Monday 24 April 2017

[Review Hotel] Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut, Perak

Review Hotel : Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut, Perak.


Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut, Perak



Komen Bilik Penginapan :
Agak mengecewakan untuk sebuah bilik hotel bertaraf 4 bintang. Bilik berbau cat, dan ada cat yang masih belum kering, sebab isteri ada terpijak, nasib baik boleh tenyeh sampai hilang. Lantai berhabuk, tapak kaki jadi hitam bila pijak. Ceiling berkulat dan bertompok. Penyangkut hos dalam bilik air patah, wayar telefon terdedah dalam bilik air, bath tub ada kesan kotor. Safe box rosak. Dalam list channel tv di dalam bilik ada bagitahu ada 2 channel Astro Sports, tapi sebenarnya adalah 2 channel sports dari Hypp TV (TM Net). Nasib baik saya ada Astro On The Go dan boleh stream match Chelsea FC vs Spurs. Katil pula okay, dan selesa. 

Rating Bilik Penginapan : 1/5*

Wednesday 19 April 2017

Projek Phoneography Malaysia


Apakah itu 'Phoneography'?
Sebelum berbicara tentang perkataan 'Phoneography', mari kita lihat dahulu perkataan 'Photography' atau dalam bahasa Malaysianya, 'fotografi'. Fotografi secara amnya bermaksud seni dalam mengambil dan penghasilan gambar. 'Phoneography' pula merujuk kepada seni mengambil dan penghasilan gambar menggunakan telefon berkamera.

Walaupun tak banyak laman web yang menceritakan tentang asal-usul perkataan 'Phoneography' ini, tapi saya percaya ianya bermula dari populariti seni pengambilan gambar menggunakan telefon pintar iPhone. Seni atau hasil gambar yang diambil menggunakan iPhone ini kemudiannya dipopularkan sebagai 'iPhoneography'. Trend ini dikatakan bermula sejak tahun 2007 lagi, iaitu sejak iPhone generasi pertama dikeluarkan.

Contoh gambar 'iPhoneography'. (diambil dari Wikipedia)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile