Thursday, April 17, 2014

Words -part 11-


kadang-kadang, ada kenyataan yang kita tak mahu terima dan tak mahu percaya. - 31 Mac 2014

Perilaku pengguna jalanraya sudah cukup untuk memberikan gambaran kasar tahap mentaliti dan disiplin rakyat sesebuah negara. - 29 Mac 2014

Bahasa menunjukkan bangsa. Peribahasa mengkiaskan budaya. Berbahasa mencerminkan akhlak. - 29 Mac 2014

Sedang kita memperlihatkan kesusahan dan kedukaan kita, ada yang sedang kesenangan dan berbahagia. - 28 Mac 2014

Sedang kita memperlihatkan kesenangan dan kebahagiaan kita, ada yang sedang kesusahan dan berdukacita. - 28 Mac 2014

Erti kemanisan yang sebenar dalam perhubungan adalah kejujuran, keikhlasan, dan kesungguhan. - 27 Mac 2014

'Kebetulan' boleh menjadi sesuatu yang membahagiakan dan juga sesuatu yang menyakitkan. - 26 Mac 2014

Kepercayaan adalah sesuatu yang sukar diperolehi, tetapi mudah dicabuli. - 23 Mac 2014

Tak semua perkara di dalam dunia ini perlukan alasan. - 22 Mac 2014

Kadangkala mata perlu dibasahi agar pemandangan kan kembali jelas. - 21 Mac 2014

Kebahagiaan sebenar adalah rasa bahagia yang ada tanpa perlu ditonjolkan dengan ucapan "saya bahagia". - 19 Mac 2014

semakin jauh perjalanan, semakin luas pemandangan, semakin banyak pengalaman, semakin kenal kita dengan manusia dan kehidupan. - 10 Mac 2014

Gunakan akal untuk berfikir, jangan gunakan emosi untuk bersuara. - 9 Mac 2014

Jika kau sudi menjadi matahari yang sentiasa menyinari siangku, aku kan setia menjadi bulan yang sentiasa menerangi malammu - 8 Mac 2014

Tiada istilah gagal andai kita tidak berjaya selepas mencuba, kita cuma belum berjaya. Kita hanya gagal apabila mengalah sebelum mencuba. - 5 Mac 2014

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. - 2 Mac 2014

The only way to be happy is be happy. - 2 Mac 2014

Kadang-kadang berdiam diri lebih susah daripada berkata-kata. - 26 Februari 2014

In this life, we always need something to look forward to. If there is nothing, you'll feel lost, empty, and useless. - 23 Februari 2014

Ada 2 sebab kenapa seseorang itu berkelakuan 'ganjil', iaitu lain daripada kebiasaan. Sama ada dia akan 'pergi', takpun kerana dia 'terpaksa'. - 21 Februari 2014


Koleksi terdahulu :


Friday, April 11, 2014

[DOWNLOAD] Samsung Galaxy S5 Wallpapers

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Hari ini (11 April 2014), Samsung Galaxy S5 telah dilancarkan di seluruh negara secara rasmi. Selain terdapat fungsi dan aplikasi-aplikasi baharu yang menarik pada S5 ini, default wallpaper yang digunakan turut menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Di entry ini saya ingin berkongsi beberapa stock wallpaper yang didatangkan dalam model Samsung Galaxy S5 ini. Anda boleh download melalui link yang disediakan di bawah :






Wednesday, April 9, 2014

"We've Done It Before"

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


"We've done it before, champions of Europe, we've done it before."

Itulah sorakan yang bergema di Stadium Stamford Bridge, London, England selepas Andre Schurrle menjaringkan gol pertama untuk pasukan Chelsea FC pada minit ke 31, pada perlawanan timbal balik kedua, Suku Akhir pertandingan Piala Juara-juara UEFA awal pagi tadi.

Untuk entry kali ini, aku sertakan review ringkas untuk perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, dalam bentuk permainan video Pro Evolution Soccer atau pun PES. Aku pernah membuat review perlawanan bolasepak dalam bentuk yang serupa beberapa tahun yang lalu di blog ini, tapi oleh sebab yang tak dapat dielakkan, gambar-gambar yang digunakan telah hilang dari entries yang ditulis.
 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan