Thursday, 15 May 2014

Tahukah anda, Google Images?


Tahukah anda apa itu Google Images? Beberapa tahun lepas, saya pernah menulis entry di blog ini tentang cara-cara mencari asal usul sesuatu gambar yang ditemui di internet. Rujuk entry bertajuk ; [Tutorial] Mencari gambar menggunakan gambar..Err...paham tak?

Apakah Google Images, dan apakah kegunaannya? 

Google Images yang mula diperkenalkan pada tahun 2001 adalah salah satu perkhidmatan carian yang disediakan pihak Google untuk mencari gambar yang terdapat di internet. Ia juga kemudiannya dikemaskini dari semasa ke semasa dan pada tahun 2011, Google Images mula membenarkan carian 'reverse image search', di mana pengguna boleh mengupload gambar ke Google Images untuk mencari gambar yang hampir serupa beserta dengan maklumat berkaitan, populariti gambar tersebut, dan mencari gambar-gambar serupa yang mungkin telah disalahgunakan atau diubahsuai.

Google Images

Media sosial hari ini tidak dinafikan memainkan peranan dalam kehidupan harian hampir semua orang. Media sosial seperti Facebook dan Twitter khususnya menjadi sumber berita yang mudah, pantas dan berangkai. Hanya dengan menekan butang 'share' atau 'retweet', sesuatu maklumat atau berita dapat dikongsikan dengan orang lain dengan mudah. 

Namun setiap perkara hadir dengan kebaikan dan keburukan. Kebaikan media sosial ini adalah dapat berkongsi maklumat dengan pantas dan mudah, tapi keburukannya pula kadangkala maklumat atau berita yang dikongsikan atau disebarkan adalah tidak tepat, salah, dan seringkali disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah atau perkara tidak benar, terutamanya apabila berkaitan dengan politik. Kita sering mendengar ayat "niat tidak menghalalkan cara" bukan?

Gambar memang mudah menghadirkan persepsi atau tanggapan kepada sesiapa sahaja manusia yang melihatnya. Gambar boleh menerangkan sesuatu, dan juga boleh jadi mengelirukan andai disalahtafsirkan.

Sekarang susah masuk tahun 2014, dan sepatutnya lebih ramai pengguna internet sudah lebih celik dan bijak menerima sesuatu maklumat yang terdapat di internet atau di media sosial. Perkhidmatan Google Images ini sepatutnya digunakan oleh semua sebelum menyebarkan apa-apa gambar yang ditemui di internet.

[Tutorial] Bagaimanakah caranya menggunakan Google Images ini? (Klik pada Read more)

Sebagai contoh, saya menjumpai gambar di bawah ketika mencari berkaitan tentang filem The Amazing Spiderman 2 yang ditayangkan di pawagam baru-baru ini. 


Walaupun sudah mendownload gambar tersebut beberapa hari yang lalu, saya terlupa untuk menyimpan bookmark bagi link di mana gambar tersebut diambil. Jadi saya ingin mencari semula maklumat berkaitan atau link laman web di mana gambar tersebut diambil atau mula-mula dikongsikan dengan menggunakan perkhidmatan Google Images ini.

1. Mula-mula, pergi ke http://images.google.com/ (homepage untuk Google Images)


2. Klik pada ikon kamera yang terdapat di ruang mencari.


3. Selepas itu satu popup akan muncul untuk memberikan anda pilihan sama ada ingin mencari gambar menggunakan URL atau pun dengan menggunakan gambar yang terdapat di komputer anda.


4. Sila pilih 'Upload an image', dan klik pada kotak 'Choose File' untuk memilih gambar yang ingin anda cari.


5. Tunggu sehingga gambar selesai diupload.


6. Di bawah adalah contoh paparan yang keluar hasil carian menggunakan gambar yang diupload ke Google Images tadi. Di sini anda akan terus dapat menjumpai gambar-gambar yang hampir serupa dan maklumat yang berkaitan.


7. Selain 'Visually similar images' atau gambar-gambar yang hampir serupa, Google Images juga memberikan 'Page that include matching images', atau link laman-laman web yang memuatkan gambar yang hampir serupa dengan yang anda upload tadi.


8. Hasilnya, saya berjaya menjumpai semula link laman web di mana saya menemui gambar tersebut beberapa hari yang lalu, iaitu di blog The Coffee Chic

9. Mudah bukan? Jadilah pengguna internet yang bijak, dan selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment