Thursday, 4 March 2010

Kenapa aku tak berminat tengok program diskusi/debat di televisyen

Kenapa aku tak berminat tengok program diskusi/debat di televisyen

Sejak beberapa tahun kebelakangan nie, sedar atau tidak, stesen-stesen televisyen giat mengadakan program diskusi/debat untuk memberi peluang kepada beberapa pemimpin atau ahli intelek untuk membincangkan dan menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara kita. Secara amnya, memang bagus program-program macam nie diperbanyakkan, sekurang-kurangnya orang ramai dapat menilai sendiri hujah-hujah ahli panel dalam menerangkan sesuatu isu.

Contoh program diskusi/debat di televisyen

Tapi pada pendapat aku, program-program diskusi/debat seperti ini gagal menepati matlamat program yang asal, sekaligus menjadikan aku tak berminat nak tengok program diskusi/debat di televisyen nie. Kenapa? Berikut adalah alasan-alasan aku :

***Pihak A (PA) & Pihak B (PB)

1. Ahli panel cuma terdiri daripada satu pihak, contoh Pihak A sahaja
Bagaimana nak berbincang dan mendengar pendapat dan penjelasan dari pihak satu lagi (Pihak B) kalau cuma ahli panel dari Pihak A yang dijemput sebagai ahli panel? Lebih baik tidak diadakan program perbincangan kalau dari awal lagi tidak memberi peluang kepada Pihak B untuk turut serta berbincang. Hasilnya? Pihak A mempunyai peluang penuh untuk 'menghentam' Pihak B di kaca televisyen sepanjang 30 minit atau 1 jam tanpa Pihak B diberi peluang untuk membuat serangan balas.

2. Pemanggil telefon yang memberi komen yang tidak sependapat dengan ahli panel terus terputus talian mereka
Hal ini seringkali kita lihat dalam program-program yang diadakan secara siaran langsung. Apabila pemanggil telefon iaitu orang awam menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan hujah ahli panel, talian pemanggil tersebut akan segera diputuskan terputus, dan selepas itu perbincangan diteruskan tanpa menjawab atau menyentuh komen pemanggil tadi. Berbeza dengan pemanggil yang menyuarakan pendapat menyokong hujah ahli panel, mereka dibiarkan peluang memberi komen panjang walaupun 'tiada isi'.

3. Ahli panel yang dijemput kadang kala bukanlah ahli intelek atau pakar dalam bidang yang dibincangkan
Dalam sesuatu perbincangan, eloklah kalau ahli panel yang dijemput mempunyai pengetahuan luas dan berpengalaman dalam perkara atau isu yang ingin dibincangkan, barulah penonton atau orang ramai dapat menerima hujah bernas dan ilmiah daripada ahli panel, bukannya ahli politik yang sekadar mengeluarkan pendapat peribadi yang sama sekali tidak relevan untuk dijadikan hujah atau isi yang bernas dalam sesuatu perbincangan. Bercakap atau berhujah biarlah berdasarkan fakta, bukannya pendapat peribadi semata-mata.

Lawak sungguh apabila baru-baru ini aku tengok seorang ahli panel ini yang tidak bersetuju dengan 'fakta' yang diberi oleh pengacara program diskusi tersebut. Ahli panel tersebut kelihatan gagap apabila cuba menjawab 'fakta' tersebut, lantas memberikan hujah berupa pendapat peribadi yang tiada 'isi' dan 'repetitif' sepanjang program. Rasanya pelajar sekolah lebih bijak menyampaikan 'point' yang lebih kuat berbanding 'point' yang diberikan ahli panel tadi.

4. Pengacara program selalu mencelah hujah ahli panel 
Kadang kala, pengacara program selalu mencelah ketika ahli panel sedang memberi hujah mereka, seolah-olah pengacara itulah ahli panel yang perlu berhujah. Apa lah salahnya memberi peluang kepada ahli panel untuk menyampaikan secara penuh hujah mereka, kenapa perlu diganggu?

5. Pengacara program berat sebelah
Pengacara program diskusi/debat nie kadang kala nampak sangat berat sebelah, contohnya sentiasa memberi peluang Pihak A berhujah tanpa gangguan, manakala ketika Pihak B berhujah, kerap kali pengacara terbabit mencelah untuk sekali gus mengganggu 'fokus' ahli panel Pihak B terbabit dalam menyampaikan hujah. Pengacara ini juga kadang kala dengan jelas dan berkias menyuarakan pendapatnya menyokong Pihak A sepanjang program. Pengacara sepatutnya neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, barulah dinamakan program diskusi/debat.

Kesimpulan :
Lebih baik aku tengok National Geographic, Discovery Channel atau History Channel kat Astro, lagi banyak ilmu pengetahuan yang boleh didapati. =)

Bila lagi agaknya nak buat debat perdana macam nie?

28 comments:

  1. Debat DSAI ngan dtk shaberi.. best. tapi sekali je...lepas tuh xda dah... kerajaan takut kot..

    ReplyDelete
  2. najib, nik aziz dan byk kali ajak bedebat, tapi takut, kalau nak tgk byk debat pasal politik, pergi kelantan, byk program mcm ni, tapi tak keluar TV, tak keluar PAPER!

    ReplyDelete
  3. gini je la bro.. debat ke diskusi ke.. tu sandiwara je.. konon nak perlekeh.. depa semua attack rakyat ikut psikologi.. tp taktikal haprak!

    ReplyDelete
  4. eehhe..well..inilah negaraku yg demokrasi..ha ha ha =)

    ReplyDelete
  5. demokrasi sudah lama mati..

    ReplyDelete
  6. aku pown tak suka dgn debat2 ni..hahah..

    aku sokong ko..

    bek lg kita tgk national geographic.. :)

    ReplyDelete
  7. setuju sangat2...
    dah naik bosan tengok Hujah kat tv9 tu. sesetengah ahli panel menunjukkan kepada umum kedangkalan ilmu masing2

    ReplyDelete
  8. Mana diorang berani buat debat Terbuka lagi...
    Kalau xbagi debat terbuka pun.
    Bagi 1 channel je utk pembangkang.
    1 Channel jek cukup...
    Amacam...
    Ada Beran...
    Mana ada...cheh!

    ReplyDelete
  9. oooowh
    rancangan2 cmni x layan
    kalau bola layan abissss!
    tehehehe~

    ReplyDelete
  10. hanna : bukan xnk layan, tapi tak berminat nk layan dsebabkan 5 bende sy type kat post tu.. =)

    ReplyDelete
  11. suka tgk hujah..sbb dapat tahu macam mana pemikiran gerombolan tertentu..kadang2 jawapan mengalahkan makcik felda...kalau tak terima fakta, nk terima apa lagi...duk main presepsi je...cik kiah pn boleh..

    ReplyDelete
  12. Haha, saya suka tg Discovery Science.

    ReplyDelete
  13. Amirah : xcite pasal politik pun, pasal program diskusi/debat je..he he :)

    ReplyDelete
  14. salam ziarah..
    nice entry br0..kebanyakn p0int k0 ak sok0ng..ape pun ak suka jG layan pr0gram2 cam nie, ley tahu sejauh mana tahap pemikiran panel2 tu..kita dengar tak mesti kita terima..

    ak suka bandinG2kan pandangan semua pihak.. kat TV cakap lain, kat paper lain, kat blog mybe maklumat lain cakap lain..dengar, renung & pikir..kita kan tahu mana yG benar mana yG salah

    ReplyDelete
  15. salam dari pak dogol..

    kelemahan 'talk show' dewasa ini adalah kerana cuba memaksa para penonton menerima pendapat mereka..

    terlupa mereka akan elemen 'people are different'..

    muahaha!

    ReplyDelete
  16. memang channel history tu peberet aku...memang layan habis..

    ReplyDelete
  17. politik itu hantu... lebih selesa jadi orang tengah sejak kebelakangan ini...

    ReplyDelete
  18. aku juga x suka tgk debat,tp aku suka berdebat.hehe

    ReplyDelete
  19. senang cerita media arus perdana ni bias...tak perlu jadi professor atau doktor untuk lihat kebiasan ini.
    jadi, beralihlah ke media alternatif untuk sumber berita yang lebih tepat..

    ReplyDelete
  20. setju sangat dgn pndpt anda...

    animal planet tk layn ker? hehehe

    ReplyDelete
  21. program diskusi camni...bila time soalan sensitip tak jawab pn..potong terus tukar topik

    ReplyDelete
  22. I get your point..
    Some people might see the flaw in the discussion but believe me, there are tons of people out there can be brainwashed by this kind of program..
    That is why they still keep this kind of program alive rather than chop it off the chart..

    Nampak 1 komen di atas mengatakan demokrasi dah lama mati.. Sebenarnya demokrasi tak penah wujud sejak mula-mula istilah merdeka dilaungkan di Tanah Melayu ni.. Terbebasnya Tanah Melayu dari cengkaman 'fizikal' British lalu terpenjaralah minda dan generasi di Tanah Melayu dengan istilah 'demokrasi' dan 'merdeka'..

    Kaji je semula mengenai pemerintahan this country, and you'll see that it's just under the hand of certain family under the word 'demokrasi'..

    ReplyDelete
  23. Awi : yeap, i agree with ur comment. n i just hope more & more people aware of what i'm trying to tell in my post. =)

    ReplyDelete
  24. aku pernah tengok ahli panel tu bila dah kena potong dengan pengacara, lepas tu bila dah kena push dia terus jadi emo. Lepas tu cakap pun dah mula merepek2

    ReplyDelete