Friday, February 28, 2014

Wednesday, February 26, 2014

Thursday, February 20, 2014

Words -part 9-


Kadangkala, ego adalah musuh utama kepada kebahagiaan. - 13 November 2013

Penyesalan lebih menakutkan dan menyakitkan daripada kegagalan. - 9 November 2013

It is good to act like you are strong when you don't feel like one. But sometimes it is better to be yourself and show your weaknesses. After all, you are only human. - 6 November 2013

If you are going through nightmare, keep going. - 2013

Kadang-kadang, berterus-terang lebih baik daripada memendam. - 28 Oktober 2013

Muzik adalah perasaan yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata. - 27 Oktober 2013

Setiap cerita mempunyai 4 sisi yang berlainan. Aku, kamu, mereka, dan kebenaran. - 23 Oktober 2013

Truth hurts...and kills. - 23 Oktober 2013

Masa selalu menjadi saksi kepada ironi. - 20 Oktober 2013

There are times when you feel like you can't bear it anymore, but somehow you managed to survive the day and continue, because you believe in Allah. - 16 Oktober 2013

Hendak seribu cara, tak mahu lebih baik usah bicara. - 13 Oktober 2013

Kadang-kadang menaip lebih mudah daripada membaca. - 10 Oktober 2013

Air mata mampu melemahkan apa yang kuat, menenangkan apa yang gundah, dan menguatkan apa yang lemah. - 9 Oktober 2013

Kadang-kadang kita tersedar hanya sedetik selepas kita terlepas. - 9 Oktober 2013

Sometimes when we said something, we actually meant the opposite. - 5 Oktober 2013

Money can't buy you happiness, it can only buy you temporary excited feelings. - 2 Oktober 2013

To a parent, their children will always be children, but before they realize it, we've all become full-fledged adults. - 28 September 2013

Koleksi terdahulu :

Tuesday, February 18, 2014

That's Why


That's Why (You Go Away) - Micheal Learns To Rock 

Sunday, February 16, 2014

[Tutorial] Bagaimana mengecilkan saiz gambar untuk dimuatkan ke dalam blog atau laman sosial menggunakan software FastStone Photo Resizer.

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk blog post kali ini, saya ingin berkongsikan bagaimana caranya untuk mengecilkan saiz gambar terutamanya dengan secara pukal, atau banyak sekali gus menggunakan software komputer percuma (freeware) FastStone Photo Resizer.

Aplikasi komputer FastStone Photo Resizer.

Adakah anda mempunyai banyak gambar untuk diupload, sama ada di blog mahu pun di laman sosial namun connection internet anda perlahan dan tak mampu untuk upload file gambar pada saiz sebenar? Jika anda mempunyai masalah seperti itu, maka anda sama seperti saya.

Blog post siri Travelogue saya mempunyai beratus gambar, dan ianya mengambil masa yang lama jika ingin dikecilkan saiz secara manual atau satu persatu. Manakala untuk menguploadnya pada saiz sebenar pasti akan mengambil masa yang lama kerana connection internet saya yang tidaklah begitu pantas. Jalan penyelesaian yang saya temui ialah dengan menggunakan freeware FastStone Photo Resizer ini.

Di bawah saya akan tunjukkan beberapa langkah mudah bagaimana menggunakan freeware ini di komputer anda.

Klik pada "Read More" untuk lihat pada tutorial.

Saturday, February 15, 2014

LEGO Superheroes : Iron Man

LEGO Superheroes : Iron Man

Photos Taken By : areev19
PC Editing Software : Photoscape
Others : Google Search



Friday, February 14, 2014

Gunakan aplikasi PLUS Mobile untuk merancang perjalanan anda.


Baru-baru ini saya telah download aplikasi yang bernama PLUS Expressways - PLUS Mobile ini di smartphone Android saya. Saya dapati aplikasi ini amat berguna khususnya bagi pengguna jalanraya atau lebuhraya di Malaysia, terutamanya yang menggunakan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Jadi di blog post kali ini, saya ingin membuat sedikit review mengenai aplikasi Android ini.

Aplikasi PLUS Expressways ini boleh anda download secara percuma di Google App Store di PC atau menggunakan aplikasi Play Store di smartphone Android anda. 

Carian menggunakan aplikasi Play Store di smartphone Android.

Thursday, February 13, 2014

[Review Filem] The LEGO Movie : Everything Is Awesome !

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Setelah hampir 3 tahun tidak menulis review filem, akhirnya pada blog post kali ini saya ingin membuat review ringkas mengenai filem animasi terbaik tahun ini, iaitu The LEGO Movie.

Siapa yang tak pernah bermain atau kenal dengan permainan LEGO? Bagi saya sendiri, LEGO merupakan salah satu permainan kegemaran saya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Zaman sekarang, LEGO bukan sahaja cuma diminati oleh golongan kanak-kanak, malah golongan dewasa turut meminatinya dan menjadikan koleksi permainan LEGO sebagai hobi. Golongan dewasa yang meminati dan mengumpul koleksi permainan LEGO ini dikenali sebagai AFOL - Adult Fan Of Lego.


[Review Filem] The LEGO Movie 


Sinopsis :
Emmet merupakan seorang pekerja buruh binaan dan seorang lelaki biasa yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan, kreativiti atau kelebihan berbanding dengan orang lain di sekelilingnya. Emmet menjalani kehidupan hariannya dengan berpandukan 'Instruction Manuals' atau panduan (setiap set permainan LEGO sentiasa dilengkapi dengan buku panduan cara untuk membina set permainan tersebut.). Berbeza dengan golongan LEGO yang bergelar 'Master Builders', mereka berkebolehan membina sesuatu tanpa perlu menggunakan sebarang 'Instruction Manuals'. 

Wednesday, February 12, 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 12 & 13) : Mekah Al-Mukarramah - Jeddah - KLIA

Hari Keduabelas : Ahad (19 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah - Jeddah


Pagi ketujuh, dan terakhir di Tanah Haram, Kota Mekah.

Hari ini rombongan jemaah Zahafiz akan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah untuk berangkat pulang ke Malaysia. Kami diminta menurunkan dan mengumpulkan beg bagasi di lobi hotel seawal jam 10.00am. Jemaah diminta menyempurnakan tawaf wida' selepas solat Zohor dan kembali ke hotel penginapan untuk berkumpul pada jam 2.30pm di lobi, sebelum bertolak menuju ke Jeddah.


Suasana berhampiran Masjidil Haram sekitar jam 3.36am.

Tuesday, February 11, 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 11) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kesebelas : Sabtu (18 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi keenam di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada pagi ini, rombongan jemaah Zahafiz dibawa ke Masjid Saidatina Aisyah yang terletak di Tanaim, untuk bermiqat umrah. Ianya adalah tempat bermiqat yang paling hampir dengan Kota Mekah. Ini adalah umrah kali keempat dalam program yang diaturkan oleh pihak Zahafiz. Kalau anda ingin menunaikan umrah setiap hari atau mengikut kehendak anda sendiri, anda boleh menyewa sendiri perkhidmatan van atau coaster yang akan membawa anda ke tempat-tempat miqat. Saya tak pasti mengenai bayaran, mungkin anda boleh tanya kepada kaunter di hotel penginapan anda atau kepada mutawwif.

Seperti biasa, semua jemaah diminta berkumpul di lobi hotel penginapan sekitar jam 8.00am. Semua rombongan jemaah dinasihatkan untuk memakai pakaian ihram di hotel bagi mengelakkan kesesakan ketika di Tanaim.

Kami tiba di Masjid Saidatina Aisyah ini kira-kira jam 8.53am.

Monday, February 10, 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 10) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kesepuluh : Jumaat (17 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi kelima di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada hari ini, aktiviti adalah bebas. Iaitu tiada program ziarah atau lawatan yang disediakan oleh pihak Zahafiz.


Plastik ini disediakan di depan pintu masuk ke dalam Masjidil Haram. Plastik ini disediakan untuk para jemaah mengisi selipar atau kasut supaya dapat dibawa bersama dalam keadaan bersih di dalam masjid.

Pada pagi itu, buat pertama kalinya dalam seumur hidup saya, saya membuat keputusan untuk mencukur kepala sehingga botak licin. Iyea, kali pertama dalam seumur hidup! Sebenarnya adalah lebih afdhal bagi seseorang itu mencukur sehingga licin selepas selesai menunaikan umrah yang pertama. Jadi, kalau anda baru selesai menunaikan umrah yang pertama, jangan lupa membotakkan kepala!

Sunday, February 9, 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 9) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kesembilan : Khamis (16 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi keempat di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada pagi ini, pihak Zahafiz telah mengadakan program ziarah tambahan yang tidak terdapat dalam jadual program asal, iaitu 'Program Jalan-jalan Tambah Iman'. Diketuai oleh mutawwif kami, Ustaz Ikram, dan seorang wakil Zahafiz, iaitu Encik Hashim, kami berkumpul di kawasan Masjidil Haram sebelum dibawa 'jalan-jalan' di sekitar kawasan Masjidil Haram untuk melihat tapak-tapak lokasi bersejarah..



Menuju ke Masjidil Haram daripada hotel penginapan yang jaraknya kira-kira 200 meter.

Saturday, February 8, 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 8) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kelapan : Rabu (15 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi ketiga di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada hari ini, rombongan jemaah Zahafiz telah dibawa ziarah dan melalui beberapa lokasi tempat bersejarah dan yang berkaitan di sekitar Kota Mekah.

Pengunjung atau jemaah dinasihatkan supaya membawa beg atau plastik untuk menyimpan kasut atau selipar supaya boleh dibawa bersama di dalam kawasan masjid. Hal ini bagi mengelakkan kehilangan atau tak dapat menjumpai kasut atau selipar yang ditinggalkan di tempat-tempat letak kasut yang terdapat di Masjidil Haram, kerana kawasannya yang agak luas dan sesak dengan ramai orang. Keadaan ini juga sama di Masjid Nabawi, jadi pastikan anda sentiasa membawa plastik.

Friday, February 7, 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 7) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Ketujuh : Selasa (14 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi kedua di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada hari ini, rombongan jemaah Zahafiz dibawa ziarah atau melawat ke Muzium Pameran 2 Masjid Suci dan Ladang Unta, sebelum dibawa menuju ke tempat untuk bermiqat, iaitu di Masjid Hudaibiyah. Kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7.30am.


Papan notis yang terdapat di hadapan pintu masuk ke dewan makan. Anda nampak apa yang pelik di situ? Oh My English !

Thursday, February 6, 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 6) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Keenam : Isnin (13 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah

Bersambung dari entry sebelum ini...

Selepas selesai menunaikan tawaf rukun umrah, rombongan jemaah kami, diketuai Ustaz Ikram telah bergerak menuju ke lokasi sa'ie, iaitu di Bukit Safa dan Bukit Marwah. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Bukit Safa dan Bukit Marwah ini sebenarnya terdapat di dalam kawasan Masjidil Haram, dan para jemaah boleh terus ke tempat sa'ie yang tidak jauh dari tempat tawaf, sebaik selesai menunaikan tawaf dan solat sunat tawaf.

Terdapat 3 tingkat kawasan yang disediakan untuk para jemaah menunaikan ibadah sa'ie ini. Di tingkat paling bawah, terdapat sebahagian puncak Bukit Safa dan Bukit Marwah yang boleh para jemaah naiki.

Jemaah yang agak ramai sedang menunaikan sa'ie. Lampu kalimantang berwarna hijau yang dapat anda lihat adalah petanda di mana jemaah adalah disunatkan untuk berlari-lari anak. 

Wednesday, February 5, 2014

Wordless Wednesday


Umrah 2014 Travelogue (DAY 5) : Madinah Al-Munawwarah - Mekah Al-Mukarramah

Hari Kelima : Ahad (12 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah -  Mekah Al-Mukarramah


Pagi keempat di Tanah Haram, Kota Madinah.

Hari ini, kami akan bertolak ke Kota Mekah selepas solat Zohor. Semua jemaah rombongan Zahafiz diminta mengumpulkan bagasi di hadapan lift di tingkat terletaknya bilik-bilik penginapan kami, iaitu di tingkat 1 seawal jam 10.00am. Ini bagi memudahkan proses pengangkutan barang ke dalam bas nanti.

Pada pagi ini juga, peserta rombongan jemaah yang ingin melawat atau pergi ke Pasar Kurma akan dibawa dengan bas dan diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7.30am.


Jadual program atau perjalanan pada hari kelima.

Tuesday, February 4, 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 4) : Madinah Al-Munawwarah

Hari Keempat : Sabtu (11 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah

Pagi ketiga di Tanah Haram, Kota Madinah.

Hari ini pihak Zahafiz telah mengaturkan program lawatan atau ziarah di beberapa tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah Al-Munawwarah, antaranya ke Jabal Uhud dan Masjid Quba'.

Mulakan pagi dengan Vitamin C sebelum memulakan program ziarah.

Monday, February 3, 2014

[Review J-Dorama] Summer Nude (2013)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Dah hampir 3 tahun aku tak tulis sebarang review filem atau dorama yang aku tonton , kali terakhir sekali adalah review K-Drama - Dream High yang aku tulis pada 2011.

Memandangkan keadaan aku sekarang yang terlalu 'free' dan perlu di'busy'kan, maka blog post ini pun ditulis. J-Dorama bertajuk Summer Nude ini baru aku selesai tonton beberapa hari yang lalu, jadi sebelum ingatan tentang dorama ini luput, lebih baik aku tulis blog post ini secepat mungkin.


[Review J-Dorama] 

Summer Nude (2013)

3 watak / pelakon utama dorama ini, Toda Erika, Yamashita Tomohisa, dan Karina.

Sinopsis :

Natsuki (Karina) adalah seorang pengurus restoran masakan Itali terkenal di Tokyo. Natsuki bagaimanapun berhenti kerja kerana ingin menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin. Pada hari perkahwinan Natsuki di sebuah pekan yang tidak jauh dari bandar Tokyo, pengantin lelaki telah melarikan diri ketika majlis sedang berlangsung dan detik-detik itu telah dirakamkan oleh photographer perkahwinan Natsuki, iaitu Asahi (Yamashita Tomohisa).

Natsuki pada hari perkahwinannya.

Umrah 2014 Travelogue (DAY 3) : Madinah Al-Munawwarah

Hari Ketiga : Jumaat (10 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah

Pagi kedua di Tanah Haram, Kota Madinah.

Hari kedua ini adalah bebas, iaitu tiada program ziarah yang diaturkan oleh pihak Zahafiz. Rombongan jemaah bebas mengisi masa terluang dengan aktiviti sendiri. Anda boleh beriktikaf dan menunaikan perkara sunat di Masjid Nabawi, berehat di hotel, atau pun membeli belah di sekitar kawasan hotel. Terdapat banyak kedai-kedai pakaian, makanan dan cenderamata yang terdapat di sekitar kawasan hotel-hotel penginapan dan masjid.

Sekitar kawasan berhadapan Perkuburan Baqi' selepas solat Subuh di Masjid Nabawi.

Sunday, February 2, 2014

"JEJEJE!"

Apakah itu "JEJEJE"?

"Jejeje" adalah salah satu perkataan yang telah diundi sebagai paling popular dan berpengaruh di Jepun pada tahun 2013 oleh sebuah syarikat penerbitan. Ia adalah satu ucapan yang diucapkan bagi menunjukkan ekspresi 'terkejut' dan dipopularkan oleh dorama Amachan yang ditayangkan di Jepun tahun lepas.

Dorama NHK, Amachan.

"Jejeje" dalam dorama berkenaan adalah perkataan yang berasal dari dialek kawasan kampung perikanan di Kuji, daerah Iwate di Jepun dan telah dipopularkan oleh watak utama dorama berkenaan, Rena Nounen.

Pelakon utama dorama Amachan, Rena Nounen yang mempopularkan "JEJEJE".

Oleh kerana saya sendiri belum menonton dorama Amachan ini, maka saya tertanya-tanya, bagaimana caranya "JEJEJE" itu disebut dan diekspresikan. Setelah beberapa minit bertanya kepada Pakcik Google, akhirnya saya menjumpai 2 video di bawah ini. Sila tonton kalau berminat untuk mengetahui tentang penggunaan perkataan "JEJEJE" ini.


Video di bawah ini pula adalah beberapa sedutan daripada dorama Amachan ini.



Kesemua dialog "jejeje" yang terdapat di dalam dorama Amachan. Kawaiiness overload! :D

Adakah "JEJEJE" ini akan turut popular di Malaysia? Mungkin ya, mungkin tidak. JEJEJE!!


Sumber Info :

Umrah 2014 Travelogue (DAY 2) : Madinah Al-Munawwarah

Hari Kedua : Khamis (9 Januari 2014) - Madinah Al-Munawwarah

Pagi pertama di Tanah Haram, Kota Madinah. 

Selepas solat Subuh dan bersarapan di hotel, bermulalah siri pertama program lawatan atau ziarah yang dikendalikan oleh pihak Zahafiz. Mutawwif sepanjang kami di Madinah dan Mekah adalah Ustaz Ikram, seorang penceramah bebas.

Program, atau ziarah pertama di bumi Madinah.

Saturday, February 1, 2014

Flappy Bird - Fenomena tahun 2014?

Tahun 2011 - Angry Birds
Tahun 2012 - Temple Run
Tahun 2013 - Candy Crush Saga
Tahun 2014 - Flappy Bird?

Pada 30 Januari 2014 yang lalu, aplikasi game Flappy Bird telah dilancarkan dan sedia untuk dimuaturun di Google Play untuk pengguna operasi sistem Android. Manakala untuk pengguna operasi sistem iOS (iPhone, iPad) ia telah dilancarkan sekitar May tahun lepas. Ada yang mengatakan bahawa permainan ini lebih mudah pada Android berbanding di iOS. Terpulang kepada anda untuk menilai.


Apakah Flappy Bird? Ianya sebuah game yang simple, di mana pemain hanya perlu menyentuh atau tap pada skrin untuk mengawal pergerakan burung yang perlu melalui halangan. Permainan ini memang menguji konsentrasi dan kesabaran pemain kerana pemain perlu mengagak dengan tepat bilakah mereka harus tap pada skrin. 



Kalau anda masih belum dapat bayangkan bagaimana gameplay Flappy Bird ini, anda boleh lihat video di bawah.



Kalau dah faham, apa kata cuba muaturun dan main sendiri di smartphone atau tablet anda. 

DOWNLOAD (Android)

Best Score saya setakat waktu entry ini ditulis.

Peringatan : Permainan ini memang boleh membuatkan anda ketagih dan main tak henti-henti.


Umrah 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA - Riyadh - Madinah

Umrah 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA - Riyadh - Madinah

*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.

**Untuk para muslimah yang ingin menunaikan umrah, anda juga boleh pergi ke album facebook INI yang ditulis dan dikongsikan oleh seorang penulis dan pengembara muslimah. Beliau memberikan tips-tips berguna melalui gambar-gambar sepanjang perjalanan mengerjakan umrah.


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pada 8 hingga 19 Januari 2014 yang lalu, sekali lagi saya telah dijemputNya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram, iaitu Mekah dan Madinah. Saya amat bersyukur kepadaNya kerana telah menjemput saya ke sana pada saat saya betul-betul perlu mencari ketenangan dan kekuatan bagi mengharungi hidup ini. Ini adalah kali kedua saya berpeluang berada di sana, kali terakhir ialah pada Mei-Jun 2008, iaitu kira-kira 5 setengah tahun yang lalu. Kalau pada tahun 2008 dulu cuma saya yang menemani ibu dan ayah saya, kali ini pula lagi 2 orang abang saya turut serta bersama untuk menunaikan umrah mereka yang pertama.

Sekali lagi, kami memilih syarikat Zahafiz Travel & Tours sebagai agen, kerana sudah pun selesa dan berpuas hati dengan perkhidmatan atau servis yang dikendalikan syarikat berkenaan ketika umrah tahun 2008 yang lalu. Terdapat banyak lagi syarikat yang mengendalikan umrah di dalam negara ini, antaranya Andalusia, Rayhar, Utas, Dakna, dan macam-macam lagi. Bagi yang baru pertama kali berhajat ingin menunaikan umrah dengan syarikat-syarikat atau agen-agen seperti ini, saya nasihatkan supaya anda memilih agen atau syarikat yang sudah pun terkenal atau kukuh di dalam bidang ini. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini, banyak cerita yang saya dengar tentang skim penipuan yang berlaku kepada bakal-bakal jemaah umrah. Harga pakej yang murah antaranya menjadi sebab mengapa ramai yang tertipu. Penipuan yang bagaimana? Contohnya yang saya dengar, agen gagal hadir ketika hari berlepas di lapangan terbang, agen gagal dihubungi atau lesap ketika menjelang hari berlepas, dan sebagainya. 


Hari Pertama :  Rabu (8 Januari 2014) - KLIA - Riyadh - Madinah

Saya dan keluarga saya tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada kira-kira jam 11.25am. Bakal jemaah umrah dinasihatkan oleh agen (Zahafiz) supaya hadir awal, iaitu 3 jam sebelum waktu berlepas untuk memudahkan urusan.

Sebahagian dari bagasi kami sekeluarga.
 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan