Wednesday, 26 October 2022

Sedih


Setiap orang berhak untuk berasa sedih dan menangis. Ada yang kehilangan insan tersayang ke negeri abadi, ada yang berpisah di dunia, ada yang terputus hubungan di pertengahan. Fitrah manusia mempunyai perasaan dan emosi terhadap hubungan sesama manusia, yang membezakan manusia dan robot. Tak perlu acah-acah hati kering, menipu diri sendiri, atau merendah-rendahkan orang yang tengah bersedih, kerana jika anda sedemikian, maka anda lah yang sebenarnya bermasalah. 

Bersedihlah seadanya, tapi yang penting adalah perlu cekalkan hati untuk redha. Redha semua yang berlaku adalah ketentuan dariNya. Sentiasa berdoa dikuatkan hati dan redha, kerana itu yang terbaik. InsyaAllah kesedihan itu akan  berkurangan, dan kekuatan akan bertambah, seiring dengan masa. 

Tak semua orang yang sedang bersedih ingin mendengar kata-kata nasihat. Cukup sekadar kita ada dengan mereka dan menjadi pendengar yang baik.

No comments:

Post a Comment