Friday 30 September 2016

OSAKA & KYOTO 2016 Travelogue (Day 1) : klia2 - Kansai International Airport - Osaka - Dotonbori

*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi berkunjung ke blog ini dan terutamanya ke catatan perjalanan atau travelogue ini. 

Catatan perjalanan kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya bersama ibu dan isteri tercinta ketika berkunjung ke Osaka dan Kyoto baru-baru ini, iaitu dari 27 Ogos 2016 sehingga 2 September 2016.

Alhamdulillah, kalau tahun lepas saya menyimpan hasrat selama 15 tahun untuk akhirnya berpeluang kembali menjejakkan kaki ke bumi Jepun, kali ini pula saya tidak menunggu lama, iaitu kurang dari setahun saya kembali menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini. Kalau tahun lepas di Tokyo, kali ini di Osaka dan Kyoto.

Selain dari Tanah Haram Mekah dan Madinah, tempat atau negara yang saya betul-betul teruja dan teringin sangat nak kembali adalah ke Jepun. Terdapat banyak sebab kenapa saya sukakan Jepun, dan mungkin anda akan mengetahui kenapa selepas habis membaca siri travelogue Osaka dan Kyoto ini nanti.


Last Minute Plan
Pada awalnya saya, ibu, dan isteri telah pun bercadang untuk menyertai rombongan percutian ke Beijing, China, tapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tak dapat dielakkan di saat-saat akhir, saya terus menukar plan dan terus membelek-belek harga tiket kapal terbang di app AirAsia bersama isteri. Dan akhirnya, kami memilih untuk ke Osaka dan Kyoto yang terletak di kawasan Kansai, Jepun. *Sebenarnya lebih kepada saya yang buat pilihan (sebab rindu nak pergi Jepun lagi!)


Merancang Perjalanan / Itinerary
Perkara pertama yang perlu dibuat selepas membeli tiket flight, dan sebelum merancang itinerary adalah, mencari hotel atau tempat penginapan yang sesuai. Bagi saya, ciri-ciri penting yang perlu difikirkan dalam mencari hotel atau tempat penginapan di Jepun adalah seperti berikut ;

1. Dekat dengan stesen train/subway.
2. Dekat dengan tempat tarikan pelancong.
3. Harga yang berpatutan.
4. Mempunyai toilet atau bilik mandi di dalam bilik privasi.

Selepas berjaya mendapatkan hotel atau tempat penginapan yang sesuai, barulah saya mula membuat sedikit sebanyak kajian di internet bagi menulis itinerary untuk percutian selama 7 hari 6 malam ke Osaka dan Kyoto ini. Semuanya berlaku kurang dari 2 minggu. Antara sumber utama saya bagi mendapatkan info ringkas mengenai tempat-tempat menarik di Osaka dan Kyoto adalah melalui laman web Japan-Guide.com dan juga Pak Cik Google.


Menyewa Modem Internet
Zaman sekarang ini, internet bukan sahaja penting, malah ia seolah sudah menjadi satu keperluan bagi semua orang. Walaupun Jepun merupakan negara yang sangat maju, tapi harus diketahui yang tak banyak kawasan yang menawarkan wifi secara percuma. Jadi, sebagai persiapan, saya telah menyewa modem internet lebih awal untuk kegunaan di Osaka dan Kyoto nanti. 

Saya telah memilih untuk menggunakan khidmat Japan Wireless untuk dua tahun berturut-turut. Ini merupakan kali kedua saya memilih perkhidmatan modem internet dari Japan Wireless selepas menggunakannya ketika ke Tokyo tahun lepas. Kalau tahun lepas saya minta modem tersebut dihantar ke hotel, kali ini pula saya minta untuk ianya diambil di pejabat pos di Kansai International Airport.

Eh, dah macam tulis cerpen pulak. Okay, tanpa berlengah lagi, selamat membaca catatan perjalanan kami ke Osaka dan Kyoto di bawah. 


----------------------------------------------------------------------------------------


Hari Pertama : Sabtu (27 Ogos 2016) : klia2 - Kansai International Airport - Osaka - Dotonbori

Pada malam hari Jumaat, 26 Ogos 2016, saya bersama ibu dan isteri tercinta telah dihantar ke klia2 oleh abang sulung sekeluarga dan abang kedua saya (Terima kasih semua!). Kami tiba di klia2 lebih kurang jam 10.15pm.

Kami menaiki penerbangan AirAsia D7 534 yang dijangka berlepas pada jam 1.00am (27 Ogos 2016 - waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Kansai International Airport pada jam 8.25am (waktu Jepun). Perbezaan waktu di antara kedua-dua negara adalah, Jepun lebih cepat 1 jam dari Malaysia.

Kami tiba di gate P12 pada kira-kira jam 11.55pm. Walaupun dinyatakan waktu boarding adalah 12.00am, namun kami hanya mula dapat beratur menaiki kapal terbang pada kira-kira 12.50am.

Satu pengalaman yang sedikit mencemaskan berlaku sebelum kapal terbang kami berlepas pada malam itu, di mana tiba-tiba bekalan kuasa elektrik di dalam kabin terputus, menyebabkan ruang kabin penumpang gelap dan tiada penghawa dingin. Dalam hati terdetik "ish, belum berlepas lagi kapal terbang janganlah buat hal pula..".

Tapi alhamdulillah, selepas beberapa ketika akhirnya bekalan kuasa atau elektrik kapal terbang kembali pulih. Kapal terbang kami akhirnya berlepas selepas lewat hampir sejam lebih dari jadual.

Kapal terbang yang kami naiki, AIRBUS A330-300.

9.42am (waktu Jepun) - Alhamdulillah, kami akhirnya tiba di Kansai International Airport. Kami sepatutnya dijangka tiba pada jam 8.25am jika penerbangan kami tidak delayed.

9.58am - Isteri dan ibu yang kepenatan tapi ceria selepas 7 jam perjalanan dari Malaysia.

10.45am - Kami selesai melalui urusan imigresen dan mengambil bagasi.

10.59am - Tempat pertama yang saya tujui adalah Post Office yang terdapat di tingkat 2, Kansai International Airport ini. Di sini, saya hanya perlu menunjukkan printed voucher yang disediakan oleh pihak Japan Wireless dan passport bagi mengambil bungkusan surat berisi modem internet yang saya sewa lebih awal dari laman web Japan Wireless.

11.10am - Selepas itu, saya menuju pula ke sini, iaitu Kansai Tourist Information Center yang terletak di tingkat 1. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat seperti pakej pelancongan dan tiket atau pas istimewa pelancong ke Kansai. Di sini, saya telah membeli tiket Osaka Amazing Pass (2day pass) yang boleh digunakan di sekitar kawasan Osaka. 

Tips : Osaka Amazing Pass ini mempunyai 2 jenis pass, iaitu untuk kegunaan 1 hari (1day pass - 2300 yen) dan untuk kegunaan 2 hari (2day pass - 3000 yen). Kelebihan menggunakan Osaka Amazing Pass ini adalah anda boleh menaiki kesemua train/subway dalam bandar di Osaka (tidak termasuk JR Line), bas dalam bandar, dan yang paling penting dan membuatkan ianya berbaloi adalah anda dapat memasuki pelbagai tempat tarikan pelancong yang terpilih dengan percuma dan setengah lagi menawarkan anda diskaun yang berpatutan. 

Anda boleh lawat laman web Osaka Amazing Pass untuk maklumat lebih lanjut di SINI.

Carta menunjukkan beberapa tempat menarik yang boleh dimasuki dengan percuma menggunakan Osaka Amazing Pass.

11.17am - Selesai membeli tiket Osaka Amazing Pass, kami pun bergerak mencari restoran makanan halal yang terdapat di airport ini. Lapar rasanya sebab kami tak order makanan dalam penerbangan tadi. Mengikut 'kajian' saya, terdapat sekurang-kurangnya 3 restoran yang diiktiraf halal di Kansai International Airport ini.


11.22am - Pokemon Store yang terdapat di tingkat 2, berhadapan dengan restoran makanan halal.

11.23am - Kami tiba di Restoran Za U-don. Restoran ini menyediakan makanan yang diiktiraf halal oleh pihak Japan Islamic Trust.

11.31am - Makan tengahari nasi kari ayam dan tempura.

11.50am - Inilah restoran Za U-don dari depan.

12.07pm - Selesai makan tengahari, kami pun bergerak menuju ke Kansai-airport Station bagi mencari train menuju ke Osaka.

12.08pm - Menuju ke Kansai-airport Station yang terletak di tingkat 2F.

Kansai-airport Station ini betul-betul terletak dihadapan atau diluar terminal antarabangsa Kansai International Airport.

12.10pm - Suasana sekitar kawasan mesin menjual tiket automatik.

Walaupun sudah menyediakan itinerary yang menyatakan dengan detail train apa yang perlu dinaiki, namun apabila tiba di mesin tiket automatik ini, saya jadi confused nak beli tiket yang mana satu kerana ada terlalu banyak laluan dan jenis train. Terdapat train biasa yang berhenti di banyak stesen, dan juga train ekspres yang tidak banyak berhenti. Harganya sudah pastilah berbeza.

12.18pm - Selepas bertanya kepada salah seorang petugas stesen yang ada di sekitar kawasan mesin tiket automatik, maka barulah saya berani nak membeli tiket train menggunakan mesin tiket automatik tersebut. Ingat-ingat lupa pula cara nak membeli tiket train di Jepun ini.

12.19pm - Pertama sekali, dari Kansai-airport Station, kami perlu menuju ke Stesen Tengachaya untuk tukar menaiki train/subway dalam bandar bagi menuju ke stesen train yang berdekatan dengan hotel penginapan kami. Tiket sehala dari Kansai-airport Station menuju ke Stesen Tengachaya menaiki Nankai Main Line adalah berharga 920 yen (+/- RM37) seorang. 

12.27pm - Kami menaiki train menuju ke Stesen Tengachaya.

1.19pm - Selepas kira-kira 52 minit perjalanan, kami tiba di Stesen Tengachaya.

1.22pm - Di Stesen Tengachaya ini pula, kami perlu tukar train untuk menaiki subway atau train bawah tanah Sakaisuji Line. Stesen Tengachaya ini merupakan stesen terminal di bahagian selatan Sakaisuji Line.

1.23pm - Tiba di terminal Sakaisuji Line.

1.26pm - Di sini, kami perlu membeli tiket sehala berharga 180 yen (+/- RM7.20) seorang untuk menuju ke Stesen Dobutsuen-mae yang berada berdekatan dengan hotel penginapan kami. Ianya terletak cuma satu stesen selepas Stesen Tengachaya.

1.30pm - Menaiki train Sakaisuji Line menuju ke Stesen Dobutsuen-mae.

1.33pm - Kami tiba di Stesen Dobutsuen-mae.

1.36pm - Salah satu papan tanda pintu keluar yang terdapat di Stesen Dobutsuen-mae. Antara tempat tarikan yang terdapat berdekatan dengan stesen ini adalah Tennoji Zoo, Shinsekai, Tsutenkaku Tower, dan Tennoji Park.

1.43pm - Kami keluar dari Stesen Dobutsuen-mae melalui pintu keluar nombor 8. Terdapat banyak pintu keluar di stesen ini dan juga di stesen subway yang lain. Oleh itu adalah amat penting untuk kita mengetahui pintu keluar atau Exit nombor berapa yang berdekatan dengan tempat yang kita tujui.


"Wakatta, wakatta.." Dibantu Sebelum Sempat Meminta Pertolongan
Disebabkan tidak sempat nak buat kajian dengan lebih teliti (itinerary dibuat dalam masa kurang 10 hari) akan di mana Exit yang paling dekat dengan hotel penginapan kami, maka agak sukar untuk saya mencari lokasi hotel, walaupun mempunyai peta yang sudah diprint lebih awal.

Setelah beberapa minit cuba mencari lokasi hotel dengan melihat peta tapi tak berjaya, maka saya pun membuat keputusan untuk menggunakan modem internet yang diambil di airport tadi. Sedang saya cuba menggunakan GPS untuk mencari lokasi hotel, tiba-tiba seorang pakcik yang menunggang basikal berhenti dan mendekati kami.

Terdetik juga dalam hati, "pakcik ni nak tolong kot". Ternyata ianya benar. 

Walaupun saya sebenarnya tak paham apa yang pakcik ini cakap (kerana beliau bercakap dalam bahasa Jepun), tapi saya boleh paham dan agak yang beliau bertanyakan kami hendak ke mana dan beliau hendak membantu. Saya pun terus tunjukkan kepada beliau kertas booking atau itinerary hotel yang saya print

Selepas berfikir sejenak, pakcik tu berkata "wakatta, wakatta..". (Wakatta = saya tahu).

Pakcik tadi terus meminta kami mengikuti beliau, sambil beliau menolak basikal.

Selepas beberapa minit, akhirnya kami tiba di hadapan hotel penginapan kami.

Alhamdulillah, tak sempat kami nak minta tolong, tapi orang dah offer untuk tolong kami dahulu. Terasa indahnya ada masyarakat macam ini. Walaupun pakcik tu sepatah apa pun tak cakap dalam bahasa Inggeris, tapi dia tetap bersungguh nak tolong dan bercakap dalam bahasa Jepun.

1.53pm - Saya sempat meminta untuk mengambil gambar kenangan dengan pakcik yang membantu kami mencari hotel tadi dan beliau tidak menolak. Arigatou pakcik!

1.54pm - Inilah dia hotel penginapan kami untuk 2 malam di Osaka, Hotel Raizan South. Terdapat banyak hotel yang serupa konsepnya dan mungkin lebih baik di kawasan berdekatan, namun disebabkan last minute plan ke Jepun, maka banyak hotel yang lain sudah penuh. 

Tips : Pastikan anda booking hotel di internet sekurang-kurangnya 2 bulan atau 3 bulan lebih awal sebelum datang ke Jepun. Banyak laman web yang boleh dipercayai untuk booking hotel, dan yang menjadi pilihan saya adalah Booking.com dan Expedia.

Selepas check in hotel, kami berehat di dalam bilik sebelum keluar semula untuk memulakan aktiviti hari pertama di bandar Osaka.


Dotonbori - Kani Doraku, Glico Man, Dotonbori Canal

5.47pm - Selepas berehat beberapa jam, kami keluar dari hotel untuk menuju ke lokasi pertama kami di Osaka, iaitu ke Dotonbori.

5.49pm - Kami tiba di pintu masuk/keluar atau Exit 4 Stesen Dobutsuen-mae. Exit 4 ini merupakan yang paling dekat dengan hotel penginapan kami. 

5.51pm - Seperti biasa, kami perlu membeli tiket train di mesin tiket automatik. Harga tiket sehala ke Stesen Namba melalui Midosuji Line adalah 180 yen (+/- RM7.20) seorang.

5.52pm - Menuju ke Platform 2 Midosuji Line untuk menuju ke Namba.

5.53pm - Stesen Namba cuma terletak 2 stesen dari Stesen Dobutsuen-mae.

5.55pm - Kami menaiki train menuju ke Stesen Namba.

6.00pm - Kami tiba di Stesen Namba.

Di Stesen Namba ini, terdapat terlalu banyak pintu keluar atau Exit, dan seperti dalam gambar, ianya menunjukkan tempat-tempat yang boleh ditujui melalui Exit 14 sampai Exit 25.

Suasana yang agak sesak di Stesen Namba.

6.02pm - Sekali lagi, akibat tak buat kajian yang teliti tentang pintu keluar mana yang perlu dipilih untuk ke kawasan Dotonbori, maka saya tercari-cari di manakah pintu keluar yang paling dekat.


Makcik 'Glico Man'
Sedang saya memerhatikan salah satu papan tanda pintu keluar untuk mencari perkataan 'Dotonbori', tiba-tiba saya didekati seorang makcik yang berpakaian kemas, mungkin dalam usia 40-an. Sekali lagi, seperti pakcik petang tadi, makcik ini bertanya dalam bahasa Jepun kepada saya. Walaupun tak paham sepatah apa yang beliau cakap, tapi saya boleh paham yang niat beliau adalah untuk membantu kami menunjukkan arah. Mungkin beliau cakap "ada apa-apa yang boleh saya bantu?", rasanya lah.

Saya pun cuba bagitahu kami hendak ke mana, dan kemudian beliau respon sambil mengangkat tangan membuat gaya Glico Man. Comel je makcik ni bersungguh buat gaya macam tu. Beliau mungkin tak tahu berbahasa Inggeris, jadi beliau buat gaya Glico Man untuk tanya sama ada kami ingin ke sana. Mungkin beliau tahu yang kami ingin menuju ke Glico Man, iaitu lokasi yang sangat popular di Osaka, khususnya Dotonbori.

Selepas itu, beliau menunjukkan kami ke arah pintu keluar atau Exit 15B untuk ke arah Glico Man atau Dotonbori. Selepas berterima kasih, saya mengajak makcik tadi mengambil gambar kenangan, tapi beliau menolak. Mungkin kerana ingin cepat atau pun segan. Tapi saya yakin beliau menolong dengan ikhlas.

Alhamdulillah, dah 2 kali hari ini ada insan baik hati yang offer pertolongan walaupun pertolongan belum diminta. Mungkin masyarakat di sini terlebih ramah. Inilah salah satu sebab kenapa saya suka datang ke Jepun.

6.07pm - Menuju ke Exit 15B.

6.08pm - Tiba di Exit 15B.

6.09pm - Exit 15B ini membawa kami keluar dari Stesen Namba melalui bangunan namBa HIPS, iaitu bangunan yang menempatkan pelbagai restoran, tempat karaoke, dan tempat permainan popular masyarakat Jepun seperti Pachinko.

6.09pm - Kami keluar dari Exit 15B yang terletak di bangunan namBa HIPS.

6.11pm - Berjalan menuju ke arah Glico Man.

Suasana di sekitar Dotonbori.

6.15pm - Akhirnya kami tiba di kawasan Dotonbori yang popular di kalangan pelancong luar dan juga tempatan. Isteri dan ibu berkesempatan bergambar sebaik tiba di kawasan Dotonbori.

Lagi di sekitar kawasan Dotonbori.


Kani Doraku Dotonbori, iaitu kedai rangkaian restoran makanan laut yang terkenal kerana ketam besar yang terdapat di hadapan pintu masuk kedai mereka.

6.17pm - Isteri dan ibu saya sempat bergambar di hadapan Kani Doraku yang popular dikalangan pelancong.


6.45pm - Salah satu shopping street yang terdapat di kawasan Dotonbori.


Ramainya orang.


6.54pm - Isteri dan ibu bergambar berlatarkan Dotonbori Canal.

Saya pun nak juga bergambar. Heee

Salah satu jambatan yang terdapat di sepanjang Dotonbori Canal ini.

7.36pm - Terdapat pentas khas diseberang sungai di mana ada seorang penyanyi sedang membuat persembahan.

7.37pm - Kami tak berkesempatan nak naik Tombori River Cruise kat belakang tu sebab dah penuh. Mungkin next time? InsyaAllah. Jika anda menggunakan Osaka Amazing Pass, anda boleh menaiki river cruise berkenaan dengan percuma.

7.38pm - Sekali lagi bergambar.

7.42pm - Haaa....inilah dia Glico Man yang dicari-cari.

Tak lengkap datang ke Osaka atau khususnya Dotonbori kalau tak bergambar dengan Glico Man.

Bangunan sekitar yang meriah dengan iklan.

7.47pm - Saya sempat bermain Pokemon Go, dan inilah dia peta di sekitar kawasan Dotonbori. Meriah betul dan banyak PokeStops.


7.48pm - Dah penat berjalan, sekarang tiba masa untuk kami mencari restoran yang menyediakan makanan halal. Saya menggunakan app Halal Gourmet Japan di telefon untuk mencari restoran makanan halal yang terdapat berdekatan dengan lokasi semasa.

Tips : Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai produk dan makanan halal yang terdapat di Jepun dengan melayari laman web Halal Media Japan ini.

Penat dan lapar tapi gembira.

Pintu gerbang Dotonbori.

7.51pm - Berjalan menuju ke salah satu restoran halal yang terdapat berdekatan dengan kawasan Dotonbori.

7.51pm - Kami tiba di Restoran Muqam. Ianya merupakan restoran makanan kaum Uyghur yang berasal dari daerah Xinjiang, China

Buku menu Restoran Muqam.

8.18pm - Sempat mencuba beberapa makanan kaum Uyghur.

8.40pm - Selesai makan malam, kami pun bergerak menuju ke stesen train/subway terdekat untuk pulang ke hotel penginapan kami.

8.40pm - Kami tiba di Exit 25, Stesen Namba.

8.42pm - Menuju ke arah platform train/subway.

8.53pm - Tiket train sehala untuk balik ke Stesen Dobutsuen-mae dari Stesen Namba adalah berharga 180 yen (+/- RM 7.20) seorang.

Menuju ke arah Tennoji.

Platform Midosuji Line, Stesen Namba.

8.56pm - Perjalanan pulang : Stesen Namba - Stesen Daikokucho - Stesen Dobutsuen-mae.

8.58pm - Kami menaiki train Midosuji Line dari Stesen Namba ke Stesen Dobutsuen-mae.

9.04pm - Kami tiba di Stesen Dobutsuen-mae.

9.06pm - Kali ini kami sudah tahu yang kami perlu keluar melalui Exit 4 untuk ke hotel penginapan kami.

9.07pm - Pintu keluar / Exit 4, Stesen Dobutsuen-mae.

9.11pm - Akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami. Masa untuk berehat!

Pada hari pertama di bumi Jepun ini, saya telah berjalan sebanyak (anggaran) 7,886 langkah, bersamaan dengan 4.9km. Paparan data ini adalah dari app Android Mi Fit, dan data diperoleh melalui penggunaan Mi Band.


Bersambung ke catatan perjalanan seterusnya... Hari Kedua : Ahad (28 Ogos 2016) : Shinsekai District - Umeda - Chibune


No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile