Friday, May 30, 2014

Words -part 12-

Jangan kerana ego terlerainya dua hati. Jangan kerana ego terlerainya silaturrahim. - 14 Mei 2014

Jangan pernah menyesal belajar sesuatu tapi tidak digunakan sekarang kerana suatu hari nanti pasti ia akan berguna. - 14 Mei 2014

Perkara paling menguji kesabaran dalam dunia ini adalah sikap manusia. - 14 Mei 2014

Mata menuturkan bahasa yang paling jujur dan ikhlas. - 11 Mei 2014

Tiada yang lebih jujur daripada kata-kata yang diucapkan ketika sedang marah. - 11 Mei 2014

Menjadi perfectionist kadangkala menghalang kita daripada belajar. Belajar daripada kegagalan dan belajar untuk menerima kenyataan. - 10 Mei 2014

Memberi harapan tanpa ada niat untuk menunaikannya adalah satu perbuatan yang sangat kejam. - 8 Mei 2014

melarikan diri daripada masalah takkan membawa apa-apa kebaikan. hanya menambah beban dan kesan pada diri sendiri dan orang lain. - 7 Mei 2014

Rupa paras adalah alasan memulakan perkenalan. Personaliti adalah alasan memulakan cinta. Bahagia adalah alasan untuk terus setia. - 3 Mei 2014

Sahabat yang baik adalah sahabat yang tidak suka mengambil kesempatan dan sebolehnya tidak mahu menyusahkan sahabat yang lain. - 3 Mei 2014

Bukan umur, tapi pengalaman yang mematangkan kita. - 2 Mei 2014

melarikan diri atau mendiamkan diri kadangkala hanya menyebabkan lagi banyak negativiti berbanding positiviti. - 1 Mei 2014

Antara perkara paling menakutkan adalah manusia sentiasa boleh berubah menjadi seseorang yg kita tak mungkin boleh jangkakan. - 1 Mei 2014

antara perkara paling kejam yang manusia boleh lakukan adalah mengkhianati sesebuah kepercayaan yang telah diberikan padanya. - 1 Mei 2014

kita semua bencikan hipokrasi. tapi kita tak boleh buat apa-apa sebab kita hidup dalam dunia yang penuh dengan hipokrasi. - 27 April 2014

Cinta itu indah, Rindu itu gundah. - 27 April 2014

ketenangan yang sebenar adalah apabila jiwa berasa aman kerana yakin dan percaya semua yang berlaku adalah atas kekuasaan dan kehendakNya. - 19 April 2014

manusia semuanya sama, yang berbeza adalah perikemanusiaan. - 12 April 2014

Sampai masa, kita terpaksa lepaskan apa yang kita genggam erat. Bukan kerana sudah tidak mampu, tapi kerana mereka sudah lama melepaskannya. - 10 April 2014

dunia tanpa sempadan harus disempadani oleh akal fikiran yang waras dan iman di dada. - 5 April 2014


Koleksi terdahulu :

Tuesday, May 27, 2014

[Review J-Dorama] Saba Doru (2012)

Saba Doru (2012)


Sinopsis :

Watanabe Mayu (Mayuyu) adalah seorang idol terkenal dan merupakan salah seorang ahli kumpulan idol popular di Jepun, iaitu AKB48.


Di dunia hiburan, Mayuyu dikenali sebagai idol berusia 17 tahun yang digilai ramai khususnya oleh golongan remaja, namun di sebalik populariti itu, Mayuyu sebenarnya mempunyai rahsia peribadi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali adiknya, Asari (Ando Tamae).

Mayuyu (17 tahun) aka Usa Shijimi (38 tahun)

Asari, adik Usa Shijimi.

Friday, May 23, 2014

[Review] The Match: Striker Soccer G11 - Perlawanan epik bolasepak menentang alien!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Masihkah anda ingat, tidak beberapa lama dulu beberapa stadium bolasepak terkemuka telah didatangi oleh sekumpulan orang yang memakai pakaian dan solekan yang aneh dan misteri? Mereka ditemui di Allianz Arena, Stamford Bridge, dan lain-lain.



Umum sudah mengetahui bahawa itu semua adalah gimik yang dilakukan oleh pihak Samsung bagi mempromosikan telefon bimbit keluaran mereka yang diperkenalkan melalui siri 'Galaxy'. Beberapa pemain bolasepak terkenal seperti Oscar, Messi, Falcao, dan Ronaldo telah dipilih menjadi 'wakil' dunia bagi menentang pasukan bolasepak 'alien' yang ingin datang menakluk Bumi. Anda boleh melihat dan mengetahui dengan lebih lanjut di laman web rasmi yang mempromosikan 'Galaxy 11' ini di SINI.

Melalui promosi Galaxy 11 ini, beberapa permainan mini Android telah dihasilkan dan boleh didownload secara percuma oleh pengguna telefon bimbit Samsung Galaxy. Antaranya The Match : Striker Soccer G11, Galaxy 11 Shooting Soccer, Galaxy 11 Cannot Shooter, dan Galaxy 11 Soccer Wars.

Saya telah mencuba permainan The Match: Striker Soccer G11 dan berikut adalah sedikit review yang saya tulis berkenaan dengan permainan ini.

Klik pada Read more untuk membaca review.

Wednesday, May 21, 2014

Sunday, May 18, 2014

Asal usul meme "Keep Calm And.."

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pasti ramai pengguna internet yang biasa melihat logo yang tertulis ayat atau slogan "Keep Calm And...bla bla bla" bukan? Meme "Keep Calm And ..." ini adalah salah satu meme yang paling kerap digunakan oleh pengguna di internet.

Sebelum itu, tahukah anda, apakah itu 'meme'? Meme adalah suatu idea, kelakuan, atau gaya yang tersebar di dalam sesuatu budaya. Pada hari ini, meme lebih dikenali sebagai suatu unsur atau cara troll yang kerap kali digunakan di media sosial khususnya untuk berjenaka dan juga untuk melakukan provokasi.


Logo "Keep Calm And Carry On" seperti di dalam gambar di atas adalah berasal daripada satu poster motivasi yang dihasilkan oleh Kementerian Informasi di England pada tahun 1939, beberapa bulan sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Ianya dihasilkan bertujuan untuk memberikan motivasi dan menaikkan moral dan semangat rakyat England ketika tercetusnya peperangan khususnya di bandar-bandar utama. 

Thursday, May 15, 2014

Tahukah anda, Google Images?


Tahukah anda apa itu Google Images? Beberapa tahun lepas, saya pernah menulis entry di blog ini tentang cara-cara mencari asal usul sesuatu gambar yang ditemui di internet. Rujuk entry bertajuk ; [Tutorial] Mencari gambar menggunakan gambar..Err...paham tak?

Apakah Google Images, dan apakah kegunaannya? 

Google Images yang mula diperkenalkan pada tahun 2001 adalah salah satu perkhidmatan carian yang disediakan pihak Google untuk mencari gambar yang terdapat di internet. Ia juga kemudiannya dikemaskini dari semasa ke semasa dan pada tahun 2011, Google Images mula membenarkan carian 'reverse image search', di mana pengguna boleh mengupload gambar ke Google Images untuk mencari gambar yang hampir serupa beserta dengan maklumat berkaitan, populariti gambar tersebut, dan mencari gambar-gambar serupa yang mungkin telah disalahgunakan atau diubahsuai.

Google Images

Media sosial hari ini tidak dinafikan memainkan peranan dalam kehidupan harian hampir semua orang. Media sosial seperti Facebook dan Twitter khususnya menjadi sumber berita yang mudah, pantas dan berangkai. Hanya dengan menekan butang 'share' atau 'retweet', sesuatu maklumat atau berita dapat dikongsikan dengan orang lain dengan mudah. 

Namun setiap perkara hadir dengan kebaikan dan keburukan. Kebaikan media sosial ini adalah dapat berkongsi maklumat dengan pantas dan mudah, tapi keburukannya pula kadangkala maklumat atau berita yang dikongsikan atau disebarkan adalah tidak tepat, salah, dan seringkali disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah atau perkara tidak benar, terutamanya apabila berkaitan dengan politik. Kita sering mendengar ayat "niat tidak menghalalkan cara" bukan?

Gambar memang mudah menghadirkan persepsi atau tanggapan kepada sesiapa sahaja manusia yang melihatnya. Gambar boleh menerangkan sesuatu, dan juga boleh jadi mengelirukan andai disalahtafsirkan.

Sekarang susah masuk tahun 2014, dan sepatutnya lebih ramai pengguna internet sudah lebih celik dan bijak menerima sesuatu maklumat yang terdapat di internet atau di media sosial. Perkhidmatan Google Images ini sepatutnya digunakan oleh semua sebelum menyebarkan apa-apa gambar yang ditemui di internet.

[Tutorial] Bagaimanakah caranya menggunakan Google Images ini? (Klik pada Read more)
 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan