Friday 23 May 2014

[Review] The Match: Striker Soccer G11 - Perlawanan epik bolasepak menentang alien!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Masihkah anda ingat, tidak beberapa lama dulu beberapa stadium bolasepak terkemuka telah didatangi oleh sekumpulan orang yang memakai pakaian dan solekan yang aneh dan misteri? Mereka ditemui di Allianz Arena, Stamford Bridge, dan lain-lain.



Umum sudah mengetahui bahawa itu semua adalah gimik yang dilakukan oleh pihak Samsung bagi mempromosikan telefon bimbit keluaran mereka yang diperkenalkan melalui siri 'Galaxy'. Beberapa pemain bolasepak terkenal seperti Oscar, Messi, Falcao, dan Ronaldo telah dipilih menjadi 'wakil' dunia bagi menentang pasukan bolasepak 'alien' yang ingin datang menakluk Bumi. Anda boleh melihat dan mengetahui dengan lebih lanjut di laman web rasmi yang mempromosikan 'Galaxy 11' ini di SINI.

Melalui promosi Galaxy 11 ini, beberapa permainan mini Android telah dihasilkan dan boleh didownload secara percuma oleh pengguna telefon bimbit Samsung Galaxy. Antaranya The Match : Striker Soccer G11, Galaxy 11 Shooting Soccer, Galaxy 11 Cannot Shooter, dan Galaxy 11 Soccer Wars.

Saya telah mencuba permainan The Match: Striker Soccer G11 dan berikut adalah sedikit review yang saya tulis berkenaan dengan permainan ini.

Klik pada Read more untuk membaca review.


[Review] The Match: Striker Soccer G11

Anda boleh download permainan ini ke telefon Samsung Galaxy anda di SINI.


Komen :
Dalam permainan ini, terdapat 13 pemain bolasepak terkemuka dunia yang boleh anda gunakan, antaranya Lionel Messi, Oscar, Cristiano Ronaldo, Landon Donovan, dan Mario Gotze. Anda juga boleh unlock kuasa istimewa yang eksklusif pada setiap pemain sekali gus menjadikan permainan ini  lebih menarik.


Oscar.

11 pemain utama yang akan menentang pasukan alien.

Maklumat mengenai kuasa istimewa yang hanya ada pada Oscar.

Grafik ketika permainan sedang berlangsung. Kalau anda ada mendownload dan bermain permainan FIFA14 di telefon bimbit anda, pastinya anda tidak akan mempunyai masalah untuk bermain The Match: Striker Soccer G11 ini. 

Statistik perlawanan. 

Setiap perlawanan adalah lebih kurang 4 minit. Ianya permainan yang mudah dan ringkas, tiada 'foul', tiada kad kuning atau merah, tiada 'throw in', tiada penalti, tiada manual substitution, dan lain-lain. Anda hanya perlu jaringkan gol ke atas pihak lawan iaitu alien.

Satu tips yang boleh saya berikan pada anda, ketika ingin jaringkan gol, pastikan anda tap butang shoot dan hold sehingga power bar penuh. Barulah bola akan disepak dengan kuat dan sukar untuk ditepis oleh goalkeeper pasukan alien.

Kesimpulan :
Menarik, dan boleh jadi sesuatu yang anda ketagih untuk main. Ianya mudah untuk dikawal dan yang paling manarik, ianya PERCUMA.


Rating : 4/5


Sumber Info :

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile