Tuesday 27 August 2019

[Review] 99 Wonderland Park


Pada bulan Julai 2019 yang lalu, saya dan keluarga kecil saya telah berkesempatan untuk pergi ke 99 Wonderland Park yang terletak di Tasik Sri Murni, Selayang, Selangor. 

Dah lama sebenarnya merancang nak ke sini sejak membaca berita di media sosial yang ia telah dibuka, kalau tak silap sekitar awal tahun lepas, tapi bila kami datang ke KL, asyik terlupa atau pergi ke tempat lain.

Okaylah, jadi apa yang menarik kat 99 Wonderland Park ini?

Harga tiket masuk bagi dewasa (13 tahun ke atas) adalah RM18, sekiranya anda adalah pemegang MyKad, atau pun warganegara Malaysia. Manakala bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun, harganya RM12 (MyKid). Bagi bukan warganegara Malaysia pula, harga tiket masuk adalah RM23 (13 tahun ke atas) dan RM18 (kanak-kanak 4-12 tahun). 

Sebaik melepasi kaunter masuk, anda boleh melihat pada peta yang menunjukkan keseluruhan kawasan yang terdapat di dalam 99 Wonderland Park ini. Antara kawasan menarik yang terdapat di sini adalah Bird Island dan Farm by The Lake. Kesemua tempat tarikan ini terletak di sekeliling tasik, jadi anda perlu pusing mengelilingi tasik tersebut dan pergi ke tempat menarik yang terdapat di sini satu-persatu.


Salah satu tarikan yang terdapat di sini adalah arca tulisan 'I LOVE KL' ini yang terdapat tak jauh dari kaunter masuk.

Mama dan Mika.

Terdapat banyak itik daripada pelbagai spesies di tasik ini. 

Anda boleh beli makanan haiwan di booth yang terdapat di sekitar 99 Wonderland Park ini. Makanan haiwan tersebut dijual pada harga RM3 sepaket. Makanan haiwan tersebut agak 'universal' kerana boleh diberikan kepada itik, tupai, ayam, dan macam-macam haiwan lagi yang terdapat di 99 Wonderland Park ini.

Memberi makan kepada rakun.

Mika berada dekat dengan burung merak yang bebas di Bird Island.

Mama dan Mika bergambar dengan arca kuda, salah satu daripada 12 zodiak mengikut kalendar Cina.

Bergambar di kawasan Golden Waterfall. 

Bergambar bersama Opah di atas jambatan di tepi tasik.

Wefie!

Ada orang pakai kostum Mickey Mouse, layankan aje lah, tapi Mika takut. Lol.

Salah satu lagi tarikan, Sky Fountain. Kat sini agak cantik pada waktu malam.

Ratusan ikan koi yang terdapat di kawasan Sky Fountain ini.

Kalau anda tak larat nak berjalan atau nak 'survey' dahulu kawasan yang nak ditujui, maka anda boleh naik 99 Train Ride ini. Terdapat muzik kanak-kanak yang dipasang semasa anda menaiki train ini. Tempoh masa perjalanan mengelilingi tasik kalau tak silap lebih kurang 20 minit.

Jangan risau, terdapat juga kereta buggy yang boleh anda tumpang secara percuma sekiranya tak larat dah nak berjalan. Kereta buggy ini juga boleh disewa untuk dipandu sendiri.

Harga tiket 99 Train Ride ni sebenarnya RM10 untuk dewasa, tapi terdapat harga promosi semasa kami datang, jadi harganya cuma RM5.

Dah puas dan penat berjalan kaki, kami bawa Mika naik choo choo train pula.


Menjelang waktu malam, lampu LED pun mulai dipasang memeriahkan sekitar kawasan 99 Wonderland Park ini.

Melalui kawasan 'T-Rex Ring'. Replika T-Rex tersebut mempunyai pergerakan di mulut dan ekor kalau tak silap.

'I LOVE KL' di waktu malam.

Kawasan Sky Fountain di waktu malam.

Di sekitar kawasan 99 Wonderland Park ini juga terdapat medan selera, photobooth, surau, boat cruise mengelilingi tasik, dayung itik, dan macam-macam lagi. 

Cadangan saya, kalau anda nak datang meluangkan masa di sini, boleh lah datang selepas waktu Asar, atau selepas jam 5.00pm. Anda dapat luangkan masa sekitar 2 jam di Bird Island, Farm by The Lake, Snake House, dan beberapa lagi kawasan terdapatnya haiwan yang dibiarkan bebas, dan menjelang waktu malam, anda boleh mengambil gambar bertemakan lampu-lampu LED di sekitar kawasan tasik dan juga di Magical Bridge dan Sky Fountain.

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web rasmi 99 Wonderland Park di :

Akhir kata, saya bagi 4/5* untuk 99 Wonderland Park!

Sekian terima kasih.




 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile