Tuesday, 4 July 2017

[Review Ringkas dan Pantas] webe

[Review Ringkas dan Pantas] webe

Pek Sim Card webe

Setelah lebih 2 minggu menggunakan webe, aku boleh katakan yang aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan webe ini. Data internet tanpa had pada harga RM79 sebulan (jika berdaftar sebagai pengguna TM, e.g. Streamyx, Unifi, atau line rumah).

Pros :
1. Bil bulanan RM79 untuk data tanpa had (pengguna TM sahaja).

2. Kalau ada line kedua nak daftar bawah nama kita (contohnya ahli keluarga), line kedua cuma perlu bayar RM69 kalau tak silap. Semakin ramai, semakin kurang RM10. (Maksimum 5 orang).

3. Kawasan liputan atau coverage yang agak baik.

4. Line stabil, jika banding dengan Maxis, memang Maxis lebih laju, tapi kadangkala macam ada lag (tak stabil).

5. Tak perlu risau lagi kalau nak buat auto backup gambar ke Google Drive atau update app Google Store kerana data tanpa had!

Cons : 
1. Dalam kawasan tertutup dalam bangunan atau di tempat kerja, kekadang line tak berapa elok, mungkin tengok kawasan juga kot.

2. Tak boleh share data atau buat hotspot/tethering lebih dari 1GB yang diberikan sebulan. Kalau nak buat hotspot juga, kena buat bayaran tambahan. Boleh paham la, sebab dah data tanpa had kan? Kalau semua orang nak share, siapa nak langgan lagi account webe?

Mungkin setakat itu dulu kot komen sepanjang penggunaan selama lebih 2 minggu ni. Ikhlas daripada seorang pengguna setia Hotlink sejak 2003, dan pengguna setia data plan Hotlink sejak 2011.

Kalau nak tahu lebih banyak pasal webe, sila lah dapatkan maklumat terus dari laman web rasmi webe di SINI

Rating webe : 5/5*

p/s : Yang penting, kat Semanggol boleh dapat full bar 4G, sedangkan Hotlink Maxis cuma mampu satu atau dua bar, itu pun H+ dan tak stabil. Apa beza 4G dan H+? Baca penerangan di SINI.

No comments:

Post a Comment