Wednesday 14 December 2016

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 5) : Fushimi Inari - Teramachi Dori - Shinkyogoku Dori - Gion - Shinbashi Dori

Hari Kelima : Rabu (31 Ogos 2016) : Fushimi Inari - Teramachi Dori - Shinkyogoku Dori - Gion - Shinbashi Dori


Hari kelima di bumi Jepun.

Pada pagi ini kami akan ke Fushimi Inari yang sangat terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Jepun, khususnya ke Kyoto.

Sebelum bergerak keluar dari hotel, saya check dahulu cara perjalanan menuju ke Fushimi Inari daripada hotel menaiki train. Seperti biasa, tanya sahaja Pakcik Google, pasti dapat jawapan.

Stesen train terdekat dengan hotel penginapan kami adalah Stesen Shichijo. Dari sana, kami perlu menaiki Keihan Line menuju ke arah Yodoyabashi dan seterusnya turun di Stesen Fushimi-Inari.

10.17am - Saya bersama ibu dan isteri tercinta bergerak dari hotel penginapan menuju ke Stesen Shichijo yang terletak kira-kira sejauh 200 meter.

Ceria memulakan hari kelima di Jepun.


Terdapat empat pintu masuk utama atau tangga menuju ke Stesen Shichijo yang terletak di bawah tanah, yang mana keempat-empatnya terletak di setiap sudut di simpang empat bersebelahan dengan Sungai Kamo.

10.22am - Ini adalah salah satu pintu masuk yang dimaksudkan.

Menuju ke arah Platform 2.

Tambang train sehala dari Stesen Shichijo ke Stesen Fushimi-Inari adalah 150 yen (+/- RM 5.76).

10.24am - Tiket yang dibeli.


Stesen Fushimi-Inari terletak 3 stesen jaraknya dari Stesen Shichijo.

10.28am - Train yang ditunggu sampai.

10.34am - Selepas kira-kira 6 minit perjalanan, kami tiba di Stesen Fushimi-Inari. Taklah jauh sangat pun kan dari pusat bandar?

Stesen ini kelihatan agak klasik, mungkin sebab berdekatan dengan lokasi Fushimi Inari.


Peta kawasan. Dari Stesen Fushimi-Inari ini, anda boleh berjalan kaki menuju ke Fushimi Inari.


10.36am - Dari Stesen Fushimi Inari ini, kami bergerak menuju ke Fushimi Inari mengikut papan tanda yang disediakan.

Welcome to Fushimi-Inari.


Sekitar kawasan berdekatan dengan Fushimi Inari.



Saya tak pasti apa yang sami tu buat. Buat kutipan derma mungkin?

10.41am - Kami semakin menghampiri kawasan Fushimi Inari.

Terdapat banyak kedai di sekitar kawasan ini, yang mana anda boleh membeli cenderamata, makanan, malah menyewa kimono untuk bergambar.


Antara gerai-gerai yang terdapat di sini.

Isteri saya sempat bergambar sebelum memasuki kawasan Fushimi Inari.

Terdapat tempat mengambil air di kawasan perkarangan Fushimi Inari ini. Saya tak pasti untuk tujuan apa. Mungkin untuk 'menyucikan' diri sebelum masuk ke kawasan kuil.



Struktur bangunan di Fushimi Inari yang cantik.

Peta kawasan di Fushimi Inari. Kawasannya agak besar. Mungkin satu hari pun tak cukup kalau nak betul-betul explore.

Menurut Trip Advisor 2016 Travelers' Choice, buat kali ketiga berturut-turut, Kuil Fushimi Inari telah dipilih oleh pelancong luar sebagai lokasi utama pelancong di Jepun.



Apa yang membuatkan Fushimi Inari ini sangat terkenal adalah ribuan pagar torii yang berwarna jingga ini.




Mungkin untuk mengelakkan pertembungan pengunjung yang nak naik dan yang nak turun, maka arahan dah diberikan awal-awal lagi. Kalau nak naik, sila masuk ke pintu masuk di sebelah kanan.

Kiri untuk turun, kanan untuk naik.

Dah sampai sini wajiblah bergambar!

Ibu dan isteri tercinta.

Susah sebenarnya nak tunggu tak ada orang kat sini.

Minta tolong pengunjung lain ambilkan gambar kami bertiga.

Gambar solo pun ada.

Terdapat 'perhentian' selepas melalui pagar-pagar tadi. Terdapat tandas dan gerai di sini.

Salah satu shrine atau kuil yang terdapat di sini.

Boleh sambung perjalanan lagi kalau mahu.


Gambar suami isteri pun wajiblah ada kalau dah datang sini.

Kami bertiga tak teruskan perjalanan lebih jauh kerana memikirkan banyak tenaga lagi perlu digunakan untuk perjalanan lain sepanjang hari ini. Cukuplah dapat bergambar di pagar-pagar torii di Fushimi Inari ini.

11.14am - Ibu sempat bergambar sebelum kami bertolak dari Fushimi Inari.

Peta Keihan Railway yang terdapat di kawasan Fushimi Inari.



Banyak kedai cenderamata di sini. 


Kebetulan corak pada kimono tersebut lebih kurang dengan baju yang dipakai ibu saya pada hari itu.

11.27am - Kami tiba semula di Stesen Fushimi-Inari.

Pilih Track nombor 1 jika ingin menuju ke Stesen Kiyomizu-gojo atau Stesen Gion-shijo.

Sempat melihat train melintas jalan.

Sanggup berpanas sebab nak gambar macam ni. Hehe.

Comel je papan amaran tentang melintas rel keretapi/train.

11.30am - Kami tiba di Track 1.

Dari Stesen Fushimi-Inari ini, kami seterusnya akan bergerak menuju ke Stesen Gion-Shijo yang terletak 5 stesen jaraknya.

Harga tiket sehala adalah 210 yen (+/- RM 8.07)

11.39am - Kami menaiki train menuju ke Stesen Gion-Shijo dari Stesen Fushimi-Inari.

11.46am - Selepas kira-kira 7 minit perjalanan, kami tiba di Stesen Gion-Shijo.

Kami ingin menuju ke Gion, sebuah lagi tempat yang terkenal dan wajib pergi jika anda datang ke Kyoto.

Seperti biasa, perlu memilih pintu keluar yang tepat.

Pintu 6 atau 7 adalah yang yang perlu dipilih jika ingin ke Gion.



11.55am - Kami keluar melalui pintu keluar nombor 7.


Antara bangunan yang pertama sekali dapat dilihat sebaik sahaja keluar dari pintu nombor 7.

Dengan berpandukan GPS, kami bergerak menuju ke arah Hanamikoji Dori yang terkenal dengan Geisha.


Disebabkan cuaca pada hari tersebut agak terik, maka kami tak jadi menuju ke Hanamikoji Dori. Atas cadangan abang saya melalui whatsapp, kami pun bergerak menuju ke lokasi membeli-belah terkenal, iaitu Shinkyogoku Dori dan Teramachi Dori.


12.33pm - Melintasi Sungai Kamo.

Airnya sangat jernih dan bersih.



Sekitar kawasan pusat bandar Kyoto.


12.40pm - Salah satu kompleks membeli belah yang terdapat di sini.


Sekali lagi, berpandukan GPS, kami bergerak berjalan kaki menuju ke Shinkyogoku Dori.

Antara binaan klasik yang dijumpai ketika dalam perjalanan ke Shinkyogoku Dori.

12.50pm - Semakin menghampiri Shinkyogoku Dori.


Salah satu kafe hipster yang terdapat di sini.

Kedai yang menjual pelbagai barangan.

12.52pm - Akhirnya kami tiba di Shinkyogoku Dori.

Matsumoto KiYoshi ini merupakan salah satu drug store yang terkenal di Jepun. Macam Watson la kot kalau nak banding di Malaysia.

12.53pm - Berjalan-jalan di Shinkyogoku Dori. Dori tu maksudnya street atau lorong dalam bahasa Melayu.


Teramachi Dori pula terletak bersebelahan dengan Shinkyogoku Dori ini. Terpulang kat anda nak pergi mana satu dulu.


Isteri saya sempat membeli smart phone case sebagai cenderamata. Design yang ada dijual di sini memang unik.


Dalam kedai Game Panic ni terdapat banyak claw machine. Banyak juga permainan arcade lain yang ada. Kalau nak cuba main sila la masuk.

Panggung wayang MOVIX yang terdapat di Shinkyogoku Dori.

1.42pm - Dah puas berjalan di Shinkyogoku Dori, kami menuju pula ke Teramachi Dori yang terletak bersebelahan.

Teramachi Dori ini bagi saya lebih 'high class' berbanding Shinkyogoku Dori yang terletak bersebelahan. Kedai-kedai di sini juga kelihatan lebih mewah dan mahal berbanding di Shinkyogoku Dori.


Saya sempat membeli minuman air teh Earl Grey di 7-Eleven yang terdapat di Teramachi Dori. Rasanya boleh tahan dan pelik. Lol.


2.38pm - Habis jalan-jalan di Teramachi Dori, kami masuk semula ke Shinkyogoku Dori.

Macam menarik je Ninja Kyoto ni. Ianya sebuah restoran.

Suasana sekitar Shinkyogoku Dori.

Selepas penat berjalan-jalan dan perut pun mulai lapar, maka saya menggunakan aplikasi di telefon dan menemui Restoran Istanbul Saray yang terletak tidak jauh dari Teramachi Dori.

4.05pm - Kami tiba di Restoran Istanbul Saray, namun ianya tutup. Waktu kedai dibuka adalah dari jam 5.30pm hingga 10.30pm. 

4.11pm - Hampa dan lapar, maka kami pun membuat keputusan untuk pulang ke hotel untuk berehat.

Sedapnya Burger King. Bisik dalam hati je la.

Cantik di sekitar kawasan Sungai Kamo ini.

Jadi tempat orang lepak pula.

4.20pm - Kami menuju masuk ke Stesen Sanjo. Train Keihan Line ini memang melalui di sepanjang Sungai Kamo, jadi anda cuma perlu cari Sungai Kamo kalau nak cari stesen train.


Dari Stesen Sanjo, kami menuju ke Stesen Shichijo.

Tambang perjalanan sehala adalah 150 yen (+/- RM 5.76).

4.25pm - Tiba di platform.



4.30pm - Kami menaiki train menuju ke Stesen Shichijo.

4.38pm - Kami tiba di Stesen Shichijo selepas kira-kira 8 minit perjalanan.



4.42pm - Berjalan menuju ke hotel penginapan untuk berehat.

4.50pm - Kami tiba di hotel penginapan untuk berehat.

7.09pm - Selepas berehat kira-kira 2 jam di hotel, kami keluar semula untuk menuju ke Gion.

7.15pm - Tiba di pintu masuk ke Stesen Shichijo.


Tiket perjalanan sehala dari Stesen Shichijo ke Stesen Gion-Shijo adalah 150 yen (+/- RM 5.76).

7.23pm - Tiba di platform dan menaiki train beberapa minit kemudian.

7.32pm - Kami tiba di Stesen Gion-Shijo.

Menuju ke Gion!

Menuju ke pintu keluar nombor 7 untuk ke Gion.


7.40pm - Di seberang jalan itulah Hanamikoji Dori atau di mana tempatnya Gion.

7.41pm - Gion pada waktu malam.

Papan tanda yang memberikan peringatan kepada pengunjung agar tidak buat perkara yang bukan-bukan pada Geisha yang mungkin lalu-lalang di sekitar kawasan Gion ini.

Reka bentuk bangunan di kawasan Hanamikoji Dori atau Gion ini memang agak klasik.

Saya sempat mengambil gambar 2 orang Geisha yang kebetulan sedang melalui kawasan tersebut. Agak kabur sebab sedang berjalan dan mereka juga berjalan dengan pantas.

Terdapat Gion Corner yang mana anda boleh melihat persembahan daripada Maiko.

Tapi ianya cuma dibuka dari jam 10.00am hingga 6.00pm. 

Ibu dan isteri bergambar di sekitar Hanamikoji Dori.

Maybe next time? InsyaAllah.

7.55pm - Selepas ke Hanamikoji Dori, kami menuju ke Shinbashi Dori yang terletak tidak jauh dari situ.



Ibu dan isteri bergambar berdekatan dengan kawasan Shinbashi Dori.

8.04pm - Inilah dia Shinbashi Dori. Kalau waktu musim luruh pasti cantik kawasan kat sini.


Terdapat sungai kecil di sini.

Walaupun belum musim luruh atau musim bunga, tapi pemandangan di sini tetap menarik. Jadi mestilah ambil gambar untuk dijadikan kenangan.

Pencahayaan di sekitar Shinbashi Dori ini memang menarik.

Lagi bergambar di Shinbashi Dori.

Terjumpa pula pondok telefon awam di kawasan Shinbashi Dori ini. Ada lagi ke orang yang guna? 

8.15pm - Rasanya dah puas berjalan hari ini. Maka kami pun membuat keputusan untuk bergerak pulang ke hotel penginapan kami.

Terjumpa restoran unik ini ketika dalam perjalanan pulang.


8.21pm - Kami tiba di Stesen Gion-Shijo.

Tiket perjalanan sehala ke Stesen Shichijo adalah 150 yen (+/- RM 5.76).

Saya tertarik dengan mesin menjual minuman ini yang terdapat di Stesen Gion-Shijo. Menu dia pakai touch screen.

Menuju ke platform 2.


8.28pm - Train tiba di Stesen Gion-Shijo.

8.32pm - Kami tiba di Stesen Shichijo, kira-kira 4 minit perjalanan dari Stesen Gion-Shijo.


8.56pm - Berjalan menuju ke hotel penginapan.

8.58pm - Kami tiba di hotel penginapan. Masa untuk berehat.

Kami sempat singgah di konbini yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami. Apa yang kami beli? 

Air minuman Van Houten Cocoa ini memang terbaik! Anda wajib cuba minuman ini sekiranya datang ke Jepun.

Air minuman susu dan pisang ini juga tak kurang hebat sedapnya. 

Pada hari kelima ini, saya telah berjalan sebanyak 15,463 langkah (anggaran), bersamaan dengan 9.6km. Paparan data ini adalah dari app Android Mi Fit, dan data diperoleh melalui penggunaan Mi Band.




No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile