Dah lama tak update blog...tapi terharu sbb still ade yg sudi datang blogwalking dan datang melalui hasil 'yahoo atau google search'.. hoh...kire ade jugak la kandungan blog nie yg boleh dicarik n dijadikan sumber maklumat yer? *perasan* huhh!!
Sejak pertengahan dan sepanjang tahun 2010 hinggalah minggu lepas (awal tahun 2011).. slalu aku tetibe secare spontan terfikir ayat-ayat perasan macham bagus yang aku tulis di status FB..entahlah...kadang2 mood atau idea tu datang scara spontan kan?
Mungkin ade ayat-ayat aku tu mcm familiar..biase la..brapa banyak ayat2 pujangga yang ade kat dunia nie kan?? Yang penting semua ayat2 tu datang scara spontan kat diri aku..huh!
Okeylah...sini aku nk kongsi ayat2 tersebut..huuu...pasnie maybe aku kene tulis novel plak kot..? lol
Semua ayat-ayat di bawah adalah di bawah areev19© Hak Cipta Terpelihara 2010 ..*huhhh??!!*
Klik pada Read More
------------------------------------------------------------------------------------------------------
ape yg paling kite nak, itu yg paling kite takkan dapat? - 24 Jun 2010
walau apa jua rintangan yang berlaku, mari kita harungi hari ini dengan bersikap positif dan penuh bersemangat agar tercipta suatu kegemilangan di penghujung hari... - 2 Julai 2010
Semakin kita berharap, semakin kita takkan dapat - 6 Julai 2010
Antara perkara yang paling susah untuk difahami di dalam dunia ini ialah manusia - 7 Julai 2010
Hari ini bukan semalam, semalam bukan hari ini. Esok bukan hari ini, hari ini bukan esok. - 15 Julai 2010
Kekecewaan dan Kegembiraan. Berbeza tapi sama, kedua-duanya mampu membuatkan manusia bertindak di luar jangkaan. - 16 Julai 2010
Kadangkala tulisan lebih mudah menyampaikan maksud berbanding kata-kata - 20 Julai 2010
sesuatu yang mudah mungkin sesuatu yang indah - 21 Julai 2010
Bagi dirinya kamu kabus,Namun bagi diriku kamu pelangi. - 5 Ogos 2010
sesuatu yang mudah mungkin sesuatu yang memusnah - 24 Ogos 2010
tidak terlalu memikirkan sesuatu adalah jawapan terbaik - 6 September 2010
orang slalu berkata, usah dkenang perkara yg dah berlalu. tapi dengan mengenang perkara yang lalu lah, kita dapat jadikan ia sebagai pengajaran supaya tidak membuat kesilapan yang sama di masa depan. - 17 September 2010
Kalau semua perkara dalam dunia ini mudah, pasti hidup akan terasa bosan. - 7 Oktober 2010
walau sehebat atau serapi mana perancangan yang kita buat, manusia cuma mampu merancang, Allah S.W.T. jua yang menentukan segala - 11 Oktober 2010
kadang kala kita lebih nampak yang jauh dari yang dekat - 28 Oktober 2010
kejujuran itu kadangkala terlalu pahit untuk ditelan dan terlalu susah untuk diluahkan - 3 November 2010
hidup ini memang penuh dengan persoalan - 8 November 2010
apa yang tidak penting kadangkala merupakan apa yang paling penting - 9 November 2010
setiap yang positif pasti akan hadir bersama sesuatu yang negatif, kerana semua perkara di dalam dunia ini adalah saling melengkapi - 12 November 2010
kadangkala lebih baik kecewa di permulaan daripada kecewa di pertengahan - 23 November 2010
Dunia semakin kecil apabila orang yang kita kenali adalah saling berkaitan - 21 Disember 2010
lebih baik tewas setelah mencuba daripada tewas tanpa mencuba - 23 Disember 2010
waiting for someone but no one, waiting for something but nothing - 28 Disember 2010
Tiada yang pelik di dalam dunia ini sekiranya kita mengetahui dan memahami hakikat dan kebenaran sesuatu perkara itu - 29 Disember 2010
Kita boleh bermeempy, namun realiti itu belum pasti - 2 Januari 2011
Life is full of surprise, but not miracle - 3 Januari 2011
confident level haruslah tinggi walaupun hakikatnya tak punya sebarang harapan - 14 Januari 2011
Tomorrow, please don't come. Yesterday, please don't back. Today, please just stay - 21 Januari 2011
manusia takkan melihat apa yang dekat selagi mampu melihat apa yang jauh - 21 Januari 2011
p/s : Realiti sebenar adalah tidak seindah di dalam novela.
No comments:
Post a Comment