Sunday, 28 February 2010

[Komen] Prestasi STPM meningkat lagi!

 Petikan akhbar Berita Harian, Jumaat, 26 Februari 2010

Prestasi STPM meningkat

KUALA LUMPUR: Seramai 48,446 atau 92.55 peratus daripada 52,348 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009, lulus penuh atau mendapat prinsipal bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran, meningkat 0.31 peratus berbanding 92.24 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 4,316 calon atau 8.24 peratus lulus penuh lima mata pelajaran, 20,670 (39.49 peratus) empat mata pelajaran, 9,797 (18.72 peratus) tiga mata pelajaran, 7,412 (14.16 peratus) dua mata pelajaran dan 6,251 (11.94 peratus) satu mata pelajaran.



Prestasi STPM meningkat lagi!

Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM yang baru diumumkan kelmarin. Yang tidak berapa cemerlang, jangan putus asa kerana peluang untuk belajar ada dimana-mana.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan tersebut, kita mengetahui yang keputusan a.k.a. prestasi STPM adalah mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Dan kalau kita perhatikan, selain STPM, prestasi keputusan SPM, PMR dan UPSR juga adalah sentiasa meningkat setiap tahun. Susah rasanya nak dengar kalau ada 'penurunan' dalam prestasi setiap tahun. Persoalannya, adakah semua 'pelajar cemerlang' ini mempunyai 'kualiti' yang terbilang? 

Berikutan terlalu ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam, tidak hairan banyak kolej-kolej swasta tumbuh bagai cendawan di seluruh negara bagi menampung populasi pelajar cemerlang ini. Hal ini juga menjurus kepada lambakan graduan yang menganggur di seluruh negara ketika ini.

Kalau difikirkan secara logik, terdapat beberapa kemungkinan kenapa prestasi peperiksaan-peperiksaan awam ini 'sentiasa meningkat' dan tak pernah menurun :

1. Pelajar zaman sekarang semakin pandai, kecil-kecil lagi dah dihantar ke tusyen
2. Silibus pelajaran sekolah dikurangkan, menjadikan pembelajaran lebih mudah
3. Graf lulus/cemerlang diturunkan bagi mendapatkan ramai pelajar cemerlang

Semasa saya menduduki PMR (2002) dan SPM (2004), saya kerap menyemak buku-buku rujukan yang digunakan abang-abang saya beberapa tahun sebelumnya, dan saya dapat lihat perbezaan dimana silibus pelajaran 5-10 tahun sebelumnya adalah lebih banyak berbanding zaman saya, sekali gus memudahkan kami generasi baru ini. Soalan-soalan peperiksaan awam pada zaman abang saya juga boleh dikatakan lebih mencabar berbanding zaman saya. Itu pada tahun 2002 dan 2004, bagaimana pula dengan kini? Adakah ianya lebih mudah?

Kesimpulan
Ramai pelajar cemerlang dilahirkan pada masa kini, tapi adakah semuanya betul-betul 'terbilang'?

4 comments:

  1. emm bagi i kan areev~..graf untuk lulus direndahkan..so that ramai yang cemerlang..tapi yang betul2 cemerlang mungkin hanya segelintir..
    =)

    ReplyDelete
  2. yg 2 x esah la..
    jnji rmai yg lulus...
    sye ucapkan thniah kpd yg llus ng cmrlang...

    ReplyDelete
  3. wahhh..

    budak2 skg ni mmg pandai..

    br tingktn 1 da ada blog sndri da..

    bru tuhh cun melecun blog drg! :)

    ReplyDelete