lama rasenye aku x post kat blog nieh...yer la kblakangan nie aku agak bz dgn keje2 yg perlu dselesaikan..ish3...ditambah pulak dgn connection internet yg sangat slow + mengecewakan hasil daripada penutupan perkhidmatan wireless kolej kediaman keempat um.. :(
hrmm...k la hari nie trase nak post review ringkas psal 3 filem yg baru aku tgk...(tak la baru sgt sbnarnye)
filem Pink Panther 2 nie da lame da aku tgk kat wayang...da 2 mnggu kot..aku tgk ngn shamim..memula cadang nk tgk filem Inkheart..tp last2 tukar plan tgk Pink Panther 2 nie.. tgk trailer cm besh jerk...hahahaa
citer ni mngesahkan Inspector Clouseau yg ditugaskan utk menangkap pencuri barangan2 berharga yg tlah dicuri di beberapa negara di sluruh dunia..nama pencuri tu Tornado..
dengan kerjasama bbrp detektif2 laen dari sluruh dunia, mereka pun mnjalankan tugas n siasatan utk mnangkap pencuri tu, tp dalam masa yg sama "Pink Panther" iaitu permata paling bernilai utk negara Perancis turut mnjadi ancaman Tornado yg suka mncuri barang2 bernilai tinggi nie...
info :
http://www.imdb.com/title/tt0838232/
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Pink_Panther_2
ape yg besh cte neh?? sbb ade aishwarya rai ker?? ker sbb steve martin?? :D
pd pndapat aku cite nie klo anda smua nk tgk utk gelak2 tu boleh la..kalo nk ikut logik akal jgn tgk la yer...filem nie pun mndapat kritikan2 negatif drpd pengkritik2 filem kat luar ngara..so anda fikirlah sndiri...
saya bagi : 3.5/5 bintang!
The Curious Case of Benjamin Button..kisah yg sgt menarik..aku bru tgk filem nie kelmarin..amek softcopy drpd kwn..tp filem nie still tgh tayang kat pawagam2 berhampiran anda..
filem nie bdasarkan novel atau cerita pendek yg dtulis oleh F. Scott Fitzgerald...
knapa crite nie menarik?? adakah sbb Brad Pitt yg blakon?? owh...tidak2..
crite nie unik, mengisahkan ttg Benjamin, yg menghidap pnyakit ganjil sejak dilahirkan..Benjamin dilahirkan sbg bayi yg kerepot atau mcm org tua, dan membesar dlm keadaan mcm org tua..tetapi semakin Benjamin meningkat usia, semakin die menjadi kelihatan muda..aneh kan?? ade ke pnyakit cmni?? mustahil kot..kalo ade korang gitau la yer..
filem nie mengisahkan kehidupan Benjamin Button dari lahir shingga ke akhir hayat die..kisah hidup Benjamin Button di dikisahkan melalui pembacaan diari yg ditulis Benjamin sndiri oleh seorang perempuan kepada ibunya di hospital..apakah kaitan perempuan itu dan ibunya dgn Benjamin Button?? knapa die ade diari Benjamin Button plak?? haaa...nk tau kene ar tgk kat wayang... filem nie mndpat rating tinggi dri pngkritik2..filem nie agak lama, iaitu dlm 2jam 40 minit..so puas la kot kalo tgk kat wayang..hehee
info :
http://www.imdb.com/title/tt0421715/
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Curious_Case_of_Benjamin_Button
saya bagi : 5/5 bintang!
Ip Man..filem nie aku bru jer tgk smlm...aku amik soft copy drpd kwn aku..
cite nie mngisahkan ttg Ip Man, seorang lagenda kung fu di negara China..kisah benar nie...Ip Man atau Master Ip sgt terkenal di daerah Fuoshan iaitu tempat yg terkenal kerana mempunyai "Dojo Street" di mana satu lorong tu ada bnyk tmpt belajar kung fu...tp Ip Man la paling hebat n xterkalah..
kisah mula berkembang sebaik kedatangan penjajah Jepun yg mnjajah China pada Perang Dunia Kedua..keadaan Fuoshan yg sblum nie sgt aman makmur tlah mnjadi teruk, termasuklah kehidupan Master Ip yg sblum ini sgt kaya...
Kehidupan dan kesusahan di zaman penjajahan Jepun digambarkan di dalam filem nie di mana kebanyakan Master2 atau Sifu2 yg dulunya membuka "Dojo" mereka sndiri, kini tpaksa melakukan kerja berat demi mndapat beras / mkanan..
dlm masa tu, General Sanpo dari tentera Jepun yg mengetahui Fuoshan terkenal sbg tempat seni mempertahankan diri tlah mnganjurkan perlawanan antara warga2 China dgn tentera Jepun..sesiapa yg berjaya menewaskan askar Jepun dlm "sparing" itu akan dberikan seuncang beras..Master Ip pun turut pergi ke perlawanan tu, tp berdasarkan niat yg lain...anda nk tau knape?? kene la tgk...
crite nie mmg best...jalan cerita yg teratur, tak bosan, aksi2 yg menarik, dll..dah lama rasanya aku tak tgk filem kung fu..so mmg aku rase filem nie sgt best..kalau nk dibandingkan dgn filem Ong Bak 2 yg aku tgk dulu, rasanya berbeza sgt.. Ong Bak 2 tu jalan crita die xkemas, berterabur, mngkin sbb tlalu tmpukan scene2 aksi..
info :
http://www.imdb.com/title/tt1220719/
http://en.wikipedia.org/wiki/Ip_Man_(film)
saya bagi 5/5 bintang!
No comments:
Post a Comment