Dah lama rasanya saya tak buat review filem atau J-dorama di blog nie..jadi untuk entry kali nie, saya ingin membuat sedikit review, tapi bukannya filem atau J-dorama, tapi sebuah komik yang bertajuk 'Kartini'.
Sejujurnya, saya memang tak berapa minat sangat membaca novel atau pun komik. Apatah lagi novel atau komik yang berunsurkan percintaan nie. Seingat saya, cuma 1 novel yang berunsurkan percintaan pernah saya baca, tajuknya 'Sukma Rindu', itu pun sebab ade kawan yang berikan pada saya untuk baca. Tapi aneh, saya dapat habiskan membaca novel tue dalam masa sehari jer!
Dan seterusnya, saya membaca satu-satunya komik berunsurkan percintaan yang bertajuk 'Kartini' nie. Komik nie sebenarnya pernah disiarkan di dalam majalah 'Lanun' pada suatu ketika dulu. Penulis atau kartunis komik ini ialah saudara Tembakau.
Saya cuma mula menyedari kewujudan 'Kartini' melalui komik 'penuh' Kartini yang dibeli oleh abang saya. Kata beliau komik nie best! Jadi dari situ, timbul minat saya untuk membaca dan seterusnya menjadi peminat kepada komik karya cinta agung ini!
Sinopsis 'Kartini' :
Ariyon atau Muhammad Asri, pelajar nakal di sebuah sekolah agama berasrama. Dalam kenakalannya itu, dia sebenarnya menaruh hati pada pelajar bernama Kartini. Maka bermulalah kisah-kisah kenakalannya dalam memikat hati Kartini. Masalah pelajaran, disiplin dan ragam kehidupan di asrama mengajar Ariyon mencari pegangan dan arah hidup. Sehingga tamat pengajian dan sudah bekerja, Ariyon masih tetap berusaha memenangi hati Kartini. Berjayakah dia?Ulasan saya :
Penceritaan yang dipersembahkan oleh Tembakau dalam komik ini adalah sangat jujur dan penuh dengan unsur dramatik, yang pastinya boleh membuatkan anda merasa seperti 'masuk dan berada' sendiri dalam kisah tersebut.
Suasana alam persekolahan yang ditonjolkan dalam komik ini pula pasti dapat membuatkan sesiapa yang pernah mendiami asrama, atau mengharungi kisah suka duka percintaan ketika di zaman sekolah dahulu tersentuh dan teringat kembali kisah lama setelah membaca komik ini.
Kisah cinta Ariyon yang berusaha memenangi hati insan bernama Kartini tentunya lain dari kisah cinta yang biasa didapati di dalam mana-mana drama atau filem. Mungkin kerana ianya adalah berdasarkan kisah benar, maka penceritaannya 'hidup' dan berjaya meninggalkan kesan dan menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya.
Penggunaan dialog yang sesuai, unik dan monolog dalaman yang mengajak kita berfikir dan merenung sejenak turut menambahkan lagi kekuatan komik ini.
"Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang dicari"Ayat di atas ialah kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang digunakan sebagai salah satu tagline bagi komik ini. Mungkin ayat tersebut ditujukan kepada watak Ariyon yang tercari-cari hala tujunya, setelah bertahun-tahun menyimpan perasaan terhadap Kartini dan cuba untuk memenangi hatinya.
"Tapi apa yang kita paling nak...itulah yang kita takkan dapat" - KartiniAyat di atas yang dipetik dari kata-kata Kartini, sememangnya mempunyai maksud yang tersendiri dan mendalam. Benarkah apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat? Apakah yang kita paling nak?
Kesimpulannya, bagi saya, komik 'Kartini' ini sememangnya berada dalam kelas tersendiri, dan mampu berdiri sebaris dengan novel bertemakan percintaan, 'Lagenda Budak Setan' yang baru-baru ini telah pun dijadikan filem.
Mungkin banyak novel yang telah dijadikan drama atau filem, namun mungkinkah satu hari nanti 'komik bertemakan percintaan' bertajuk 'Kartini' ini pula bakal dibawa ke layar perak? Mungkin ianya tidak mustahil..
Info Tambahan / Sumber :
Blog Tembakau
Facebook Tembakau
Facebook fan page 'Kartini'
Review dari blog lain :
Blog Psittacula : Kartini : Kisah Cinta Yang Menyakitkan
Blog Ariyon
mcm dah lame je
ReplyDeleteye yer..mmg best citer KARTINI ni, sy pon ada komik ni..syg sgt ;)
ReplyDeleteHamzah Ian : yerp...mmg dah lame pun.. :)
ReplyDeleteTeringin nak baca ... dengar lagu climb drpd Miley cyrus sambil baca entri ni ...terasa perjuangan ariyon plak ... Ada juga cerita berunsur baik2 punya , dialog yang sangat mendalam maksudnya ...hanya orang yang berada dlm situasi watak itu saja yang mengerti....bahasanya tak complicated...komik itu benama FRUIT BASKET , best anime and manga for me....
ReplyDeletemeowwmania : yeahh..best2 ;)
ReplyDeleteNunady : yeah..rasenye boleh carik lagi komik tu kat popular, mph or borders.. Fruit Basket? mcm pnah dgr.. :)
owh patut rasa macam pernah tgok
ReplyDeletebuku tahun bila ni. awat x pernah nampak pon
ReplyDeleteLatest post:
Jangan ganggu org tidur
hans : yeah... =)
ReplyDeleteERSHAD : dah lama dah..tp rasenye ade dikeluarkan cetakan yg baru.. boleh try google.. :)
rindu plak nak baca komik2 cam ujang, gempak, gila2 sume tu. huu~
ReplyDeleteielamorry : heee...zaman dulu2 rajin ar bace komik2 camtu :)
ReplyDelete