Pagi keempat di Tanah Haram, Kota Madinah.
Hari ini, kami akan bertolak ke Kota Mekah selepas solat Zohor. Semua jemaah rombongan Zahafiz diminta mengumpulkan bagasi di hadapan lift di tingkat terletaknya bilik-bilik penginapan kami, iaitu di tingkat 1 seawal jam 10.00am. Ini bagi memudahkan proses pengangkutan barang ke dalam bas nanti.
Pada pagi ini juga, peserta rombongan jemaah yang ingin melawat atau pergi ke Pasar Kurma akan dibawa dengan bas dan diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7.30am.
Jadual program atau perjalanan pada hari kelima.
Alhamdulillah, saya sempat ziarah wida' ke Makam Rasulullah S.A.W. serta 2 orang sahabat baginda, Saidina Umar R.A. dan Saidina Abu Bakar R.A. dan ke Raudhah sebelum solat Subuh di Masjid Nabawi.
Ini adalah pintu masuk ke dalam Raudhah. Di dalam kawasan Raudhah ini, apa yang membezakan ia dengan kawasan lain di dalam Masjid Nabawi ini adalah, karpet berwarna hijau digunakan di dalam kawasan Raudhah, manakala karpet berwarna merah digunakan di seluruh kawasan di dalam masjid.
Ramai orang yang berebut untuk masuk dan menunaikan perkara sunat di dalam kawasan Raudhah ini, dan ianya sentiasa dikawal oleh pengawal atau askar-askar Arab Saudi yang bertugas. Saya cadangkan anda yang ingin dan berhajat untuk masuk ke dalam kawasan Raudhah supaya cuba datang pada waktu tengah malam, sekitar jam 1 hingga 2 pagi. InsyaAllah, keadaannya kurang sesak berbanding waktu-waktu lain.
Ziarah wida' ke Makam Rasulullah S.A.W. dan 2 orang sahabat baginda. Kawasan ini juga dikawal ketat oleh askar-askar yang bertugas. Hal ini bagi mengelakkan kesesakan akibat jemaah yang berhenti dan mengambil masa lama untuk berdoa dan *merintih di depan makam. *bida'ah
Mengikut turutan, dari kiri adalah Makam Rasulullah S.A.W., diikuti Saidina Abu Bakar R.A. dan Saidina Umar R.A..
Makam Rasulullah S.A.W.
Makam Saidina Abu Bakar R.A.
Makam Saidina Umar R.A.
Ini adalah satu-satunya pintu masuk ke dalam Masjid Nabawi yang dibuka pada tengah malam (untuk lelaki) yang menghala dan membawa kepada kawasan berdekatan Raudhah dan Makam Rasulullah S.A.W. dan 2 orang sahabat. Ianya terletak hampir di bahagian depan sekali di Masjid Nabawi, berdekatan dengan garis solat imam.
Masjid Nabawi di awal pagi.
Pintu masuk ke ruang solat bagi kaum atau jemaah wanita.
Suasana yang lengang, berbeza dengan waktu siang hari yang penuh sesak.
Suasana pagi awal pagi itu agak dingin. Mungkin dalam 12-14 Celsius.
Masjid Nabawi dari depan pintu masuk utama.
Selepas solat Subuh dan kembali ke hotel, seperti yang dijanjikan, rombongan jemaah Zahafiz dibawa ke Pasar Kurma yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan. Walaubagaimanapun, tidak semua peserta atau jemaah rombongan Zahafiz yang turut serta. Ada yang mengambil kesempatan untuk berehat, mengemas barang, dan bersiap sedia di hotel untuk perjalanan jauh dan umrah pertama pada petang nanti.
Suhu di Madinah pada hari itu menurut laporan aplikasi AccuWeather.com adalah 12 Celsius.
Manakala menurut aplikasi Google pula, ia melaporkan yang suhu Madinah pada hari itu adalah 10 Celsius. Sejuk kan?
8.25am - Rombongan jemaah yang berminat ke Pasar Kurma telah dibawa dengan bas dan tiba kira-kira 15 minit kemudian. Sebenarnya saya dan abang saya berminat menyertai program pada pagi itu kerana menjangkakan yang kami akan turut dibawa ke Kilang Menghasilkan Al-Quran seperti yang terdapat di dalam aturcara atau jadual program asal yang disediakan pihak Zahafiz, tapi rupa-rupanya kami cuma dibawa ke Pasar Kurma kerana masa yang tidak mencukupi.
Inilah kompleks atau 'Pasar Kurma' yang dikatakan. Hampir semua jemaah umrah tidak kira dari mana-mana agensi, pastinya akan dibawa ke sini. Harganya? Ada yang murah, dan ada yang tidak. Mutawwif anda mungkin akan membawa anda ke satu kedai tertentu, tapi anda boleh pergi cuba beli di kedai-kedai lain di dalam kompleks atau bangunan ini, kerana harga yang anda dapat mungkin lebih murah daripada kedai yang dicadangkan oleh mutawwif anda.
Antara kedai-kedai yang terdapat di Pasar Kurma ini.
Selain produk berkaitan dengan kurma, turut dijual di sini adalah pelbagai jenis coklat. Ia dijual mengikut timbangan, contohnya 25 Riyal bagi 1 kg coklat. Saya dan abang telah membeli 1 kg coklat masing-masing, dengan 19 Riyal bagi 1 kg coklat yang dicampur-campur.
Antara produk kurma yang dijual.
Pelbagai jenis kismis turut dijual di sini.
Pekerja kedai ini adalah keturunan Indonesia.
Kedai yang dicadangkan dan dibawa oleh mutawwif kami.
Antara kedai-kedai lain yang terdapat di dalam kompleks.
Rombongan jemaah dari Indonesia yang turut kelihatan di sana.
Oh yea, ini adalah kedai di mana saya dan abang telah membeli coklat. Ianya memang lebih murah berbanding kebanyakan kedai lain.
Selepas hampir 40 minit di Pasar Kurma, akhirnya rombongan jemaah kami dibawa pulang ke hotel.
Saya dan abang sempat singgah di sebuah kedai barangan sukan berdekatan dengan hotel penginapan kami selepas pulang dari Pasar Kurma. Dan di bawah ini adalah antara penemuan kami !
Jersi AC Milan.
Jersi FC Barcelona.
Anda perasan sesuatu? Kalau anda peminat bola sepak pastinya anda akan perasan. Iya, lambang atau logo bagi kedua-dua pasukan bolasepak AC Milan dan FC Barcelona di atas telah di'ubahsuai', iaitu garisan yang menyerupai 'salib' telah digelapkan atau ditutup. Kedua-dua jersi bolasepak ini adalah original, dan mungkin pihak kilang telah membuat 'penambahan' ini untuk dijual di pasaran Arab Saudi. Harganya pula? kalau tak silap saya adalah 370 Riyal, iaitu lebih kurang RM 330. Ianya lebih mahal berbanding harga pasaran di Malaysia, iaitu sekitar RM 260.
Gambar-gambar di bawah diambil sebelum solat Zohor di Masjid Nabawi.
Payung-payung yang dibuka indah.
'Live Camera' yang terdapat di dalam Masjid Nabawi. Di Kota Madinah dan Kota Mekah, anda dapat menonton saluran tv khas yang menunjukkan keadaan semasa atau siaran langsung di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Semasa berehat di bilik hotel, anda boleh cuba lihat kedua-dua saluran ini di tv.
Lagi 'Live Camera'.
Suasana di dalam Masjid Nabawi.
Selepas solat Zohor dan Ziarah Wida' bagi yang baru menunaikannya, rombongan jemaah Zahafiz diminta berkumpul pada jam 2.00pm di lobi hotel untuk memulakan perjalanan ke Kota Mekah dan menunaikan umrah yang pertama.
Hotel penginapan kami, rombongan jemaah Zahafiz di Kota Madinah, iaitu Mubarak Al Madinah Hotel.
Rombongan jemaah dinasihatkan dan diminta terus memakai kain ihram bagi yang lelaki dan bertelekung bagi wanita dari hotel lagi. Hal ini bagi memudahkan kami kerana di tempat Miqat nanti keadaan dijangkakan terlalu sesak dengan jemaah-jemaah lain dari seluruh dunia.
2.48pm. Rombongan bas kami mula bergerak menuju ke tempat miqat, iaitu di Bir Ali. Jarak antara Kota Madinah dan Kota Mekah adalah lebih daripada 400 kilometer, dan mengambil masa antara 5 hingga 7 jam dengan menaiki bas, bergantung kepada pemandu bas sama ada akan berhenti atau tak di sepanjang perjalanan, selain daripada berhenti di Bir Ali.
Melalui kawasan Perkuburan Baqi' yang terletak berhampiran Masjid Nabawi.
Rombongan jemaah kami tiba di tempat miqat, Bir Ali kira-kira jam 3.30pm. Seterusnya kami turun dari bas untuk menunaikan solat sunat ihram di dalam masjid di Bir Ali ini.
Suasana di kawasan masjid di Bir Ali. Sesak dengan jemaah yang berpakaian ihram dari serata dunia.
Di luar masjid di Bir Ali.
Matahari.
Perjalanan menuju ke Tanah Haram, Kota Mekah.
Sempat melihat keindahan matahari terbenam ketika dalam perjalanan.
7.51pm. Bangunan menara jam besar terkenal, Menara Abraj Al Bait yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram sudah dapat dilihat dari jauh dari dalam bas.
8.11pm. Menara jam semakin jelas kelihatan bermaksud kami semakin hampir dengan destinasi kami.
8.48pm. Selepas perjalanan yang mengambil masa 6 jam, akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami, iaitu Al Saraya Hotel.
Kami terus dibawa ke hotel penginapan bagi membawa masuk bagasi dan barang-barang serta berehat sebentar sebelum menunaikan ibadah umrah yang pertama pada malam itu. Kain ihram tidak boleh ditanggalkan selagi tidak selesai menunaikan ibadah umrah, iaitu tawaf, sa'ie, dan bercukur.
Jadual waktu solat yang ditampal di lobi hotel penginapan kami.
Mutawwif kami, Ustaz Ikram telah meminta rombongan jemaah kami berkumpul di lobi hotel pada jam 10.00pm sebelum bergerak bersama-sama menunaikan tawaf dan sa'ie dengan diketuai oleh beliau. Kami sempat berehat selama sejam di bilik sebelum turun ke lobi untuk meneruskan objektif utama kami pada hari tersebut, iaitu menunaikan umrah.
Keadaan di hadapan Kaabah dan berhampiran dengan lokasi tawaf. Selepas kami selesai menunaikan tawaf rukun.
Bersambung ke entry berikutnya... Hari Keenam : Isnin (13 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah
No comments:
Post a Comment