee...yerp, enjoy sesangat! nak pergi lagi! :)
bestnye..wah..birunya.ahaks.sesuai dgn tema blog ni..hehh.=p
ReplyDeleteArra JaSmY : heee...tau xpe =)
ReplyDeletetak pecaye *gosok2 mata*
ReplyDeletemiss lolly a.k.a luvfareda : hee..percayalah....(dengan nada lagu ct) :)
ReplyDelete