Aplikasi Whatsapp digunakan sebahagian besar netizen dalam kehidupan seharian untuk bersembang, berkongsi maklumat semasa, menghantar fail atau gambar, dan sebagainya.
Biasanya apabila kita bergambar di sesuatu majlis contohnya kenduri kahwin atau majlis reunion, cukuplah satu telefon sahaja yang digunakan untuk mengambil gambar secara beramai-ramai. Orang lain yang inginkan gambar tersebut biasanya pasti akan minta tuan punya telefon untuk berkongsi gambar tadi, secara mudahnya adalah menggunakan aplikasi Whatsapp.
Selalunya, gambar yang diterima melalui aplikasi Whatsapp adalah bersaiz kecil, dan kelihatan kurang tajam atau jelas jika dizoom. Kualiti gambar sebenarnya telah dikurangkan. Hal ini kerana gambar yang dihantar melalui Whatsapp akan dipadatkan atau dikecilkan secara automatik bagi mempercepatkan penghantaran. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tak kisah dengan kualiti gambar, tapi bagi sesetengah orang lagi, mereka inginkin kualiti gambar yang asal dan tidak dikurangkan.
Sebenarnya, ada dua cara untuk kita menghantar gambar melalui aplikasi Whatsapp, satu yang akan mengecilkan saiz dan kualiti gambar secara automatik, dan satu lagi yang akan mengekalkan saiz dan kualiti asal gambar.
Sila ikuti tutorial dalam artikel ini untuk mengetahui perbezaannya. Klik pada Read more >> untuk teruskan bacaan.
[Tutorial] Cara menghantar gambar melalui aplikasi Whatsapp tanpa menjejaskan kualiti gambar
1. Untuk menghantar gambar kepada seseorang secara privasi di aplikasi Whatsapp, secara biasanya kita akan sentuh pada ikon klip kertas seperti dalam gambar.
2. Terdapat dua cara untuk menghantar gambar, yang paling biasa digunakan adalah dengan memilih Gallery.
3. Setelah memilih Gallery, pilih folder yang menempatkan gambar yang ingin dihantar. Contoh dalam gambar di atas adalah folder bluetooth.
4. Sentuh pada gambar yang ingin dihantar.
5. Sentuh pada ikon penunjuk untuk hantarkan gambar pada penerima.
6. Gambar yang dihantar menggunakan Gallery biasanya akan kelihatan seperti ini di dalam aplikasi Whatsapp.
7. Cara kedua untuk menghantar gambar, adalah dengan memilih Document.
8. Sentuh pada Browse other docs... untuk pilih folder yang menempatkan gambar yang ingin dihantar.
9. Pilih gambar yang ingin dihantar dari folder bluetooth.
10. Sentuh pada SEND untuk hantar gambar tadi
11. Gambar yang dihantar menggunakan Gallery akan kelihatan seperti nombor 1, manakala yang dihantar menggunakan Document akan kelihatan seperti nombor 2. Bezanya di sini adalah, gambar yang dihantar menggunakan Gallery akan dikecilkan saiznya secara automatik, dan kualiti akan dikurangkan. Manakala gambar yang dihantar menggunakan Document adalah gambar yang mempunyai saiz dan kualiti asal tanpa diubah.
12. Cuba lihat info gambar pada gambar yang diterima menggunakan Document, sentuh pada (i).
13. Saiz gambar yang diterima menggunakan Document adalah 4.27 MB, iaitu saiz asal gambar tersebut. Maklumat lain gambar juga dikekalkan, contohnya model telefon yang digunakan untuk mengambil gambar tersebut.
14. Gambar yang dihantar menggunakan Document apabila dizoom.
15. Sekarang lihat pula info gambar pada gambar yang diterima menggunakan Gallery. Sentuh pada (i).
16. Saiz gambar yang diterima menggunakan Gallery hanyalah 85.55 KB, jauh lebih kecil dari saiz asal. Manakala tiada info lain mengenai gambar jika dibandingkan dengan fail gambar asal.
17. Gambar yang dihantar menggunakan Gallery apabila dizoom. Kualiti gambar agak teruk sebab kualiti telah dikurangkan secara automatik.
Jadi sekarang, terpulang kepada anda untuk menggunakan kedua-dua pilihan yang ada untuk menghantar gambar menggunakan aplikasi Whatsapp.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih.
p/s : Silakan share jika anda mahu. :)
No comments:
Post a Comment