Saturday 8 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 8) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Kelapan : Rabu (15 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah


Pagi ketiga di Tanah Haram, Kota Mekah.

Pada hari ini, rombongan jemaah Zahafiz telah dibawa ziarah dan melalui beberapa lokasi tempat bersejarah dan yang berkaitan di sekitar Kota Mekah.

Pengunjung atau jemaah dinasihatkan supaya membawa beg atau plastik untuk menyimpan kasut atau selipar supaya boleh dibawa bersama di dalam kawasan masjid. Hal ini bagi mengelakkan kehilangan atau tak dapat menjumpai kasut atau selipar yang ditinggalkan di tempat-tempat letak kasut yang terdapat di Masjidil Haram, kerana kawasannya yang agak luas dan sesak dengan ramai orang. Keadaan ini juga sama di Masjid Nabawi, jadi pastikan anda sentiasa membawa plastik.



Sekitar jam 4.15am.


Sekumpulan burung merpati yang terbang di atas Kaabah.

Rasanya seorang Imam yang dikawal ketat dan dibawa berhampiran Kaabah bagi mengimami solat Subuh berjemaah.


Selepas solat Subuh.

Selepas bersarapan, rombongan jemaah Zahafiz diminta berkumpul di lobi pada jam 8.00am. Dan kira-kira jam 8.15am, bas yang membawa kami bergerak menuju ke lokasi ziarah atau lawatan pertama pada hari tersebut, iaitu Jabal Thur. Jabal Thur adalah di mana terletaknya Gua Thur, iaitu lokasi persembunyian Rasulullah S.A.W. dan Saidina Abu Bakar R.A. daripada Bani Quraiysh ketika peristiwa hijrah.

Kami tiba di kawasan berdekatan Jabal Thur kira-kira jam 8.25am.

Abang saya dan ibu berlatarbelakangkan Jabal Thur.

Kepulan awan di sekitar Jabal Thur.

Kalau dilihat betul-betul di Jabal Thur ini, anda dapat melihat ada beberapa orang pengunjung yang sedang mendakinya untuk ke Gua Thur.


Selepas di Jabal Thur, rombongan jemaah kami dibawa pula melalui kawasan atau lokasi-lokasi yang terlibat di dalam ibadah Haji, iaitu Muzdalifah, Arafah, dan Mina, sebelum berhenti di Jabal Rahmah.

Sekitar kawasan Arafah.



9.01am. Bas kami berhenti di Jabal Rahmah, atau Bukit Kasih Sayang, lokasi di mana Nabi Adam A.S. bertemu dengan Hawa selepas diturunkan ke bumi. 

Dikatakan ini adalah tempat yang mustajab untuk berdoa, terutamanya hal yang berkaitan dengan 'kasih sayang' dan jodoh.

Ramai yang menaiki bukit sehingga ke puncak, tapi kami dinasihatkan mutawwif kami, Ustaz Ikram supaya tidak naik. Oh, kalau tak mungkin saya juga dah naik sampai ke puncak Jabal Rahmah ini.

Sebaik menaiki semula bas untuk ke lokasi ziarah seterusnya, seorang jemaah rombongan kami, Encik Firdaus telah memberikan coklat ini kepada semua penumpang bas. Terima kasih ye, sedap!

Melalui kawasan Mina. Terdapat stesen mrt di sini bagi memudahkan pergerakan jemaah ketika musim haji.

Istana raja dan pelawat yang terdapat di Mina.


Bangunan berwarna kelabu di dalam gambar ini adalah dimana terletaknya kawasan untuk melontar Jamrah ketika musim haji.

Selepas dibawa melalui Arafah, Muzdalifah, dan Mina, rombongan jemaah terus dibawa menuju ke Masjid Ja'aranah, untuk menyalin pakaian ihram dan bermiqat.

Kami tiba di Masjid Ja'aranah kira-kira jam 10.25am.

Selepas selesai bermiqat, rombongan jemaah dibawa pulang ke hotel dan bergerak masing-masing ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah.

Selepas menunaikan tawaf rukun.

Selepas waktu Zohor.

Menuju ke tempat sa'ie, Bukit Safa di tingkat satu.



Selepas tamat ibadah umrah, eloklah pulihkan tenaga dengan meminum air zamzam yang disediakan di dalam Masjidil Haram.

Kawanan burung merpati yang terdapat berhampiran dengan kawasan Masjidil Haram.

Terdapat terowong yang melalui di bawah kawasan Masjidil Haram. Terowong ini khususnya bagi menghantar jemaah yang menginap di hotel-hotel yang terdapat di kawasan sekitar Masjidil Haram.

Alhamdulillah, ketika solat Asar berjemaah pada hari itu, hujan telah turun di Kota Mekah ini. Para pekerja masjid segera bertindak menggulung karpet yang terdapat di ruang solat di atas bumbung Masjidil Haram sebaik tamat solat berjemaah.

Saya ternampak beberapa jenazah yang diusung ke dalam van-van ambulans ketika dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai solat Asar dan solat jenazah berjemaah.

Memang beruntung sesiapa yang meninggal di Tanah Haram Mekah dan Madinah ini, kerana jenazah mereka boleh disolatkan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Kota Mekah selepas hujan.

Jalanraya yang masih basah. Hujan yang turun tidak lama dan tidak lebat.

Pada petang itu, selepas solat Asar, rombongan jemaah Zahafiz telah dijemput untuk datang ke majlis tahlil dan kenduri di rumah Pengerusi dan Pemilik syarikat Zahafiz, iaitu Dato' Zainal, yang terletak di kawasan Al Awali, yang terletak tidak jauh dari Kota Mekah, dan dikatakan masih di dalam kawasan Tanah Haram.

Kami bertolak dari hotel penginapan pada kira-kira jam 5.10pm. Dan tiba di rumah berkenaan kira-kira 20 minit kemudian.

Sepanjang perjalanan.

Di perkarangan rumah Dato' Zainal, pengerusi dan pemilik syarikat Zahafiz.

Jemaah lelaki menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid yang terletak tidak jauh dari rumah Dato' Zainal sebelum kembali ke rumah untuk majlis tahlil dan kenduri.

Dato' Zainal mengendalikan majlis bersama anak lelakinya. Terdapat hadiah-hadiah yang diberikan kepada jemaah-jemaah pada malam itu.

Lebih kurang 30 anak-anak yatim dan guru mereka turut dijemput ke kenduri pada malam itu selain daripada rombongan jemaah Zahafiz.



Bulan penuh pada malam itu.



2 comments :

Unknown said...

sronok mengstalking travelog anda kali ni.. rasa teruja nk jejak kaki ke tanah suci.. anda antara hamba Allah yg sgt btuah krn dpt bkunjung ke sana dan mbawa pulang smangat dan ksedaran pada sesama saudara muslim. slamat mengupdate entry hari ke9 dgn jayanye. chayok2!! cekian. ur cooperation is my dilemma hehe

areev19 said...

trimas kerana sudi menjadi pembaca blog saya cik pijin. :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile