“Proof that Tony Stark has a heart”
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera kepada anda pembaca blog ini.
Untuk artikel kali ini, saya akan membuat review mengenai kit DIY (Do It Yourself), Tony Stark's Arc Reactor Mark 1, keluaran Mando Studios yang berasal dari Hong Kong.
Sekiranya anda salah seorang peminat filem Marvel atau Marvel Cinematic Universe (MCU), terutamanya filem atau watak Iron Man, pasti anda pernah lihat atau tahu mengenai Arc Reactor Mark 1 ini.
Filem 'Iron Man' yang dikeluarkan pada tahun 2008.
Arc Reactor adalah sejenis teras kuasa yang terletak pada dada watak Tony Stark. Ia memberikan kekuatan kepada watak Iron Man dalam siri filem MCU. Namun pada awalnya, tujuan Arc Reactor dicipta adalah untuk menyelamatkan Tony Stark daripada serpihan besi supaya tidak masuk ke dalam jantungnya. Daya elektromagnetik yang dihasilkan Arc Reactor menghalang serpihan tersebut dari bergerak memasuki jantung. Anda boleh lihat asal-usul Arc Reactor Mark 1 ini dalam filem Iron Man (2008).
Tony Stark sedang membina Arc Reactor di dalam filem Iron Man (2008).
Antara adegan daripada filem.
Kembali kepada kit DIY Tony Stark's Arc Reactor Mark 1. Kit ini telah saya beli menggunakan aplikasi Lazada kira-kira 2 bulan yang lalu. Kit DIY Arc Reactor dan bekas acrylic adalah dijual secara berasingan. Nama akaun Lazada penjual kit ini adalah Teamwin, yang berasal dari negara China. Terdapat banyak penjual yang menjual kit yang sama, cuma berbeza harga. Jadi pilihlah yang mana dirasakan sesuai. Kalau takut tersilap beli, anda boleh beli dari penjual sama yang saya beli.
Harga kit DIY Arc Reactor ini berharga RM93.60.
Manakala harga kit DIY bekas acrylic ini pula berharga RM108.20.
Ini adalah akaun penjual yang saya pilih dan beli kit DIY Arc Reactor, Teamwin. Terdapat voucher diskaun yang boleh anda gunakan jika anda ingin membeli barangan daripada akaun penjual ini.
Selepas hampir sebulan menunggu, akhirnya bungkusan yang dinanti sampai. Ia mengambil masa sedikit lama kerana ianya diposkan dari negara China. Bungkusan yang diterima terdiri daripada 2 kotak, iaitu satu kotak untuk kit DIY bekas acrylic, dan satu kotak lagi untuk kit DIY Arc Reactor Mark 1.
Kotak yang besar sikit ini mengandungi kit DIY bekas acrylic "Proof That Tony Stark Has A Heart".
Bahagian sisi kotak.
Lagi bahagian sisi kotak.
Masa untuk menyahkotak!
Jadi inilah kandungan kotak kit DIY bekas acrylic tadi.
Komponen-komponen kit DIY ini dibungkus dengan rapi, memang terbaik!
Tadaaaa....inilah hasilnya selepas lebih 2 jam masa yang saya ambil untuk pasang kit DIY ini. Peralatan tambahan yang diperlukan hanyalah super glue. Pastikan anda gunakannya berhati-hati, kalau tak habis cacat kit DIY anda.
Bekas dah siap, tinggal nak masukkan model replika Arc Reactor Mark 1 pula.
Ini pula adalah kotak yang mengandungi kit DIY Arc Reactor Mark 1.
Bahagian sisi kotak menampilkan logo MANDO STUDIOS, iaitu syarikat dari Hong Kong yang menghasilkan kit DIY ini. Walaubagaimanapun, tidak ada logo Marvel di kotak ini, jadi mungkin ia bukanlah produk original yang mendapat kebenaran Marvel.
Bahagian belakang kotak.
Lagi bahagian sisi kotak - "Hand Built Model Reactor Only".
Masa untuk menyahkotak!
Terdapat banyak komponen kecil dalam kit DIY ini yang diasingkan dalam beberapa plastik lutsinar. Manual cara memasang kit ini disediakan dalam Bahasa Inggeris. Alat atau kelengkapan tambahan yang anda perlu ada hanyalah super glue yang kalau boleh tidak akan mendatangkan kesan putih pada barang.
Inilah hasilnya selepas semua bahagian dipasang.
Macam mana, agak terperinci bukan rekaannya? Saya boleh kata ianya 99% menyerupai Arc Reactor yang dapat kita lihat dalam filem Iron Man (2008).
Arc Reactor ini memiliki lampu LED dan boleh menyala sekiranya disambungkan pada USB port.
Arc Reactor akhirnya disatukan dengan frame "Proof That Tony Stark Has A Heart".
Tutup pula dengan bekas acrylic untuk melengkapkan set ini seperti yang dapat dilihat di dalam filem.
Pandangan dari sisi.
Pandangan dari belakang. Ekor di sebelah luar dan belakang bekas acrylic tersebut adalah suis ON/OFF yang boleh disambungkan kepada USB port sebagai punca kuasa.
Arc Reactor dinyalakan dalam suasana yang sedikit gelap.
Arc Reactor ketika dalam suasana gelap.
Gambar Arc Reactor yang diambil menggunakan mode fokus ketika dalam suasana gelap.
Arc Reactor Mark 1 yang disiapkan tadi bersama replika lampu meja Iron Man (Petron/MBO 2018) dan helmet Iron Man berisi gula-gula (Disneyland Hong Kong 2018).
Akhirnya replika Arc Reactor Mark 1 ini menjadi sebahagian daripada koleksi Iron Man yang saya miliki dan sayangi.
"I am Iron Man!"
Rating Akhir :
Rekaan/Perincian : 5/5*
Komen : Terbaik!
Kesusahan Memasang : 3.5/5*
Komen : Tak susah sangat, cuma perlu berhati-hati menggunakan super glue supaya tak mencacatkan kit. Terdapat komponen-komponen yang kecil, jadi sila berhati-hati supaya tak terpatahkan komponen tersebut.
Harga Jualan : 4.5/5*
Komen : Harga yang dijual oleh akaun penjual bernama Teamwin ini agak murah berbanding dengan penjual lain, dan anda juga boleh menggunakan voucher yang ditawarkan.
Masa Menunggu (pos) : 2/5*
Komen : Agak seksa menunggu hampir sebulan untuk bungkusan sampai dari negara China! Sebab tak sabar nak pasang. Lol.
Servis Penjual : 3/5*
Komen : Kalau anda seorang pengumpul yang mementingkan keadaan kotak barangan yang anda beli, maka anda pasti agak kecewa dengan keadaan kotak yang diterima. Walau bagaimanapun, keadaan barangan di dalam kotak adalah selamat dan lengkap. Mungkin penjual boleh bungkus kotak berkenaan dengan lebih rapi dan kalis kemik. Hmmm.
Kepuasan/Nilai : 3000*
Komen : Sangat lah puas hati!
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca review ini.
No comments:
Post a Comment