Thursday, 4 December 2014

[Review J-Dorama] Shitsuren Chocolatier (2014)



Sinopsis :

Koyurugi Souta (Matsumoto Jun) jatuh cinta pandang pertama kepada Takahashi Saeko (Ishihara Satomi) yang merupakan senior sekolah satu tahun lebih tua daripadanya. Saeko yang comel boleh dikatakan seorang playgirl yang high taste di mana hampir setiap tahun dia akan bertukar teman lelaki yang kacak. 

Jatuh cinta pandang pertama.

Saeko yang sering bertukar teman lelaki.

Walaupun Souta sedar beliau bukanlah siapa-siapa, tapi dia tetap tak putus asa untuk mendekati Saeko, termasuklah sanggup menjadi orang suruhan teman lelaki Saeko. Akhirnya pada satu hari, seminggu sebelum hari Krismas, Saeko menerima cinta Souta selepas Saeko putus cinta dengan teman lelakinya. Tapi, hubungan mereka selama 2 bulan itu seperti tiada apa-apa. Sehinggalah pada hari sehari sebelum Valentine's Day, Souta bertemu dengan Saeko untuk memberikan coklat yang dibuatkan khas untuk Saeko. 

Souta berusaha memenangi hati Saeko dengan menggembirakannya dengan coklat.

Penggemar coklat!

Malam sehari sebelum Valentine's Day.

Saeko merupakan seorang penggila dan penggemar coklat. Saeko enggan menerima coklat tersebut kerana coklat tersebut terlalu 'serius'. Saeko mengaku masih tidak putus hubungan dengan teman lelakinya, dan tak pernah menganggap Souta sebagai teman lelaki. 

Souta yang kecewa kerana telah difriendzoned tahap tertinggi dan cintanya bertepuk sebelah tangan akhirnya membawa diri ke Paris untuk bekerja di L'atelier de Bonheur, sebuah kedai coklat terkenal untuk menjadi seorang chocolatier. Souta ingin menjadi seorang chocolatier kerana berharap dapat mencuri dan mendapatkan hati Saeko melalui coklat-coklat yang dibuatnya. 

Selepas 6 tahun, Souta kembali ke Jepun untuk membuka kedai coklat sendiri setelah berjaya menjadi seorang chocolatier yang terkenal di Paris, malah diberikan gelaran Prince of Chocolate

Saeko terkejut selepas melihat Souta di dalam suatu program makanan di televisyen.

Souta ditemuramah stesen tv ketika berada di Paris.

Saeko telah datang ke kedai coklat Souta yang bernama 'choco la vie', seperti yang diharapkan Souta, iaitu ingin 'mengumpan' dan mencuri hati Saeko yang sememangnya seorang peminat coklat. 

Saeko datang ke 'choco la vie' untuk bertemu Souta selepas 6 tahun.

Dalam cuba memenangi hati Saeko, 2 orang wanita lain turut memendam perasaan terhadap Souta, iaitu Kaoruko (Mizukawa Asami) yang bekerja di kedai coklatnya, dan Erena (Mizuhara Kiko), seorang model yang merupakan 'teman cinta bertepuk sebelah tangan' Souta.

Dapatkah akhirnya Souta memenangi hati Saeko yang dianggapnya sebagai 'pari-pari' dan sumber inspirasinya untuk menjadi seorang chocolatier? Atau adakah Souta akan memilih di antara Kaoruko dan Erena?

Carta watak-watak utama dorama Shitsuren Chocolatier.

Kaoruko (Mizukawa Asami), bekas pekerja kedai kek ayah Souta yang kemudiannya diubahsuai menjadi kedai coklat 'choco la vie'. Kaoruko kemudian bekerja bersama Souta di 'choco la vie' sebagai penasihat dan pengurus.

Olivier (Mizobata Junpei), waris patisserie terkenal, Pierre Treluyer yang mengikut Souta kembali ke Jepun.

Erena (Mizuhara Kiko), teman rapat yang akhirnya jatuh hati pada Souta.

Matsuri (Arimura Kasumi), adik kepada Souta.

Komen :

Dorama ini merupakan dorama pertama yang saya marathon sebanyak 8 episod sekali gus! Mungkin kerana dorama ini mengetengahkan seorang watak yang difriendzoned kot? Walaubagaimanapun, dorama 11 episod ini ternyata menarik dan mempunyai kekuatan tersendiri untuk membuatkan penonton tak sabar ingin menonton episod yang seterusnya. Dorama Shitsuren Chocolatier ini merupakan adaptasi kepada manga Shitsuren Chocolatier yang mula diterbitkan pada tahun 2008 dan jalan ceritanya masih lagi belum tamat. Dorama ini juga telah memenangi beberapa anugerah, antaranya drama terbaik musim sejuk 2014, pelakon lelaki terbaik, pelakon pembantu lelaki terbaik dan pelakon pembantu wanita terbaik.

Antara watak-watak utama dalam dorama Shitsuren Chocolatier ini.

Dalam dorama ini, banyak istilah-istilah coklat dalam bahasa Perancis digunakan. Dan rasanya sesiapa yang menonton pasti akan mengidam nak makan coklat selepas habis menonton setiap episod dorama ini.

Dorama ini bagaimanapun mungkin kurang sesuai ditonton kanak-kanak bawah 12 tahun.

Lagu tema dorama Shitsuren Chocolatier ini adalah Bittersweet yang dinyanyikan oleh kumpulan Arashi. Matsumoto Jun yang membawakan watak Souta merupakan salah seorang ahli kumpulan Arashi.

Single ke 42 daripada Arashi.

Manakalah lagu latar belakang atau muzik instrumentalnya pula diolah oleh Ken Arai.



Kesimpulan :

Sebuah dorama bertemakan cinta dan komedi yang menarik, dan lain dari yang lain. Penamat dorama ini juga memang tidak dapat dijangka, mungkin kerana manga Shitsuren Chocolatier yang masih belum tamat. Mungkin saya boleh letakkan dorama Shitsuren Chocolatier ini sebaris dengan dorama Proposal Daisakusen.


RATING :

Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 4.5/5
Tahap Jalan Cerita : 5/5 (penamat yang tak dapat dijangka)
Tahap Nak Tgk Lagi : 4/5
Tahap Nak Marathon : 5/5 (pertama kali marathon 8 episod sekali gus)
Tahap Logik : 4.5/5
Tahap Kawaii : 5/5 (Ishihara Satomi, Mizuhara Kiko & Arimura Kasumi!!)
Tahap Lawak : 4/5
Tahap G-Wunk : 4.5/5 
Tahap Sedih : 3.5/5
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 2/5
Tahap Lagu Tema/OST : 5/5 

Keseluruhan : 9.5/10




No comments:

Post a Comment