Untuk entry sebelum ini, sila ke SINI.
Untuk entry kali ini dan berikutnya, saya akan membahagikan setiap hari kepada beberapa bahagian bagi memendekkan sedikit entry dan supaya tidak terlalu padat.
Eurotrip Travelogue (DAY 3 - Part 1) : Stuttgart - Titisee
Hari Ketiga - Khamis (29 April 2010) - Bahagian 1 : Stuttgart - Titisee
Membiasakan diri jadi 'orang putih'
6.15am - Breakfast di hotel..apa yang boleh dimakan? Hanyalah roti, croissant, dan roti..eh, ade corn flakes.. =)
Tepat jam 8.30am, rombongan kami mula bertolak dari hotel untuk menuju ke lokasi seterusnya, Titisee, Jerman.
Bye-bye nH Hotel, Stuttgart~
Melintasi kawasan bandar menuju ke Titisee
Kira-kira jam 9.55am, tour leader rombongan kami memberitahu bahawa kami sedang melintasi kawasan 'Black Forest' yang agak terkenal. Siapa yang tak pernah dengar 'Black Forest'? Alaa..yang coklat Cadbury tue, coklat faveret saya jugak!
Inilah die kawasan 'Black Forest'!
Rumah-rumah yang kelihatan sepanjang perjalanan
Masih di kawasan 'Black Forest'..boleh kata kawasan hutan kat sini, semuanya mewakili 'Black Forest'.
Rumah kampung di sekitar 'Black Forest'
Lembu!
Kira-kira jam 10.30am, rombongan kami tiba di Titisee untuk singgah makan tengahari ala-ala berkelah. Gambar di bawah ialah sekitar kawasan Titisee.
Sempat ambil gambar di 'Rest House' sebaik saja turun bas
Keadaan cafe yang terdapat di tepi tasik Titisee.
Tasik Titisee, Jerman. Anda boleh sewa bot/sampan kecil atau naik cruise.
Jeti kecil
Bergambar bersama abang di tepi jeti
Teropong tu kena bayar untuk guna, 2 Euro rasanya. Tapi saya tak cuba pun. =)
'Berkelah' di tepi tasik. Makan nasi dan lauk yang dimasak sendiri di hotel, yerp, bawa periuk nasi!
Pemandangan di tepi tasik
Korang pernah dengar 'Cuckoo Clock' tak? Saya pun baru dengar nama 'Cuckoo Clock' nie semasa dalam bas menuju ke Titisee nie. Titisee terkenal kerana menghasilkan jam kayu yang menghasilkan macam-macam jenis bunyi. Untuk tahu lebih lanjut, boleh rujuk kat SINI.
Kat bawah nie ialah gambar salah sebuah kedai yang menjual beraneka jenis jam 'Cuckoo Clock' nie..
Harga jam? Boleh tahan mahalnya. Nak beli keychain 'Cuckoo Clock' tue murah la sikit.
Jalan menuju ke Tasik Titisee, terdapat banyak kedai-kedai cenderamata, cafe, dan hotel di sebelah kiri dan kanan jalan.
ROMANTIK HOTEL - Rasanya romantik la kot kalau bermalam kat sini?
Poskad-poskad yang dijual di Titisee
Bersambung ke entry berikutnya.. Hari Ketiga - Khamis (29 April 2010) - Bahagian 2 : Rheinfall- Lucerne
wah. siap bwk rice cooker skali. eheh :D tp mmg patut pn, sbb tmpt2 mcm tu mmg susah nk cari restoran halal kan (:
ReplyDeletehaih. bace byk sgt perkataan blackforest, ttbe nk mkn kek tu pulak. haha ;D
yerp..syarikat travel & tours tu yg cadangkan bwk rice cooker sndiri.. :)
ReplyDeleteyeaa...jom mkn coklat black forest...my feveret! ;)
taknak taknak. nk blueberry cheese. haha ;D
ReplyDeletehuiyyyoooo bawak periukk... cayalah
ReplyDeletewah bestnya jenjalan..
ReplyDeletebestnya
ReplyDeletedengki plak aku
aku xpenah dapat peluang gi tempat jauh2 macam tu
sweeTSour : =)
ReplyDeletehans : hee...xpe2..insyaallah stu ari nnti ko dpt juge pluang ke tmpat2 camtu =)