Tuesday, 8 January 2019

[Tutorial] Berkongsi lokasi semasa kepada teman menggunakan aplikasi Google Maps


Pernah tak suatu ketika dahulu anda menggunakan perkhidmatan seperti Hotlink Friend Finder untuk mengetahui kedudukan semasa pasangan, ahli keluarga, atau rakan anda? Dengan menghantarkan SMS kepada pihak Telco, anda kemudiannya akan menerima SMS yang menyatakan di manakah rakan anda berada ketika itu.

Fungsi mencari rakan atau mendapatkan lokasi semasa rakan anda pada zaman ini semakin mudah dengan adanya telefon pintar yang mempunyai fungsi GPS terbina. Pada hari ini boleh dikatakan hampir kesemua telefon pintar yang dijual mempunyai fungsi GPS, walaupun pada telefon kelas bawahan atau pertengahan.

Hari ini, saya nak ajar anda cara mencari atau mendapatkan lokasi semasa pasangan, ahli keluarga, atau rakan anda menggunakan aplikasi Google Maps yang terdapat di telefon pintar. Fungsi ini mungkin boleh digunakan anda untuk 'stalk' pasangan anda, tapi bagi saya ianya berfungsi lebih kepada faktor keselamatan. Sebagai contoh, sekiranya telefon yang anda ikuti telah dicuri, maka anda akan dapat mengetahui kedudukan semasa telefon tersebut menggunakan aplikasi Google Maps.

Masih kurang jelas dengan apa yang saya cuba sampaikan? Tak apa. Sila ikuti penerangan bergambar dalam tutorial di bawah.



[Tutorial] Berkongsi lokasi semasa kepada teman menggunakan Google Maps


Buka aplikasi Maps pada telefon pintar anda.

Sentuh pada tiga garis di penjuru atas kiri pada laman utama aplikasi Maps ini.

Menu aplikasi Maps akan terbuka. Sila sentuh pada bahagian 'Location sharing'.

Lihat pada petak merah di atas sebelah kiri. Ini adalah paparan utama pada Location sharing. Kelihatan di bahagian bawah, yang menyatakan saya sedang berkongsi lokasi dengan Norsheila (Ongoing).

Sentuh pada Nombor 1, di mana ia akan memaparkan lokasi semasa dan maklumat mengenai individu yang kita sedang ikuti di aplikasi Maps. Dalam contoh di atas ialah saya sedang mengikuti kedudukan semasa Norsheila, iaitu isteri saya. Nama orang yang kita sedang ikuti dinyatakan pada Nombor 2. Manakala pada Nombor 3, ia menyatakan kedudukan tepat orang yang diikuti. Anda boleh sentuh pada 'DIRECTIONS' untuk dapatkan panduan GPS bagaimana untuk ke lokasi tersebut. Pada Nombor 4 pula, anda boleh menyahaktifkan perkongsian lokasi anda dengan orang yang diikuti tadi.

Sekiranya anda sentuh pada 'DIRECTIONS' seperti dalam gambar sebelum ini, laman ini akan muncul. Anda boleh sentuh pada 'Start' untuk mulakan panduan GPS untuk ke lokasi orang yang anda ikuti tadi.

Sekarang macam mana? Dah faham dengan penjelasan di atas? Anda nak cuba ikuti pasangan atau ahli keluarga atau rakan anda di aplikasi Maps? Terlebih dahulu, anda perlu dapatkan kebenaran orang yang anda ingin ikuti ya! 

Kalau anda berminat dan dah dapat kebenaran tuan punya badan, maka sila ikuti langkah demi langkah dalam tutorial di bawah ini.

Pertama sekali, sila pastikan dan sediakan kedua-dua telefon pintar, satu milik anda, dan satu lagi milik orang yang anda ingin ikuti

Buka aplikasi Maps pada telefon pintar milik anda.

Sentuh pada tiga garis di penjuru atas kiri pada laman utama aplikasi Maps ini.

Menu aplikasi Maps akan terbuka. Sila sentuh pada bahagian 'Location sharing'.

Sila sentuh pada bahagian penjuru atas kanan seperti dalam gambar di atas.

Sila pilih pilihan 'Until you turn this off'' pada Nombor 1. Kemudian sentuh pada 'Select People' pada Nombor 2.

Sila pilih aplikasi Gmail. Anda cuma boleh mengikuti mereka yang mempunyai akaun Gmail, atau akaun Google secara amnya. Kerana anda akan menggunakan aplikasi Google Maps.

Sila taipkan alamat atau akaun Gmail orang yang anda ingin ikuti di dalam petak merah di atas.

Sebagai contoh, saya menaip testing@gmail.com seperti pada Nombor 1. Apa yang anda tulis pada Nombor 1 akan kelihatan pada Nombor 2 dan Nombor 3 seperti dalam gambar di atas.

Sahkan alamat atau akaun Gmail orang yang anda ingin ikuti seperti pada Nombor 1. Dan kemudian sentuh 'SHARE' iaitu pada Nombor 2.

Sekarang anda sudah berjaya mengongsikan lokasi semasa anda kepada akaun testing@gmail.com tadi. Eh? Kita kongsikan lokasi kita dengan orang atau kita yang nak ikuti orang? Betul, tapi sebelum kita nak ikuti orang, kita kena kongsikan lokasi kita terlebih dahulu. 

Lihat pada gambar di atas, sekarang ada pertambahan akaun dalam bahagian Location sharing aplikasi Maps telefon pintar milik kita seperti pada Nombor 1. Nombor 2 pula memberitahu yang akaun testing@gmail.com tidak berkongsi lokasi dengan kita. Nombor 3 menyatakan nama/email orang yang kita kongsikan lokasi semasa. Nombor 4 adalah yang perlu kita buat seterusnya. Sila sentuh pada 'REQUEST'. Nombor 5 pula adalah pilihan untuk anda menyahaktifkan perkongsian lokasi anda kepada akaun testing@gmail.com.

Sekarang, selepas anda sentuh 'REQUEST' seperti dalam gambar sebelum ini, sila pergi pada aplikasi Maps pada telefon pintar milik orang yang anda ingin ikuti (telefon akaun testing@gmail.com). 'Popup' seperti di atas akan muncul untuk mendapatkan kebenaran mengikuti akaun testing@gmail.com. Sila sentuh pada 'CONTINUE' untuk memberikan kebenaran.

Seterusnya, sila pilih 'Until you turn this off' dan sentuh 'SHARE'.

Sila aktifkan fungsi Location Sharing pada telefon akaun testing@gmail.com dengan menyentuh 'TURN ON'.

Sekarang pergi balik pada telefon pintar milik anda. Sekarang akaun testing@gmail.com sudah muncul di laman Location sharing dalam aplikasi Maps anda.

Siap! Mudah bukan?

Kalau masih tak faham, cuba ulang semula baca tutorial ini dari atas. InsyaAllah boleh faham.

Sekian terima kasih.










No comments:

Post a Comment