Sunday 9 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 9) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kesembilan : Khamis (16 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi keempat di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada pagi ini, pihak Zahafiz telah mengadakan program ziarah tambahan yang tidak terdapat dalam jadual program asal, iaitu 'Program Jalan-jalan Tambah Iman'. Diketuai oleh mutawwif kami, Ustaz Ikram, dan seorang wakil Zahafiz, iaitu Encik Hashim, kami berkumpul di kawasan Masjidil Haram sebelum dibawa 'jalan-jalan' di sekitar kawasan Masjidil Haram untuk melihat tapak-tapak lokasi bersejarah..



Menuju ke Masjidil Haram daripada hotel penginapan yang jaraknya kira-kira 200 meter.



Hanya sebahagian daripada rombongan jemaah kami yang mengikuti program tambahan pada pagi itu.

Sekitar Masjidil Haram pada jam 8.43am.

Dengan dibimbing oleh Ustaz Ikram, kami dibawa ke lokasi, atau bekas tapak bersejarah yang terdapat di sekitar kawasan Masjidil Haram. Ustaz Ikram antaranya menunjukkan dan menceritakan mengenai bekas tapak rumah Saidatina Khadijah, bekas tapak rumah kelahiran Rasulullah S.A.W., dan bekas tapak rumah Abu Jahal.

Bekas tapak rumah kelahiran Rasulullah S.A.W. yang terletak berhampiran bukit dalam gambar di atas kini telah dibina sebuah perpustakaan.

Ustaz Ikram sedang memberikan penerangan.

Bekas tapak rumah Abu Jahal yang kini telah dibina tandas awam.

Bangunan dalam gambar di atas ini adalah istana hinggap raja dan tetamu penting, dan juga terdapat pejabat bagi para imam Masjidil Haram.

Selepas Ustaz Ikram selesai membawa kami ke lokasi-lokasi bersejarah di sekitar kawasan Masjidil Haram, rombongan jemaah bebas untuk mengisi masa lapang sendiri. 

Gambar yang diambil selepas solat Zohor.



Selepas solat Isyak.


Suasana selepas solat Isyak, di Pintu Nombor 94 dan 93, pada jam 8.12pm.

Lagi suasana selepas solat Isyak, di luar masjid.


Pada malam tersebut, saya sekeluarga telah berkumpul berhampiran Pintu 94 selepas solat Isyak untuk sama-sama bergerak menuju ke bangunan pusat membeli belah Menara Jam Abraj Al Bait untuk makan malam bersama-sama.

Terdapat tandas wanita dan tempat membeli belah khas untuk wanita di salah satu tingkat di pusat membeli belah Abraj Al Bait ini.

Kami akhirnya memilih restoran Farooji Express ini yang terdapat di food court pusat membeli belah Abraj Al Bait sebagai tempat untuk makan malam.


Semua makanan yang dibeli adalah dalam bentuk tapau atau bungkus. Tapi meja dan kerusi disediakan untuk pengunjung makan di sana.

Selepas makan malam, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk berkunjung ke kawasan atau tempat membeli belah untuk membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan.

Bapa saya sempat membeli kopiah.

Bulan penuh yang dapat dilihat pada malam itu. 10.56pm.



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile