Pada 11 Januari 2010 yang lalu, saya telah berkesempatan untuk pergi melawat ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man, Terengganu. Memang kagum dan teruja rasanya apabila mempunyai peluang untuk melawat ke sebuah 'taman monumen' yang bertemakan tamadun Islam ini. Di sini juga terletaknya Masjid Kristal yang begitu popular dan pernah mencetuskan kontroversi pada suatu ketika dahulu. Ok lah, di post ini saya cuma ingin berbicara dan memfokuskan tentang Taman Monumen yang begitu mengujakan ini.
Mengikut papan iklan yang terdapat di luar pintu masuk Taman Monumen ini, tercatat bahawa ianya telah dirasmikan pada 15 Januari 2009 yang lalu. Yeah, belum sampai setahun lagi pada tarikh blog post ini ditulis. Apa yang menarik tentang Taman Monumen di Taman Tamadun Islam (TTI) ini? Untuk pengetahuan anda yang belum mengetahui, di sini terletaknya 21 monumen atau pun replika binaan berunsur keislaman yang terkenal yang terletak di seluruh dunia, termasuklah Masjid Negara (Malaysia), Masjid Nabawi (Madinah), Masjidil Haram (Mekah), Masjidil Aqsa (Baitulmaqdis), Taj Mahal (India) dan lain-lain lagi. Disini anda berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat dan mempelajari tentang monumen-monumen agung ini melalui penerangan yang disediakan, malah terdapat tayangan video di sesetengah lokasi monumen.
Berikut saya sertakan beberapa gambar monumen-monumen yang sempat diambil sepanjang kunjungan saya ke TTI :
Melalui replika monumen-monumen yang dipamerkan, kita dapat melihat sendiri dari dekat struktur binaan bercirikan Islam yang mewakili era ketemadunan Islam di seluruh dunia.
Namun, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi komen dan pandangan jujur dan ikhlas saya mengenai Taman Tamadun Islam (TTI) ini yang nyatanya dibuat dengan modal yang sangat besar.
Saya bersama kedua ibu dan bapa telah tiba di perkarangan TTI ini kira-kira jam 9.15 pagi. Sampai saja saya di sini, saya lihat terdapat banyak kereta, malah terdapat sebuah bas TTI di tapak letak kereta. Pada pendapat awal saya, wow! ramai juga pengunjung pada awal-awal pagi macam ini, apatah lagi pada hari Isnin, hari bekerja dan bukannya cuti sekolah.
Di perkarangan tempat parking - banyak kereta kelihatan
Saya mengambil kesempatan untuk berlegar-legar di kawasan sekitar TTI sebelum masuk ke Taman Monumen. Namun, cuma saya dan kedua ibu bapa saya sahaja yang kelihatan, yang lain adalah para pekerja TTI yang kelihatan sedang berehat sambil menunggu pengunjung di kiosk masing-masing.
Saya berasa aneh, ye lah, kereta nya banyak di tempat parking, kira-kira hampir 15 buah kenderaan, tapi cuma kelibat kami bertiga sahaja yang kelihatan seperti pengunjung. Dalam hati saya berfikir, "mesti pengunjung lain ramai kat dalam Taman Monumen, sebab itulah tarikan utama di TTI ini".
Bahagian depan pintu masuk Taman Monumen, Taman Tamadun Islam (TTI)
Selepas puas berlegar di sekitar TTI, kami bertiga pun pergi membeli tiket untuk memasuki Taman Monumen ini. Harga bagi pengunjung dewasa ialah RM10, kanak-kanak RM5 dan bagi warga emas (lebih 60 tahun) pula berharga RM5. Bagi bukan warganegara, mereka akan dikenakan bayaran RM20 seorang. Sejurus selepas membeli tiket, kami diberikan sebuah buku kecil yang merupakan 'passport' bagi Taman Monumen tersebut. Dalam passport tersebut terdapat info ringkas mengenai kesemua monumen yang terdapat di dalam taman tersebut. Kehadiran kami disambut oleh kira-kira 3-4 orang pekerja yang sedang berborak di pintu masuk taman. Di sini kami diberikan 'cop' masuk sebagai tanda pada passport tersebut.
Bahagian dalam Passport TTI
Antara informasi yang terdapat dalam passport TTI
Cop keluar Passport TTI
Di taman ini, anda boleh menaiki trem (RM3), sewa basikal (RM3), dan buggy (RM35 & RM45). Namun, pada penglihatan saya, kualiti perkhidmatan ini adalah tidak terjaga, basikal-basikal yang disediakan untuk disewa kelihatan sangat uzur, dengan seat terkoyak, selain struktur basikal yang berkarat, tidak padan dengan usianya yang belum sampai setahun (merujuk kepada tarikh perasmian TTI, iaitu 15 Januari 2009).
Saya berpeluang untuk melawat dan mengambil gambar di kesemua monumen yang terdapat di dalam taman ini, dari Masjid Negara (Malaysia) hinggalah ke Masjid Kul Sharif (Kazan, Rusia).
Namun, sepanjang perjalanan saya seorang diri ke setiap monumen (ibu dan bapa saya tidak meneruskan perjalanan ke semua monumen memandangkan cuaca yang sangat terik), hanya saya seorang saja yang kelihatan berjalan-jalan di sekitar taman, manakala cuma terdapat sebuah buggy yang dinaiki 3 orang pelawat termasuk 1 pemandu buggy yang turut bergerak dari satu monumen ke monumen lain. Namun diketahui akhirnya bahawa ketiga-tiga orang pelawat tersebut sebenarnya merupakan bakal pekerja baru yang akan berkhidmat di taman ini tidak lama lagi.
Saya secara jujurnya berasa agak hampa dengan kualiti yang ditunjukkan oleh taman yang begitu 'gah' ini. Belum sampai setahun, sudah nampak tanda-tanda kerosakan pada beberapa monumen, dan terdapat monumen yang sedang dibaikpulih oleh beberapa pekerja semasa saya melawat ke monumen tersebut. Papan tanda informasi yang terdapat di setiap monumen juga agak uzur, dengan tulisan yang agak KABUR dan PUDAR, sehingga menyukarkan saya untuk membacanya, selain terdapat kesan karat dan kerosakan pada bingkai kaca yang melindungi poster informasi bagi setiap monumen tersebut.
Hal ini tak sepatutnya berlaku, kerana poster informasi tersebut merupakan perkara penting yang sepatutnya dijaga atau diganti dengan baru memandangkan setiap pengunjung pasti akan membaca penerangan dan informasi bagi setiap monumen tersebut. Agak memalukan sekiranya TTI ini yang begitu gah digembar-gemburkan pada suatu ketika dahulu (belum sampai setahun perasmian) kini berada dalam keadaan demikian. Taman tema tamadun Islam bertaraf dunia? LUPAKAN! Jangan kan bertaraf dunia, bertaraf negeri pun belum tentu lagi!
Setelah puas berlegar kira-kira hampir 2 jam di dalam Taman Monumen tersebut, saya dan kedua ibu bapa saya pun bertolak pulang. Semasa kami bertiga keluar dari taman tersebut, barulah kelihatan sebuah keluarga beranak kecil yang baru sampai dan baru membeli tiket/passport masuk. Yea, sepanjang kami bertiga berada dalam Taman Monumen tersebut dari kira-kira jam 9.45am hingga 12.15pm, tidak terdapat pengunjung lain langsung! Hanyalah sehingga ketika kami bertiga keluar, barulah sampai sebuah keluarga yang saya katakan tadi sebagai pengunjung. Kalau begini lah keadaannya, berapakah keuntungan yang mampu diperoleh oleh TTI ini pada setiap hari atau bulan? Maka tidak hairanlah kenapa TTI ini tidak dapat diurus atau dijaga dengan baik memandangkan keuntungan yang mampu diperoleh setiap bulan mungkin tidak sebesar mana berbanding dengan kos yang diperlukan untuk 'maintain' taman ini.
Sekian sahaja dari saya pada post kali ini. Ianya merupakan luahan ikhlas dan jujur daripada seorang pengunjung yang begitu teruja dan kagum dengan pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) ini yang bertujuan untuk mengenang dan membangkitkan semangat kegemilangan tamadun Islam sejak dahulu hingga kini. Namun ternyata, hanya selepas tidak sampai setahun, hanya indah khabar dari rupa.
Sekian, wassalam.
Tahap Keterujaan : 4/5
Tahap Perkhidmatan : 4/5
Tahap Informasi : 3/5
Tahap Kualiti : 2/5
Tahap Berbaloi : 2/5
Tahap Nak Datang Lagi : 1/5
Keseluruhan : 2/5
Info :
Website Rasmi Taman Tamadun Islam (TTI)
Wikipedia Bahasa Malaysia
Blog Taman Tamadun Islam (TTI)
cantiknyee..
ReplyDeletetym sy pergi dlu,
tmpt nieh x siap ag..
besh besh!
tak besh!
ReplyDeleteerr, npe x besh lak?
ReplyDeletexbesh la...pnat je sy wat karangan kat atas tuh..ish3
ReplyDeletedekat dgn rumah..tapi entah kenapa hati belum tertarik untuk kesana...thx utk gmbar..kurang2 dpt tgk jgk.hehe
ReplyDeletetq para :)
ReplyDeletebiasa la, org yg tinggal dkat sesuatu tempat tarikan tu mesti tak berminat nak pergi.
sy pun kat taiping nie night safari xpnah pg pun, padahal orang luar penuh je tetiap weekend.. :)
hehe..areev, btl ke kalau klik kat jutawanapentah tu dpt duit..berbaloi ke masuk..tadi try tgk...tp..hehe mcm tak yakin je..
ReplyDeletesaya budak baru belajar..
nak kate yakin ke tak, terpulang lah. sebab ada yang kata memang dapat income. tapi susah sikit lah nak cari orang untuk klik suka-suka macam tu. kalau nak mudah, macam ramai org yang buat spamming kat shoutbox tu dan lain2 cara. tapi tak digalakkan lah, buat orang marah jer. aku pun sekadar mengharap insan2 pelawat blog nie klik :)
ReplyDeleteagaknya lepas 5 bulan baru aku boleh dapat balik modal kot?
sama je jutawanklik ke dapatwang ke dan lelain. semua berdasarkan jumlah klik unique visitor. =)
rugi xpi tmn tmdun islm, pdhal dkt je nk smpi..mse hari pembukaan.msjd kristl..eh, replika msjid aqsa tunjuk kubas emas je kan?
ReplyDeleteermm...masjid al-aqsa ade galeri dlm monumen tu..ade struktur die :)
ReplyDeletejwb la soalan sy, rplika msjd aqsa kubhnye color pe? galeri gmbr tunjuk kubh wrna pe?
ReplyDeleteerr...kubahnye warne emas... :)
ReplyDeletesy tak masuk pun galeri die tu..tengok dari luar je..
hmm, dh agak dh, ptutnya tunjukkn kubah hitam, bkn emas, tu la silapnya..yhdi sje nk klirukn org islm, spya org islm perthnkn kubh ems bkn kubh hitm..kubh hitm ni tmpt btu tergntung mse perstwa isrk mikraj bkn kubh emas. pe pun kubh emas ni sbhgn msjd aqsa jugak. nk lebih info search kt google
ReplyDeleteowh...bgitu yer..tq for d info yer cik editor ;)
ReplyDeletebest lah!!!! sape ckp x best?!!! best cukop (experience jew la)!!! sape tak pegi RUGI!!! tapi yg tak best nyer,.. dier punyer structure is not tht interesting. so, kalau tourist dtg,.. BUAT MALU JER!!! =))
ReplyDeletesaya pegi bulan julai 2010... harga tiket masuk dewasa ialah RM15 seorang dgn dapat diskaun rm3 utk beli makanan dalam tu...
ReplyDeletewow bro....sya pegi msa cuti skwla pnggl prtma 2011....dri perak ke terengganu..fuhh...12 jam lbih...mklumlah naik bas(rmbongn skola)......TTI nie mmg tmpt ktaowrg smua nk pgi la...excited gler...bgi sya la.....dorg da baik plih da smua kcacatn 2....xde da yg bruk2....
ReplyDelete