Thursday, 30 October 2014

SAIGON 2014 Travelogue (DAY 2) : Saigon - Cu Chi Tunnels - Saigon



Hari Kedua : Jumaat (24 Oktober 2014) - Saigon - Cu Chi Tunnels - Saigon

Hari kedua di bumi Saigon, Vietnam.

Pada hari ini, rombongan kami telah dibawa ke Cu Chi Tunnels, iaitu satu tempat bersejarah yang sangat terkenal di Vietnam, terutamanya kerana penglibatannya di dalam Perang Vietnam (1955-1975).

Di hadapan hotel penginapan kami.


Hotel Kingston ini merupakan sebuah hotel 3 bintang.

Pada pagi ini, semua peserta rombongan kami telah diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7.15am. Peserta juga telah diberitahu bahawa mereka boleh mula bersarapan di restoran hotel seawal jam 6.30am.


Pemandangan di kawasan hadapan hotel.

Tour Guide, Mr. Dominic semalam ada menasihatkan beberapa perkara kepada kami apabila berada di bandar Saigon ini. Yang pertama sekali adalah dari segi keselamatan, iaitu terdapat banyak peragut di sana, dan mereka biasanya berdua, seorang meragut, dan seorang menunggu dengan motosikal, sama seperti di Malaysia.

Yang kedua adalah berhati-hati dengan pengilat kasut jalanan yang banyak terdapat di sekitar bandar Saigon ini. Mereka biasanya mengenakan bayaran yang mahal dan melampau. Lebih baik kita elakkan dari menerima tawaran mereka untuk mengilatkan kasut kita.

Yang ketiga adalah berhati-hati dengan gerai menjual air kelapa. Penjual biasanya mengenakan harga yang tinggi dan tak munasabah kepada pelancong.

Dan yang terakhir adalah, berhati-hati ketika ingin menggunakan perkhidmatan teksi. Terdapat banyak teksi yang mengenakan tambang mahal dan tak munasabah. Oleh itu, Mr. Dominic menasihatkan agar cuma menggunakan perkhidmatan teksi syarikat VINASUN, kerana ia merupakan salah sebuah syarikat teksi yang kukuh dan boleh dipercayai di Vietnam.

Teksi syarikat 'VINASUN' yang terdapat di hadapan hotel. 

7.25am - Rombongan kami menaiki bas dan bergerak menuju ke tempat lawatan kami pada hari ini, iaitu Cu Chi Tunnels (sebutannya adalah KU-CI, bukan CU-CI).

PETROLIMEX merupakan salah sebuah syarikat petroleum utama di Vietnam.


Terdapat banyak motosikal yang memenuhi jalanraya di Vietnam ini. Tapi di kawasan lebuhraya biasanya terdapat lorong khas bagi pengguna motosikal dan mereka tidak bercampur dengan lorong kereta, bas dan lori.


Sawah padi yang dapat dilihat ketika dalam perjalanan ke Cu Chi Tunnels.


8.50am - Semakin menghampiri kawasan Cu Chi Tunnels. Jalan di sekitar Cu Chi ini agak sempit kerana ia terletak di kawasan pedalaman.

9.02am - Rombongan kami akhirnya tiba di tempat masuk Cu Chi Tunnels.

Kaunter tiket untuk melawat sekitar kawasan Cu Chi Tunnels. Menurut Tour Guide kami, Mr. Dominic, kawasan lawatan ini dibuka seawal jam 7.00am dan tutup sekitar jam 4.00pm.

Peta kawasan untuk dilawati sekitar kawasan Chu Chi Tunnels ini.

Pamphlet.



Terdapat tempat menjual cenderahati berdekatan pintu masuk ke kawasan lawatan Cu Chi Tunnels.

Kumpulan rombongan kami sempat bergambar bersama Tour Guide, Mr. Dominic di hadapan pintu masuk ke kawasan lawatan Cu Chi Tunnels.

Ceria!

9.21am - Bergerak masuk ke lokasi Cu Chi Tunnels.

Tiket yang berharga VND 70 000 (bersamaan kira-kira RM 11)



Mr. Dominic sedang memberikan penerangan kepada peserta rombongan kami.

Tempat khas untuk Tour Guide atau pemandu pelancong memberikan penerangan tentang Cu Chi Tunnels dan sejarah yang berkaitan.

Salah satu contoh pintu masuk Cu Chi Tunnels. Ianya dibina agak kecil, muat untuk saiz orang Asia khususnya, bagi mengelakkan askar musuh daripada Amerika Syarikat dan sekutunya dapat memasuki dan menceroboh tempat perlindungan penduduk dan askar Vietnam.

Mr. Dominic sedang menerangkan sejarah tentang cara-cara terowong Cu Chi dibina menggunakan peralatan tradisional seperti yang dipegang oleh beliau.

Mr. Dominic sedang memberi penerangan tentang struktur-struktur bahagian yang terdapat dalam terowong Cu Chi yang rangkaiannya meliputi sepanjang 250km.

Peta kawasan Cu Chi Tunnels.

Antara struktur bawah tanah Cu Chi Tunnels. Antaranya adalah perangkap, dapur, hospital, tempat berehat, dan sebagainya.

Gambar mendiang Ho Chi Minh, seorang tokoh komunis Vietnam yang berpengaruh besar dalam sejarah Vietnam.

9.59am - Mr. Dominic membawa rombongan kami masuk ke dalam hutan untuk melihat dengan lebih dekat terowong Cu Chi.

Salah seorang peserta rombongan kami, Encik Mohd Said sempat merasai pengalaman memasuki salah sebuah pintu masuk Cu Chi Tunnels yang tersorok.


Lagi pintu masuk terowong.


'Busut' ini sebenarnya adalah kawasan di mana pengudaraan disalurkan ke bahagian dalam terowong yang berada jauh di dalam tanah. Busut ini dibina oleh askar Vietnam untuk mengaburi askar musuh.

Antara perangkap yang dibina oleh askar Vietnam.


Mr. Dominic bertanya kepada peserta rombongan di manakah pintu masuk terowong yang disorok dengan timbunan daun dan tanah.

Salah seorang peserta berjaya menemui pintu masuk yang tersorok.


Lagi pintu masuk terowong dan kubu tempat askar Vietnam berperang.


10.23am - Tiba di contoh kawasan rehat askar Vietnam yang terdapat di sekitar kawasan Cu Chi.

Puan Norlaila dan ibu beliau, Puan Askiah sempat bergambar kenang-kenangan.



Kereta kebal askar Amerika Syarikat yang dimusnahkan oleh askar Vietnam.

Tiba di kawasan di mana terdapatnya contoh perangkap-perangkap yang digunakan oleh askar Vietnam ketika menentang musuh.











2 orang peserta rombongan kami sempat memasuki sendiri salah sebuah terowong yang terdapat di kawasan Cu Chi Tunnels.

Encik Mohd Said.

Encik Nizam.

 10.40am - Contoh khemah bengkel askar Vietnam ketika zaman Perang Vietnam.

Bahagian dalaman bengkel.

10.45am - Rombongan kami tiba di kawasan menembak. Di sini, pengunjung berpeluang untuk menembak menggunakan senjata-senjata yang digunakan oleh askar Vietnam ketika Perang Vietnam. Di sini, peluru sebenar digunakan untuk menembak. Bayaran tambahan akan dikenakan kepada pengunjung yang berminat untuk cuba menembak. 


Kaunter untuk pergi ke tempat menembak.


Contoh senjata yang akan digunakan pengunjung.

Antara cenderahati yang dijual di kawasan tempat menembak.


Terdapat tempat pembuatan kertas beras dan wain beras berhampiran dengan kawasan tempat menembak.

Kertas beras yang sedang dijemur.

11.05am - Melihat contoh 'hospital' askar Vietnam di kawasan Cu Chi ketika perang.

11.12am - Contoh kawasan dapur yang digunakan ketika perang. Menurut Mr. Dominic, bagi mengelakkan dikesan oleh musuh (askar Amerika Syarikat dan sekutu), aktiviti memasak hanya dilakukan pada waktu malam. 

11.16am - Selepas selesai melawat sekitar kawasan Cu Chi Tunnels ini, rombongan kami dibawa menikmati hidangan ubi kayu panas.




Terdapat tandas berdekatan pintu keluar dari kawasan lawatan Cu Chi Tunnels ini.


Terdapat sebuah lagi kedai cenderahati di pintu keluar kawasan lawatan Cu Chi Tunnels.

11.35am - Berkumpul semula di bas.

11.40am - Rombongan bas kami bergerak menuju ke lokasi lawatan seterusnya, iaitu ke sebuah kilang kraftangan buatan tangan warga kurang upaya hasil daripada kesan Agent Orange, dari zaman Perang Vietnam.

12.21pm - Tiba di kilang kraftangan.

Peserta rombongan diberikan penerangan oleh pekerja kilang yang bertugas.


Kawasan kerja.

Kulit telur merupakan antara bahan yang digunakan.

Antara hasil kraftangan yang sedang disiapkan.







12.59pm - Rombongan kami kembali ke bas dan bergerak menuju kembali ke Saigon untuk makan tengahari di restoran halal.

Salah sebuah shopping mall yang terdapat di bandar Saigon.

Menurut Mr. Dominic, harga tanah dan sewa kedai di bandar Saigon ini agak mahal. Biasanya penduduk Saigon yang memiliki dan tinggal di bangunan rumah kedai 2 atau 3 tingkat, mereka akan menyewakan tingkat bawah kepada penyewa yang ingin membuka perniagaan. Bayaran sewa kedai pula boleh mencecah sehingga USD 1000 setiap bulan.


Antara bangunan rumah kedai yang didiami penduduk Saigon.






1.44pm - Rombongan kami tiba di restoran Satay House yang terletak tidak jauh dari pusat bandar.



Pemilik Restoran Satay House, Encik Foo seorang yang peramah dan rajin melayan pengunjung yang datang ke restorannya. Menurut beliau, semua masakan di restorannya adalah dimasak sendiri oleh beliau.

Gambar besar di dalam kedai yang menunjukkan Program Jalan-jalan Cari Makan TV3 pernah sampai ke sini.

Antara gambar-gambar pengunjung yang memenuhi dinding restoran.

2.35pm - Selepas selesai makan tengahari, rombongan kami seterusnya dibawa menuju ke kedai Hajjah Basiroh yang menjual pelbagai produk kain, terutamanya telekung, tudung, dan pakaian wanita Muslim.

2.43pm - Tiba di kedai Hajjah Basiroh ketika sedang hujan lebat.

Kedai pakaian Muslim Hajjah Basiroh yang terkenal khususnya di kalangan pengunjung dari Malaysia.

Antara pakaian Muslim yang dijual di sini.


3.25pm - Seterusnya rombongan kami dibawa ke sebuah lagi kilang dan tempat menjual kraftangan tempatan.

3.38pm - Tiba di Minh Phuong Art Co., Ltd., sebuah kilang dan tempat menjual kraftangan tempatan.


Salah seorang pekerja sedang memberikan penerangan kepada rombongan kami. 


5.23pm - Rombongan kami seterusnya dibawa ke satu lagi tempat untuk peserta rombongan membeli-belah pakaian Muslim.

5.57pm - Tiba di Muslim Fashion Vietnam di kawasan District 7. Ia sebenarnya sebuah rumah banglo 3 tingkat, di mana di tingkat 2 dan 3 rumah berkenaan dijadikan stor menyimpan pelbagai produk pakaian Muslim. Biasanya ramai peniaga khususnya daripada Malaysia akan datang membeli secara borong di kedai ini, sama seperti di kedai Hajjah Basiroh tadi.


Ketika peserta wanita sedang sibuk memilih, yang lelaki pula duduk berehat.

Antara stok kain telekung dan tudung yang terdapat di sini.


7.07pm - Rombongan kami menaiki bas dan bergerak menuju ke tempat untuk makan malam.

7.12pm - Tiba di Restoran D'Nyonya yang terletak tidak jauh daripada hotel penginapan kami, iaitu di kawasan District 1.


Bahagian dalaman Restoran D'Nyonya.

Dari kiri ; Puan Norlaila, Puan Askiah, Puan Zaharah, dan Encik Mohd Anuar.

Dari kiri ; Puan Rohani, Puan Rohana, Puan Faridah, dan Encik Mohd Said.

Dari kiri ;  Encik Nizam, Mr. Dominic, Encik Asri, adik Nurul Izzah, adik Muhammad Aiman, dan Puan Zainon.

Dari kiri, Puan Noriah, adik Nurul Syazwani, Encik Noor Zelan, dan adik Nurul Anis.

Sijil halal yang diperoleh Restoran D'Nyonya.

Terdapat sebuah lagi restoran halal bertentangan dengan Restoran D'Nyonya, iaitu Restoran Halal @ Saigon.

Antara menu yang terdapat di Restoran D'Nyonya.


8.00pm - Selepas selesai makan malam, rombongan kami telah dibawa menikmati Saigon River Cruise yang terletak tidak jauh daripada Restoran D'Nyonya. *Saigon River Cruise ini merupakan optional tour dan tidak termasuk di dalam pakej pelancongan Saigon yang disediakan oleh pihak Poto Travel. Bayaran sebanyak USD 20 dikenakan bagi setiap seorang.

8.15pm - Rombongan kami tiba di kawasan Saigon River Cruise.


Peserta rombongan sempat bergambar berlatarbelakangkan kapal cruise yang akan kami naiki.


8.25pm - Rombongan kami bergerak masuk menaiki kapal yang sudah bersedia untuk berlayar.

Suasana di atas kapal.

Terdapat mini band yang membuat persembahan di atas kapal cruise 3 tingkat ini.

Peserta rombongan kami sempat groufie ketika di atas kapal.

Antara pemandangan waktu malam sekitar Ho Chi Minh City / Saigon yang dapat dilihat dari atas kapal.



Setiap peserta dijamu dengan segelas air minuman pilihan masing-masing.

Antara persembahan yang terdapat di sini ketika kapal sedang berlayar di Sungai Saigon.



9.30pm - Rombongan kami kembali ke bas dan bergerak menuju pulang ke hotel penginapan untuk berehat.

Rombongan kami bergerak pulang ke hotel penginapan.

9.45pm - Tiba di hotel.

Pada malam tersebut, saya dan salah seorang peserta rombongan kami, Encik Mohd Said telah mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di kawasan berhampiran hotel penginapan kami. Kami sempat singgah sebentar untuk membeli cenderahati di Hard Rock Cafe Ho Chi Minh yang terletak kira-kira 1.3km daripada hotel penginapan kami. Ianya mengambil masa kira-kira 20 minit berjalan kaki dari Hotel Kingston.

Saya bergambar di hadapan Hard Rock Cafe Ho Chi Minh.

Singgah sebentar di Pasar Malam Ben Thanh yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami, kira-kira 5 minit berjalan kaki dari hotel.

11.20pm - Selepas penat bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran hotel, saya dan Encik Mohd Said singgah sebentar membasahkan tekak di Restoran Kampung Pandan yang terletak betul-betul berhadapan dengan hotel penginapan kami, Hotel Kingston.

Kopi Susu Ais yang berharga VND 40 000 (bersamaan kira-kira RM 6.20).

11.45pm - Kembali ke hotel untuk berehat.


Bersambung ke entry seterusnya... Hari Ketiga : Sabtu (25 Oktober 2014) - Saigon - My Tho Town - Thoi Son Islet - Saigon


2 comments:

  1. zarulfarhana : menarik utk mereka yang minat sejarah dan shopping. :)

    ReplyDelete