Tuesday 27 May 2014

[Review J-Dorama] Saba Doru (2012)

Saba Doru (2012)


Sinopsis :

Watanabe Mayu (Mayuyu) adalah seorang idol terkenal dan merupakan salah seorang ahli kumpulan idol popular di Jepun, iaitu AKB48.


Di dunia hiburan, Mayuyu dikenali sebagai idol berusia 17 tahun yang digilai ramai khususnya oleh golongan remaja, namun di sebalik populariti itu, Mayuyu sebenarnya mempunyai rahsia peribadi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali adiknya, Asari (Ando Tamae).

Mayuyu (17 tahun) aka Usa Shijimi (38 tahun)

Asari, adik Usa Shijimi.

Mayuyu ketika sesi fotografi.

Mayuyu bersama kumpulan Watarirouka Hashiritai 7.

Nama sebenar Mayuyu adalah Usa Shijimi dan dia sebenarnya berusia 38 tahun! Usa Shijimi bertugas sebagai guru sastera yang selekeh di sebuah sekolah tinggi. Pelajar kelas yang diajar oleh Usa Shijimi, Nashimoto-kun merupakan seorang peminat fanatik Mayuyu namun tidak menyedari bahawa guru sasteranya yang selekeh itu adalah Mayuyu yang sebenarnya.

Mayuyu sebagai Usa Shijimi, guru sastera yang selekeh.

Pelajar kelas Usa Shijimi yang terlalu fanatik dengan Mayuyu.

Carta hubungkait antara watak-watak dalam dorama Saba Doru.

Dapatkah Usa Shijimi terus menjadi idol dengan merahsiakan umur sebenar dan pekerjaannya? Adakah rahsia yang disimpan itu akan terbongkar?


Komen :

Dorama Saba Doru ini adalah sebuah dorama ringan yang berunsur komedi namun masih diterapkan nilai-nilai murni yang selalu diketengahkan dalam dorama Jepun, seperti nilai kekeluargaan dan persahabatan.

Mayuyu di dalam realiti adalah memang seorang idol daripada kumpulan pop terkenal Jepun, AKB48, melainkan di dalam dorama ini diwujudkan cerita bahawa dia sebenarnya berusia 38 tahun.

Kumpulan idol AKB48 (Jun 2013)

Drama ini terdiri daripada 12 episod yang mana setiap satu episod berdurasi antara 24-25 minit. Jadi tak mustahil anda boleh marathon dorama ini dalam satu hari sahaja.

Dorama ini ringan dan tidak terlalu serius, dan sesuai ditonton oleh semua golongan. Dari segi logik akal, memang tak logik lah kan seorang yang berumur 38 tahun boleh menyamar jadi seorang idol yang berusia 17 tahun.

Yang menarik dalam dorama ini, selain daripada watak Mayuyu itu sendiri (kipas-susah-mati), pemilihan watak-watak sampingan dalam dorama ini agak sesuai dan kena dengan perjalanan cerita. Saya agak menyukai watak dan karektor Utamaro-san (Kaminaga Keisuke), iaitu watak seorang vokalis kumpulan J-rock yang dikenali sebagai 'Chiquitita'.

Utamaro-san

Utamaro sentiasa menyapa Mayuyu dengan panggilan 'Chiquitita' yang bermaksud 'budak kecil' (ditujukan kepada perempuan) sambil membuat gaya seperti di atas.

Mayuyu yang 'blur' selepas disapa oleh Utamaro buat kali pertama. Kawaiiiiii!!~~ :p

Lagu tema dorama ini yang bertajuk Synchro Tokimeki adalah merupakan single pertama yang dinyanyikan oleh Mayuyu secara solo, selain terlibat dalam AKB48. Sila lihat klip video Synchro Tokimeki di bawah ;


Kesimpulan :

Dorama ini wajib tonton khususnya buat peminat Mayuyu dan AKB48, dan juga untuk anda yang inginkan dorama ringan yang berunsur komedi. 

RATING :

Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 5/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4/5
Tahap Nak Marathon : 4/5
Tahap Logik : 2/5
Tahap Kawaii : 5/5 (MAYUYU!!)
Tahap Lawak : 4/5
Tahap G-Wunk : 1/5 
Tahap Sedih : 2/5
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 3/5
Tahap Lagu Tema/OST : 5/5 

Keseluruhan : 8.5/10



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile