Monday, 30 August 2010

[Tutorial] Dengan 'MetrO', pengangkutan awam kini menjadi lebih mudah!

[Tutorial] Dengan 'MetrO', pengangkutan awam kini menjadi lebih mudah! 


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca blog ini suatu aplikasi handphone yang sangat terbaek buat pengguna-pengguna perkhidmatan awam (lrt, bas) di seluruh dunia.

Aplikasi tersebut diberi nama 'MetrO'.


Aplikasi MetrO menyediakan perkhidmatan bantuan kepada pengguna perkhidmatan awam di seluruh dunia (meliputi lebih 400 bandar di seluruh dunia). Dan yang penting, ianya merupakan freeware!! (percuma).

Antara handphone/smartphone yang boleh menggunakan aplikasi ini termasuklah iPhone, PalmOS, Windows Mobile, Blackberry, Symbian Series 60 (Nokia N-Gage, 36xx, 62xx, 66xx, 76xx, E50, E60, E61, E70, N71, N72, N73, N80, N82, N91, N93, 3250, 5500 ...), Symbian Series 80, Symbian Series 90 dan Symbian UIQ. Handphone lain? Boleh, tapi dengan menggunakan WAP/GPRS/3G di handphone anda.

Nak check sama ada handphone anda boleh menggunakan aplikasi ini atau tidak? Anda boleh melawat terus ke SINI.

Bagaimana aplikasi ini berfungsi?

Paparan ini adalah dari handphone Nokia N73 (Symbian Series 60)

Klik pada Read More untuk membaca dengan lebih lanjut.



[Tutorial Menggunakan Aplikasi MetrO di handphone]

1. Download aplikasi MetrO di SINI dan install ke dalam handphone anda.

2. Buka aplikasi MetrO yang telah diinstalled.

Paparan 'home' aplikasi MetrO

Pergi pada Options-> Options

Pilih Network

Pilih bandar (contoh  : Kuala Lumpur) ->Options->Select

Sekarang Kuala Lumpur merupakan bandar yang ingin anda jelajah (err..tak jumpe perkataan lebih sesuai :D)

Pergi pada Options, anda dapat melihat (Places of Interest) tempat-tempat pelancongan/tumpuan menarik yang dicadangkan oleh aplikasi ini. Tekan Select.

Antara tempat tumpuan yang dicadangkan aplikasi MetrO.

Selain Places of Interest, anda boleh melihat jenis perkhidmatan awam yang terdapat di bandar tersebut. Pergi pada Lines dan tekan Select.

Antara jenis perkhidmatan awam yang terdapat di Kuala Lumpur.

Kembali ke menu utama. Pilih ke kotak paling atas untuk memilih tempat mula perjalanan.

Pergi pada Options->Select

Contoh : Saya memilih tempat mula perjalanan di Universiti (Stesen LRT Universiti)

Seterusnya pilih ke kotak kedua untuk memilih destinasi yang ingin ditujui.

Contoh : Destinasi yang dipilih ialah Jalan Pudu - Berjaya Times Square
Di bawah kotak destinasi, anda boleh pilih hari dan waktu anda ingin memulakan perjalanan.

Seterusnya, pergi pada Options -> Go

Dan hasilnya....! Aplikasi MetrO akan memberi bantuan kepada anda tentang perkhidmatan awam dan laluan yang boleh anda gunakan untuk sampai ke destinasi. Anggaran masa untuk sampai juga turut diberikan.

Selain shortest route, fewest connections juga diberikan dimana anda tidak perlu menukar banyak perkhidmatan awam namun anggaran masa untuk sampai adalah lebih lama.

Anda juga boleh pergi kepada Options -> Details untuk melihat maklumat perkhidmatan awam yang terdapat di destinasi.

Contoh : RapidKL City Bus dan KL Monorail terdapat di Imbi.

Bagaimana? Mudah tak? Selain Kuala Lumpur, terdapat banyak lagi bandar yang anda boleh terokai sendiri dengan menggunakan perkhidmatan awam dengan bantuan aplikasi MetrO ini. 

Bukti? Saya sendiri telah menggunakan aplikasi ini semasa berkunjung ke London beberapa bulan yang lalu. Hasilnya, saya dan abang saya berjaya sampai ke destinasi kami tanpa bertanya atau pun meminta bantuan orang lain.


Jika handphone anda tidak tersenarai atau tidak compatible dengan aplikasi ini, anda boleh menggunakan aplikasi i-MetrO yang menggunakan internet/WAP/GPRS/3G di handphone anda, dengan pergi ke alamat di bawah ini :

Maklumat lanjut tentang bagaimana menggunakan laman web i-MetrO di handphone boleh dilihat di SINI.


Sekian dahulu untuk kali ini, selamat mencuba! =)

11 comments:

  1. hehe..memang tak mampu la aku nak guna software ni...xde semua2 handphone yg canggih tu...

    ReplyDelete
  2. Azmi : ish2..handphone2 biase at least ade gprs pun dah boleh gune.. :)

    ReplyDelete
  3. wow..it a nice application actually n very helpful..tqz for the great info =)

    ReplyDelete
  4. noor afzan : alahai..camtu yer.. :(

    ilyana : yeah..ur welcome :)

    ReplyDelete
  5. wow...great info..leh la sy install kat my phone nt...kot2 trse nk gne PT xdela sesat...sbb dah lama xgne PT sebab drive sndri jek...huhuhuu...tq ye for sharing...=))

    ReplyDelete
  6. LaiLiE iZaNi : wc2..yerp, skali skala nk gune PT pe salahnye.. boleh kurangkan kesesakan lalulintas.. heheh :D

    ReplyDelete
  7. hans : ic...xpe2, nnti da upgrade boley gune :)

    ReplyDelete
  8. Ni yang buat MESTI beli henpon baru nihh..

    Kalo kita search Subway Restaurant Kuala Lumpur dan dia ajar naik lrt mana utk pegi sana, boleh?

    Ahkak ko nihaa kempunan nak makan Subway Melt

    Entry terbaru daripada karipapsayur

    ReplyDelete
  9. Miss Q : hee..kalau tanye specific sgt sampai nama kedai tu xdapat la..

    die cume guide nama jalan atau nama tempat yg besar2 je. :)

    ReplyDelete