Thursday 13 February 2014

[Review Filem] The LEGO Movie : Everything Is Awesome !

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Setelah hampir 3 tahun tidak menulis review filem, akhirnya pada blog post kali ini saya ingin membuat review ringkas mengenai filem animasi terbaik tahun ini, iaitu The LEGO Movie.

Siapa yang tak pernah bermain atau kenal dengan permainan LEGO? Bagi saya sendiri, LEGO merupakan salah satu permainan kegemaran saya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Zaman sekarang, LEGO bukan sahaja cuma diminati oleh golongan kanak-kanak, malah golongan dewasa turut meminatinya dan menjadikan koleksi permainan LEGO sebagai hobi. Golongan dewasa yang meminati dan mengumpul koleksi permainan LEGO ini dikenali sebagai AFOL - Adult Fan Of Lego.


[Review Filem] The LEGO Movie 


Sinopsis :
Emmet merupakan seorang pekerja buruh binaan dan seorang lelaki biasa yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan, kreativiti atau kelebihan berbanding dengan orang lain di sekelilingnya. Emmet menjalani kehidupan hariannya dengan berpandukan 'Instruction Manuals' atau panduan (setiap set permainan LEGO sentiasa dilengkapi dengan buku panduan cara untuk membina set permainan tersebut.). Berbeza dengan golongan LEGO yang bergelar 'Master Builders', mereka berkebolehan membina sesuatu tanpa perlu menggunakan sebarang 'Instruction Manuals'. 

Emmet, seorang buruh binaan yang serba biasa dan tidak mempunyai apa-apa kelebihan.

Menurut 'ramalan' yang dibuat oleh seorang ahli sihir bernama Vitruvius, seseorang yang 'istimewa' akan muncul dan menyelamatkan dunia LEGO daripada dimusnahkan oleh Lord Business, yang berniat ingin menggunakan 'senjata berbahaya' bernama Kragle ke atas dunia LEGO yang mereka diami. Orang 'istimewa' itu akan menemui sejenis barang purba (Piece of Resistance) yang berupaya untuk menghalang Kragle daripada memusnahkan dunia LEGO.

Vitruvius memberikan amaran kepada Lord Business tentang 'ramalan'nya.

Secara kebetulan, Emmet telah menemui Piece of Resistance dan menjadi 'hero' yang diramalkan oleh Vitruvius. Dengan bantuan 'Masterbuilders' yang lain seperti Wyldstyle, Batman, Uni-Kitty, Metal Beard, dan Benny, mereka bekerjasama untuk menggagalkan rancangan jahat Lord Business yang turut dibantu oleh Bad Cop/Good Cop.

Batman dan Benny, the Spaceman.

Adegan 'romantis' antara Wyldstyle dan Emmet yang dispoilkan oleh Batman.


Antara watak sampingan lain yang terdapat dalam The LEGO Movie ini adalah Superman dan The Green Lantern.

Vitruvius, Wyldstyle, Batman, Benny, dan Uni-Kitty.

Bad Cop/Good Cop membantu Lord Business dalam rancangan untuk memusnahkan dunia LEGO.

Lord Business.

Komen :
Everything is awesome! Jalan cerita filem animasi The LEGO Movie ini memang menarik dan tidak membosankan, sesuai untuk ditonton oleh golongan kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Bagi golongan dewasa yang dulunya bermain permainan LEGO ketika zaman kanak-kanak, pastinya akan teringat kenangan lama. Tak mustahil akan muncul peminat-peminat LEGO yang baru selepas menonton filem animasi ini. Lagu tema filem animasi ini yang bertajuk "Everything is Awesome!!!" pula memang sangat sesuai dan menceriakan.

Watak yang saya minati dalam filem ini? Pilihan saya adalah Batman dan Benny. 

Oh yea, mungkin anda fikir review ini agak bias sebab saya sendiri adalah AFOL, namun rating yang diberikan oleh Internet Movie Database (IMDb) pada saat review ini ditulis adalah 8.7/10. Manakala laman web pengkritik filem, Rotten Tomatoes pula memberikan markah tomatometer 95% pada saat review ini ditulis.

Kesimpulannya, filem animasi The LEGO Movie adalah filem wajib tonton tahun ini! 


RATING :

Tahap Mengantuk : 0/5 
Tahap Keterujaan : 5/5 
Tahap Jalan Cerita : 5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4.5/5
Tahap Logik : 0/5 (Tapi semuanya tak mustahil di dunia LEGO!)
Tahap Lawak : 4.5/5
Tahap G-Wunk : 1.5/5 (Cinta 3 segi Emmet, Wyldstyle dan Batman, LOL)
Tahap Sedih : 2/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 4.5/5 
Tahap Original Soundtrack (OST) : 5/5

Keseluruhan : 9.5/10*


Tontoni trailer menarik filem animasi The LEGO Movie ini di bawah :




Info :
Wikipedia 


Download Wallpaper, FB Cover, dan Poster The LEGO Movie di website rasmi di SINI.

2 comments :

zarul farhana said...

mcm best ja...

areev19 said...

zarulfarhana : mmg best ! wajib tgk.

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile