Saturday, 9 October 2010

Luahan perasaan. Ini entry emo tapi cukup cool. Sekian.

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Boleh kate banyak kali jugak aku kadang-kadang tu type sesuatu yang aku tak puas hati kat draft blog, tapi akhirnya tak jadi publish setelah difikirkan pro & con nye penulisan aku tue. 

Memang ramai blogger yang jadikan blog sebagai tempat untuk meluahkan ape yg mereka tak puas hati atau bengang. Well, itu hak masing-masing & lantak mereka lah, blog mereka, itu mereka punya suka. Tak gitu?


So ape yg aku tak puas hati? Aku sebenarnya bukan tak puas hati, cuma *sedikit* terkilan. Aku baru tahu hari nie yg aku & beberapa orang lain telah di'removed' dari friendlist FB 'seorang' nie. Agak lambat jugak aku tahu. *slowpoke*

Aku tahu, mungkin orang yang remove kami tue ada 'terasa hati' dengan kami. Tapi tidakkah die sedar yang kami pun sangatlah 'terasa hati' dengan tingkah laku beliau tu? Sikap & sifat setiap orang memang tak sama. Dan aku akui, manusialah perkara yang paling susah sekali untuk difahami di dunia nie! 

Tolonglah berfikiran positif!

Tapi tolonglah berfikir dengan bijaksana dan bertimbang-rasa dan waras! Anda tu berpelajaran tinggi, janganlah biarkan emosi menguasai diri! Apa yang berlaku tue pasti ade sebab-sebabnya, janganlah terlalu berfikiran negatif terhadap kami! Mungkin anda tak sedar, anda sendiri telah berkali-kali mengguris hati ramai orang. Sedarkah? Pernahkah anda fikir? 

Tapi yang lepas, biarkanlah tak perlu diungkit. Yang akan datang, tolonglah ambil sama inisiatif untuk membetulkan atau setidaknya membaiki keadaan. Semuanya boleh dibawa berbincang. Bukannya semua benda dalam dunia nie boleh ditunjukkan melalui tingkah laku!

Tolonglah, janganlah nak mengeruhkan lagi sesuatu yang hampir nak keruh! 
Tolonglah, cermin dan lihat diri sendiri, apa yang anda telah buat? Apa yang telah kami buat?
Tolonglah, janganlah terlalu berfikiran negatif terhadap kami.
Tolonglah, kami akui mungkin kami ade menghiris atau mengguris perasaan anda! 
Tapi haruskah anda membuat 'protes' sedemikian?

Akhir kata, 
Sempena 1 Zulkaedah 1431 nie, 
Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!


p/s : entry ini ditulis menjelang waktu Maghrib, okeyh, dah masuk 2 haribulan Zulkaedah. Korang sempat puasa 6 bulan Syawal tak?


6 comments:

  1. mesti legakan bila dah dapat luahkan dalam blog? hehe
    takpe.. doa2 kan lah agar masalah awak dapat diselesaikan

    ReplyDelete
  2. Syafrizal : hee..insyaAllah..semoga smua dpt diselesaikan. trimas saudara Syafrizal. :)

    ReplyDelete
  3. btul tu..mmg susah nk faham makhluk bernama manusia ni..tp tu lah unik dan mencabarnye planet bumi ni kann.. :) sy pn pnah berhadapan ngan situasi ni dan sy amik pendekatan utk pedulikkan je, sooner or later you'll be ok..time heals everything..huhu (^_^)

    ReplyDelete
  4. RyaN : yerp..itulah yg menjadikan menariknya dunia nie.. tp utk hal sy nie, tak patut utk tidak dipedulikan.. neway, tq for ur comment ye. :)

    ReplyDelete
  5. ur welcome.. keep on writing k.. :)

    ReplyDelete