Wednesday 19 April 2017

Projek Phoneography Malaysia


Apakah itu 'Phoneography'?
Sebelum berbicara tentang perkataan 'Phoneography', mari kita lihat dahulu perkataan 'Photography' atau dalam bahasa Malaysianya, 'fotografi'. Fotografi secara amnya bermaksud seni dalam mengambil dan penghasilan gambar. 'Phoneography' pula merujuk kepada seni mengambil dan penghasilan gambar menggunakan telefon berkamera.

Walaupun tak banyak laman web yang menceritakan tentang asal-usul perkataan 'Phoneography' ini, tapi saya percaya ianya bermula dari populariti seni pengambilan gambar menggunakan telefon pintar iPhone. Seni atau hasil gambar yang diambil menggunakan iPhone ini kemudiannya dipopularkan sebagai 'iPhoneography'. Trend ini dikatakan bermula sejak tahun 2007 lagi, iaitu sejak iPhone generasi pertama dikeluarkan.

Contoh gambar 'iPhoneography'. (diambil dari Wikipedia)


Perkembangan telefon berkamera
Pada hari ini, hampir setiap telefon atau telefon pintar yang dijual di pasaran pasti akan memiliki fungsi kamera. Kamera juga boleh dikatakan sebagai salah satu fungsi wajib pada sesebuah telefon dan menjadi keperluan harian bagi kebanyakan orang, tidak kira sama ada anda seorang pelajar, golongan profesional, usahawan, dan lain-lain lagi.

Sebagai salah satu contoh, ada sesiapa pernah menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar nota semasa zaman belajar di universiti? Saya pernah! Dan saya yakin, golongan pelajar pada hari ini pasti lebih kreatif dalam menggunakan kelebihan kamera pada telefon mereka.

Telefon berkamera mula popular di Malaysia sekitar tahun 2002, apabila telefon Nokia 7650 mula memasuki pasaran tempatan. Ada sesiapa masih ingat? Telefon ini mempunyai sensor 0.3 megapixel yang mampu menghasilkan gambar bersaiz 640x480 pixels.

Nokia 7650, telefon berkamera pertama dihasilkan dan dipopularkan oleh jenama lagenda, Nokia.

Pada tahun 2005 pula, sekali lagi Nokia menggegarkan dunia telefon berkamera dengan mengeluarkan telefon ikonik Nokia N90 yang mempunyai lensa daripada Carl Zeiss. Masihkah anda ingat?

Nokia N90, inovasi yang sangat menarik dari Nokia pada tahun 2005.

Pada tahun lepas (2016), telefon Samsung Galaxy S7 Edge dinobatkan oleh pelbagai media dan portal seluruh dunia sebagai telefon pintar yang mempunyai kualiti gambar dan kamera terbaik. Nama Nokia terus tenggelam kerana kurangnya inovasi baru yang mampu mengikuti jejak gergasi seperti Samsung dan Apple.

Samsung Galaxy S7 Edge (2016)

Kini, pada tahun 2017, iaitu kira-kira selepas 15 tahun selepas Nokia 7650 dikeluarkan, teknologi kamera pada telefon pintar sudah pun jauh meninggalkan Nokia 7650 ke belakang. Teknologi kamera pada telefon tidak akan berhenti dan akan terus berkembang. Boleh dikatakan hampir semua jenama telefon terkemuka seperti Apple, LG, Huawei, Sony, Xiaomi masing-masing memfokuskan pada keupayaan kamera pada telefon flagship mereka sebagai selling point

Pada MWC 2017 (Mobile World Congress) yang diadakan di Barcelona pada bulan Mac 2017 lalu, Huawei telah memperkenalkan telefon pintar Huawei P10 dan Huawei P10 Plus yang membawakan teknologi dual camera menggunakan lensa dan teknologi yang dihasilkan bersama Leica. Manakala Sony pula telah memperkenalkan telefon pintar Sony Xperia XZs dan Sony Xperia XZ Premium yang mempunyai fungsi rakaman perlahan 960fps (frames per second). 

Huawei P10 Plus

Sony Xperia XZ Premium


Dunia Phoneography
Masihkah anda ingat, tidak lama dahulu terdapat trend atau fesyen menggunakan kamera jenis DSLR? Hampir ke mana sahaja kita pergi, pasti akan nampak orang membawa atau menyangkutkan pada leher mereka kamera DSLR. Dan yang paling ramai yang selalu kita jumpa pastilah golongan BBNU (Budak Baru Nak Up).

Tapi pada hari ini, boleh dikatakan sangat sukar untuk kita jumpa lagi orang yang mengusung kamera DSLR sebagai 'fesyen'. Kenapa perlu beli kamera DSLR mahal-mahal kalau setakat nak ambil gambar selfie dan kasual? Gunakan kamera pada telefon kan dah cukup? Ianya lebih mudah mengambil gambar menggunakan telefon (hanya point and shoot jika menggunakan mod auto), mudah untuk terus edit gambar di telefon, dan mudah untuk terus muatnaik gambar tersebut terus ke media sosial.

Tak dinafikan, ramai juga yang betul-betul minat dengan fotografi. Tapi dengan keupayaan kamera pada telefon pintar pada hari ini, dan kalau betul teknik dan cara mengambil gambarnya, gambar yang dihasilkan akan jadi secantik gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR.

Saya sendiri merupakan seorang amatur yang gemar mengambil gambar menggunakan telefon. Antara kategori gambar yang paling kerap diambil dan paling digemari saya adalah gambar pemandangan dan gambar makro.

Sila lihat gambar-gambar di bawah yang diambil oleh saya menggunakan telefon, sejak dari tahun 2007 hingga 2017.

Nokia N73 (2007)

Nokia N73 (2008)

Nokia N73 (2010)




Sony Xperia Z3 (2015)

Huawei P10 (2017)

Huawei P10 (2017)

Projek Phoneography Malaysia (#phoneographyMY)
'Phoneography Malaysia' merupakan sebuah akaun media sosial Instagram yang saya lancarkan pada 17hb April 2017 yang lalu. Ia merupakan satu projek untuk mengajak pengguna-pengguna Instagram yang meminati 'phoneography', khususnya dari Malaysia untuk berkongsi gambar-gambar menarik mereka dengan menggunakan hashtag #phoneographyMY.

Akaun Instagram 'Phoneography Malaysia'

Saya berhasrat untuk mewujudkan komuniti 'Phoneography Malaysia' di mana penggemar-penggemar fotografi menggunakan kamera telefon atau phoneography ini dapat menonjolkan bakat, kreativiti, dan hasil seni mereka kepada dunia dengan menggunakan satu carian yang mudah dan tepat, iaitu #phoneographyMY.

Anda dijemput follow dan beri sokongan kepada projek ini, semoga ia akan terus berkembang hari demi hari sehingga dikenali di seluruh pelusuk dunia.

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog post ini.

A post shared by Phoneography Malaysia (@phoneographymy) on









No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile