Monday 24 April 2017

[Review Hotel] Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut, Perak

Review Hotel : Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut, Perak.


Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut, Perak



Komen Bilik Penginapan :
Agak mengecewakan untuk sebuah bilik hotel bertaraf 4 bintang. Bilik berbau cat, dan ada cat yang masih belum kering, sebab isteri ada terpijak, nasib baik boleh tenyeh sampai hilang. Lantai berhabuk, tapak kaki jadi hitam bila pijak. Ceiling berkulat dan bertompok. Penyangkut hos dalam bilik air patah, wayar telefon terdedah dalam bilik air, bath tub ada kesan kotor. Safe box rosak. Dalam list channel tv di dalam bilik ada bagitahu ada 2 channel Astro Sports, tapi sebenarnya adalah 2 channel sports dari Hypp TV (TM Net). Nasib baik saya ada Astro On The Go dan boleh stream match Chelsea FC vs Spurs. Katil pula okay, dan selesa. 

Rating Bilik Penginapan : 1/5*


Komen Makanan :
Makanan buffet untuk dinner dan breakfast di Restoran Gayam di dalam hotel sedap dan tidak mengecewakan. Cuma ada banyak lalat kat meja yang kacau kita nak tengah makan. Rimas! Makanan pun ada yang dihurung lalat. 

Rating Makanan : 3.5/5*




Komen Aktiviti : 
Hotel ini memang sesuai untuk buat team building atau hari keluarga, sebab ada banyak aktiviti boleh dibuat, indoor dan outdoor. Kami sekeluarga tak try, cuma pergi lepak pantai kejap je. So tak boleh nak komen lebih dari segi kualiti atau pengalaman aktiviti di sini.
Rating Aktiviti : 4/5*

Komen Customer Service :
Segala urusan rasanya lancar dan layanan okay. 

Rating Customer Service : 4/5*

Komen Facilities :
Tak mesra OKU. Untuk pergi ke kawasan terrace/swimming pool/restoran, perlu melalui tangga, sebab lift tak cover semua kawasan dari A-Z. Kesian ayah saya kena turun naik tangga dengan bertongkat, apatah lagi yang pakai wheelchair. Papan tanda arah juga tak banyak dan tak cukup untuk memberi arah kepada penghuni hotel, kerana kawasannya yang luas dan bersimpang siur. 

Rating Facilities : 2/5*

Komen Keseluruhan : 
Kalau datang untuk membuat aktiviti, atau company buat team building, rasanya memang sesuai. Untuk percutian keluarga pula, kalau ada ahli keluarga yang OKU, tidaklah digalakkan. Bagi aku pula, rasanya sekali ni je kot datang, kerana kurang berbaloi dengan harga yang dibayar.
Rating Keseluruhan : 3/5*



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile