Saturday, 15 May 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 4 - Part 1) : Mount Titlis

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 4 - Part 1) : Mount Titlis

Hari Keempat - Jumaat (30 April 2010) - Bahagian 1 : Gunung Titlis, Switzerland


8.00am - Selepas bersarapan dan berehat sebentar di bilik, rombongan kami telah bertolak ke Gunung Titlis, Switzerland. Lokasi kami yang seterusnya nie adalah satu-satunya lokasi yang mempunyai salji (yer la, sekarang dah masuk musim bunga) dan kami telah dinasihatkan untuk membawa pakaian sejuk secukupnya dan berserta sarung tangan.
 
Gambar-gambar dibawah nie diambil ketika dalam perjalanan dari hotel di Lucerne, ke Gunung Titlis. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Menikmati kehijauan alam sekitar

Rumah-rumah kampung di tepi jalan raya

Kawasan kampung


Tenang jer nampak tempat nie..

Tour Leader rombongan kami cakap, kami datang pada waktu cukup baik kerana jika kami datang ke sini pada musim sejuk atau beberapa minggu sebelumnya, keadaan di sini sangat berkabus dan pengunjung tidak akan dapat melihat persekitaran tempat ini yang cantik seperti yang kami lihat pada masa itu.


Bangsal ke rumah ek? Unik bentuk die, nak elakkan salji berkumpul kat atas bumbung.


Akhirnya dah nampak Gunung Titlis yang kami tujui..


Mendebarkan dan tak sabar pun ade, sebab tak pernah melihat dan merasai salji secara dekat


8.45am - Selepas hampir 50 minit perjalanan dari Lucerne, bas rombongan kami tiba di kaki Gunung Titlis, di mana terdapatnya stesen kereta kabel yang akan membawa pengunjung ke atas gunung.


Tiba di kaki gunung, tempat menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Titlis. Ada sungai kecil di tepi jalan, biasanya beku pada musim sejuk.


Bergambar bersama keluarga sebelum menaiki kereta kabel.


Inilah kereta kabel yang perlu dinaiki pengunjung. Macam kereta kabel kat Genting Highlands dan kat Langkawi tue..


Selepas mempersiapkan diri ke tandas dan sebagainya, rombongan kami menuju ke stesen untuk menaiki kereta kabel.


Ramai orang yang berkunjung ke sini.


Sila beratur mengikut kumpulan atau individu!


Takde la besar sangat pun, maksimum boleh muat 6 orang. Tapi saya naik satu keluarga je, 4 orang.




Naik je kereta kabel, trus saya dan abang menjadi cameraman!


Seronok ambil gambar sampai lupa nak fikir tentang gayat! =)


Peta aktiviti Gunung Titlis


Bergambar bersama ibu


Dah mula nampak salji!


Semakin tinggi naik, semakin tebal salji!


Rasa macam dalam mimpi je bile tengok persekitaran yang putih mensalji..


Pemandangan dari kereta kabel


Nie la sebahagian dari rombongan kami. Yang berbaju coklat tu merupakan Tour Leader kami, Puan Zainab. Gambar nie diambil dalam kereta kabel yang lebih besar setelah tiba di salah satu stesen kereta kabel. Terdapat 3 stesen kereta kabel kalau tak silap saya, barulah sampai ke puncak!



Akhirnya sampai di stesen terakhir, pada ketinggian 3020 meter.


Gambar nie diambil dalam kereta kabel. Terdapat pelbagai jenis bahasa lain dalam kereta kabel nie.

Peta Gunung Titlis

Menuju ke tempat salji!


Bergambar bersama keluarga di pintu masuk


Bergambar bersama ibu dan ayah


Perhatian!


Memeluk tiang! Pernah tengok dalam tv yang kalau kite letak lidah atas tiang yg sejuk, lidah akan melekat..tapi saya tak cuba pun kat situ.. :D



Mula-mula tu pakai sarung tangan, tapi sebab nak merasa dan memegang salji, terus dah tak ingat sejuk, sarung tangan terus simpan dalam beg.


Gambar diambil ketika turun dari puncak tertinggi yang ada kat situ. Penat dan termengah-mengah nak daki dan turun balik sebab udaranya nipis sebab berada di tempat tinggi.


Ice Flyer kat belakang tue akan membawa ke lebih banyak tempat menarik macam Glacier Park. Tak dapat naik, bergambar pun jadi lah!


Bergambar selagi boleh!


Hee... areev19 was here! =)


Persekitaran..


Cantik kan? Macam lukisan!


Bergambar bersama abang saya selepas penat mendaki.


Sejuk dah kaki aku!


Bergambar bersama Abang Amon, salah sorang rombongan kami. Die datang sesorang je.


Bergambar bersama Abang, Tour Leader, Puan Zainab, Opah (ahli rombongan tertua) dan Ibu


Sempat meneropong gunung2 kat sebelah


Suhu yang dicatatkan ialah 0.4 Celsius..sejukkkk


Dah puas bergambar, kami pun bertolak pulang..


Selamat tinggal Gunung Titlis!


Bye-bye!


Abang, Encik Jantan dan isteri, Ibu, dan Ayah di dalam kereta kabel dalam perjalanan turun semula ke kaki gunung

Selamat tinggal Gunung Titlis~ Semoga aku dapat kembali ke sini lagi..Insyaallah =)


Bergambar di hadapan pintu masuk ke stesen kereta kabel sebelum menaiki bas untuk pulang ke hotel..

12.45pm - Setelah hampir 3 jam setengah berada di atas gunung, rombongan kami bertolak pulang ke hotel di Lucerne untuk berehat sebentar, sebelum meneruskan program seterusnya.


10 comments:

  1. bilalah aku nak merasa pegang salji ori macam ko weih???

    p/s : Episod 5 Siri Antara Dia,Kau Dan Aku Sudah Dipublish. Jadi, Selamat Membaca Dan Moga Terhibur Di www.hanspunyablog.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hmmm best nye pegang salji..hmm kat malaysia sgt panas..!!!

    p/s --> nk mkn ABC tgah ari t..!! panasnye dunia..!! :D

    ReplyDelete
  3. cantiknyeee..
    geram tgk..
    cam nk duk sana la plak..
    T_T

    ReplyDelete
  4. hans : insyaallah satu ari nanti :)

    Nuraisyah : yer..rase cm nk migrate plak..hehehe

    aduka : tuh la kan..hurmmm

    ReplyDelete
  5. wah...bestnye trip round europe. hihi...ni ikut trip pe ni? cm cool je.

    ReplyDelete
  6. heee..ikot travel group..boleh rujuk 1st entry pasal nie.. hehe :P

    ReplyDelete
  7. kawasan rumah-rumah kampung tepi jalan raya tu macam kawasan rumah yang selalu sy impikan.hee.(^.^)

    bnyk tempat2 mnarik kat dunia ni rupanya.huhu.juz x berpeluang nak pegi.

    ReplyDelete
  8. doa2kan tau areev
    tak pun nanti ko gi sana lagi ajak la aku
    hahaha

    ReplyDelete
  9. nAzmiN : yerp..sonok!

    hanna : ooo..slalu angan2 yer.. ;) insyaallah stu ari awk berpeluang juge nk pg.. :)

    hans : heee..ameen.. :)

    ReplyDelete